Perkhidmatan Perbankan Internet (online banking) i-Rakyat merupakan perkhidmatan baru yang diperkenalkan Bank Rakyat sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).
Dengan hanya berbekalkan laptop, telefon bimbit dan capaian Internet yang berkualiti, anda akan mendapat full access kepada segala servis yang ditawarkan oleh Bank Rakyat melalui i-Rakyat.
Menggunakan inovasi perbankan dalam bentuk perkhidmatan online adalah salah satu kelebihan yang dapat dinikmati oleh pelanggan dalam era kemajuan teknologi ini.
Dengan cara ini pelanggan dapat lebih cepat dalam melakukan transaksi bila-bila masa dan di mana saja selagi ada rangkaian internet.
Hal itu jugalah yang digunakan oleh bank asal Malaysia, salah satunya ialah Bank Rakyat yang menggunakan perkhidmatan internet banking.
Cara Daftar Akaun Bank Rakyat Online
Anda mesti tahu cara daftar sebelum anda boleh menggunakannya untuk melakukan pelbagai transaksi, seperti transfer duit, semak baki, top up kredit, bayar bil elektrik dan lain-lain.
Langkah pertama: Daftar di ATM Bank Rakyat
Cara mendaftar internet banking Bank Rakyat terdiri daripada dua langkah, iaitu melalui ATM dan mendaftar secara online (untuk mengaktifkan).
Berikut adalah langkah awal yang perlu Anda lakukan, iaitu mendaftar di ATM.
- Anda mesti pergi ke mesin ATM.
- Masukkan PIN ATM Anda.
- Tekan menu Others.
- Tekan menu Internet Banking TPIN.
- Masukkan nombor telefon dan TPIN.
- Selesai.
Langkah kedua : Register Internet Banking iRakyat
Langkah ini boleh Anda lakukan selepas mendapat TPIN dan mesti dilakukan secara online.
- Pergi ke web rasmi www.irakyat.com.my.
- Klik Login > Personal Banking
- Pilih First Time Registration / Register
- Selepas itu terdapat dua pilihan yang disediakan di sana. Melalui kad ATM atau gunakan temporary ID.
- Sila pilih kad ATM.
- Isi borang yang disediakan dengan data yang diperlukan. Borang ini mengandungi jenis kad yang Anda gunakan, sama ada kad debit atau kad kredit. Kemudian terdapat juga borang untuk memasukkan nombor kad, nombor telefon dan TPIN yang telah Anda perolehi sebelum ini.
- Selepas Anda mendaftarkan nombor telefon Anda, maka Anda akan mendapat mesej dalam bentuk Kod Pengesahan Transaksi (TAC). Kod ini akan diperlukan kemudian apabila melakukan transaksi.
- Masukkan username, kata laluan dan email. Data ini berfungsi sebagai kod akses Anda login ke internet banking iRakyat.
- Selepas itu, sila baca terma dan syarat, kemudian semak ruangan Accept. Selesai.
Sekiranya Anda mengalami kesulitan, sila hubungi call centre Tele-Rakyat :
- Local 1-300-80-5454
- International + 603-5526-9000
Ciri perbankan iRakyat yang ditawarkan iaitu:
- Pembayaran Bil
- Bayar Zakat
- Top Up
- Print Penyata Bank
- JomPAY
- DuitNow
- Tabung Haji
- Check Baki
- Dan lain-lain
Kelebihan iRakyat Online Banking
Berikut adalah beberapa kelebihan i-Rakyat online banking:
Praktikal
Setiap pelanggan boleh melakukan transaksi perbankan secara langsung melalui internet tanpa perlu datang ke cawangan atau ATM.
Selamat
iRakyat dilengkapi dengan sistem keselamatan terbaik untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data dan transaksi pelanggan.
Bukan hanya itu, keselamatan semakin ditambah dengan kehadiran TAC, yang merupakan sistem yang berfungsi mengeluarkan kod setiap kali Anda melakukan transaksi kewangan.
Kod yang dikeluarkan selalu berubah setiap kali Anda melakukan transaksi.
Pantas
Anda boleh akses perkhidmatan iRakyat dimana sahaja dan bila-bila masa 24 jam. Anda hanya perlu peranti handphone atau laptop untuk melakukan transaksi kewangan.
Itulah panduan cara log masuk i-Rakyat online banking, semoga perkongsian diatas boleh bermanfaat untuk Anda.
3 Jenis Akaun Simpanan-i Bank Rakyat
Terdapat 3 jenis akaun simpanan peribadi (Personal Account) di Bank Rakyat iaitu:
AKAUN DEWASA
- Terbuka kepada semua pelanggan berumur 12 tahun dan ke atas
- Boleh dibuka dengan atau tanpa buku simpanan
- Akaun boleh dibuka tanpa deposit dan akan diaktifkan selepas deposit dimasukkan.
AKAUN REMAJA
- Terbuka kepada remaja berumur antara 15 dan 21 tahun
AKAUN KANAK-KANAK (NURI)
- Terbuka kepada semua kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah
- Akaun dikendalikan oleh ibu / bapa / penjaga yang sah atau ahli keluarga terdekat sebagai pemegang amanah
- Berpeluang menjadi ahli Kelab Nuri
- Pengeluaran hanya sekali sebulan
Soalan Lazim & FAQ
1. Bagaimana jika saya terlupa kata laluan atau forgot password?
Mudah sahaja, anda klik pautan forgot password ini, dan masukkan butiran nombor kad atm, tpin serta no telefon bimbit anda untuk reset semula kata laluan anda.
2. Apakah jenis transaksi yang boleh dilakukan di iRakyat?
Hanya transaksi berikut yang boleh dilakukan di iRakyat:
i) Semakan Butiran Akaun – Account Overview
ii) Deposit – Funds transfer to Saving Account-i Nuri
3. Kenapakah transaksi yang saya lakukan di iRakyat tidak berjaya?
Transaksi yang tidak berjaya dengan status ‘8 General Transaction Error’, bermaksud Akaun Simpanan-i Nuri adalah akaun pendam/dormant. Hanya akaun berstatus aktif sahaja boleh melakukan transaksi di iRakyat.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan akaun pendam/dormant?
Akaun pendam/dormant ialah akaun yang tidak aktif selama satu (1) tahun dari tarikh transaksi terakhir tidak termasuk transaksi hibah (sekiranya ada).
5. Bagaimanakah untuk mengelakkan akaun menjadi akaun pendam/dormant?
Memastikan bahawa terdapat transaksi yang dibuat dalam akaun bagi tempoh satu (1) tahun.
Pemegang Akaun boleh melakukan transaksi seperti di bawah:
i) Deposit/pemindahan wang Boleh dilakukan secara atas talian di iRakyat, di kaunter cawangan – Bank Rakyat atau di mesin layan diri (ATM/CDM) Bank Rakyat.
ii) Pengeluaran wang Hanya boleh dilakukan di kaunter cawangan Bank Rakyat sahaja.
6. Bagaimanakah pemegang akaun boleh mengetahui maklumat lebih lanjut?
Maklumat lanjut menerusi saluran komunikasi rasmi Bank Rakyat seperti berikut:
i) Pusat panggilan: 1 300 800 5454
ii) www.bankrakyat.com.my
iii) Media sosial rasmi Bank Rakyat
Kesimpulannya, urusan perbankan anda menjadi lebih mudah dengan i-Rakyat. Daftarkan akaun anda dan nikmati perkhidmatan yang ditawarkan Bank Rakyat melalui iRakyat online.
Sumber:
1) https://akaunbank.xyz/daftar-akaun-bank-rakyat/
2) https://therohani.com/cara-daftar-bank-rakyat-online/
3) https://downloadluckypatcher.co/cara-login-bank-rakyat-online/