Now Reading
Banteras Mitos Perubatan Bersama Doktor Terkemuka Di Malaysia – Dr. Shazril, Dr. Amalina, Dr. Imelda Balchin, Dr. Rusyainie Ramli dan Dr. Rafidah Abdullah

Banteras Mitos Perubatan Bersama Doktor Terkemuka Di Malaysia – Dr. Shazril, Dr. Amalina, Dr. Imelda Balchin, Dr. Rusyainie Ramli dan Dr. Rafidah Abdullah

Banteras Mitos Perubatan Bersama Doktor Terkemuka Di Malaysia
https://www.instagram.com/p/B7Dt2uylASz/?utm_source=ig_web_copy_linkhttps://twitter.com/DrAmalinaBakri/status/1228679467071086592?s=20https://twitter.com/rafidah72/status/1193078924638642176?s=20

Dengan perkembangan pesat media sosial pada abad ini, mitos perubatan semakin menjadi-jadi dan mudah ditularkan di mana-mana sahaja. Bimbang mengenai salah-faham tentang fakta perubatan yang sebenar, doktor-doktor bertauliah dan berwibawa ini dengan beraninya telah menyuarakan pendapat mereka bagi membasmi mitos perubatan yang tidak berasas. Artikel ini menghimpunkan beberapa pendapat dan nasihat daripada 5 orang doktor terkemuka di Malaysia.

Jangan makan Nasi, Minyak dan Gula kalau nak kurus! Benarkah? – Dr. Shazril

Adakah anda biasa dengan mengenai ‘peringatan’ ini apabla anda ingin menurunkan berat bada? Adakah ia benar atau hanyalah mitos?

Menurut Dr Shazril, seorang Doktor Perubatan yang terkenal dan merupakan hos dalam rancangan ‘Tanyalah Doktor’, makanan ini TIADA masalah sama sekali untuk dimakan ketika anda ingin menjadi lebih kurus. Masalah sebenarnya adalah apabila anda mengambil tiga ‘makanan’ ini dalam porsi yang besar dan banyak, melebihi daripada pengambilan diet harian yang disyorkan.

Nasi dan karbohidrat adalah sumber utama tenaga yang berguna bagi fungsi otak dan organ kita. Selain itu, minyak pula adalah sumber lemak tak tepu yang memberi tenaga, melindungi organ, menghasilkan hormon dan banyak lagi. Dr. Shazril menambah bahawa, jika anda ingin mengetahui pengambilan kalori harian yang diperlukan, anda boleh mencarinya dalam ‘Google’.

Jika anda benar-benar ingin menurunkan berat badan, ia tidak perlu untuk mengelakkan ketiga-tiga bahan ini, sebaliknya makan mengikut jumlah dan porsi yang betul setiap hari.

Memakai bra pada waktu malam menyebabkan Kanser? – Dr. Amalina

“Itu adalah mitos semata-semata. Memakai bra semasa anda tidur tidak akan menyebabkan Kanser,” balas Dr. Amalina dalam salah satu ‘tweet’ di akaun Twitter miliknya. Isu ini telah hangat sejak berzaman dan ramai yang masih bertanya soalan yang sama berulangkali. Mitos perubatan ini telah menjadi tular dari satu individiu ke individu yang lain, tanpa sumber yang jelas dari mana ia berasal.

Malangnya, ramai yang cenderung percaya melalui apa yang mereka dengar tanpa melakukan sebarang penyelidikan untuk membuktikan fakta tersebut. Walau bagaimanapun, menurut Dr. Amalina, mungkin sesetengah sesetengah wanita merasa tidak selesa memakai bra semasa mereka sedang tidur, sementara yang lain tidak. Itu sama sekali tidak berkaitan dengan Kanser. Tambahan lagi, memakainya pada waktu malam juga tidak akan mengubah bentuk payudara anda, menjadikannya lebih cantik atau mencegah kendur.

Semuanya terpulang kepada anda apa yang anda mahu lakukan.

Jamu diperlukan untuk kesihatan wanita! Siapa cakap? – Dr. Imelda Balchin

https://www.facebook.com/imelda.balchin/posts/10156937996056659

Dr. Imelda Balchin, seorang doktor yang telah berusaha untuk membasmi mitos mengenai kesihatan dan kesejahteraan wanita, menekankan isu ini dalam kiriman Facebooknya. Beliau menyatakan bahawa Jamu tidak penting untuk kesihatan wanita. Sebaliknya, mereka harus:

  • Makan makanan sebenar
  • Mengawal berat badan
  • Bersenam dan lakukan senaman Kegel secara rutin
  • Dapatkan vaksin untuk mencegah penyakit
  • Buat ujian HPV dan Pap Smear
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap
  • Elakkan makanan tambahan yang tidak perlu dan berlebihan
  • Elakkan bahan beracun seperti dadah, rokok, tembakau, dan sebagainya.

Jamu bukanlah satu keperluan. Tambahan lagi, industri produk ‘jamu’ semakin berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Namun, anda tidak akan pernah tahu kesan sampingannya, lebih-lebih lagi produk yang dihasikan di kilang tanpa pengesahan makmal. Jagalah kesihatan anda terlebih dahulu dan berusahalah untuk menjadi sihat dengan cara yang terbukti.

Makan nanas semasa mengandung adalah BERBAHAYA? – Dr. Rusyainie Ramli

https://www.therakyatpost.com/2020/01/30/what-my-mother-tells-me-dont-eat-pineapple-and-other-pregnancy-myths

Dr. Rusyainie Ramli telah dikemukakan dalam sebuah artikel yang ditulis oleh The Rakyat Post, berjudul What My Mother Tells Me, Mitos Kehamilan.

Terdapat satu mitos yang biasa kita dengar sewaktu kehamilan. Mitos tersebut berbunyi seperti ini, ‘Nanas perlu dielakkan oleh wanita hamil kerana ia boleh menyebabkan keguguran’. Kami yakin anda pernah mendengarnya juga, bukan?

Sebenarnya, menurut Dr. Rusyainie, nanas sangat selamat untuk dimakan semasa hamil. Kenyataan tersebut hanyalah satu mitos yang tidak disokong oleh sebarang bukti. Nanas mengandungi sejenis enzim yang dipanggil Bromelain yang lazimnya digunakan dalam suplemen kesihatan. Walau bagaimanapun, suplemen ini tidak disyorkan untuk wanita hamil kerana tahap keselamatannya masih tidak dikaji dengan baik dan boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal. Walau bagaimanapun, jumlah Bromelain dalam satu hidangan nanas tidak akan menyakiti anda. Tekstur nanas mungkin akan menyakitkan lidah anda dan membuat anda sakit perut jika makan dengan terlalu banyak. Jadi, anda akan berhenti lebih awal daripada makan jumlah nanas hingga membahayakan bayi anda.

Minum air dengan banyak untuk menjadi lebih langsing! Yakinnya kamu? – Dr. Rafidah

“Sebenarnya, minum banyak air bukanlah penyebab menjadi langsing, tetapi ia boleh menyebabkan Sawan,” berikutlah Dr. Rafidah menyampaikan pendapatnya mengenai kenyataan yang telah ditularkan melalui internet belakangan ini. Beliau menambah bahawa, cara sebenar untuk mengurangkan berat badan adalah dengan senaman dan mengawal pengambilan kalori anda. Minum 8 gelas air sehari seperti biasa atau apabila anda dahaga. Lakukan setiap perkara secara sederhana, jangan terlalu drastik dan berhentilah dari menyebarkan khabar angin yang tidak berasas seperti ini.

Jadi, minum air bukanlah salah satu cara untuk kurus, sebaliknya untuk mengekalkan badan anda terhidrat dan melancarkan fungsi sistem tubuh badan.

Kami berharap anda mendapat pencerahan dengan membaca artikel ini. Ingatlah,  untuk meneliti fakta anda sebelum menyebarkannya kepada orang lain.

error: Content is protected !!