Now Reading
Bantuan Kerajaan Negeri Sabah Ketika Pandemik COVID-19

Bantuan Kerajaan Negeri Sabah Ketika Pandemik COVID-19

kerajaan negeri sabah

Terdapat pelbagai bantuan dari kerajaan negeri Sabah kepada rakyat Sabah ketika pandemik COVID-19 melanda negara kita sejak tahun lalu.

Antaranya ialah kerajaan negeri Sabah telah memperuntukkan pakej bantuan bernilai RM154.8 juta di bawah edisi ketiga Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) untuk membantu rakyat Sabah yang terkesan kerana pandemik COVID-19.

Ini akan merangkumi pembayaran tunai RM300 secara one-off yang berjumlah RM120.5 juta, sementara RM34.3 juta pula khas untuk program bakul makanan.

Selain itu, terdapat lagi beberapa bantuan lain dari kerajaan negeri Sabah. Ayuh kita baca artikel ini.

Bantuan Sabah Prihatin 3.0

60,312 PENERIMA FAKIR, MISKIN & MUALAF TERIMA BANTUAN RAMADAN RM27.6 JUTA -  Lembaga Zakat Selangor

Antara kategori yang akan menerima bantuan BSP 3.0 dari kerajaan negeri Sabah ini adalah;

  • Miskin tegar dan berstatus e-Kasih.
  • Usahawan mikro dan kotej
  • Penjaja kecil
  • Pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baharu
  • Nelayan, petani, pekebun sawit (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak, pekebun kecil KPD, (pekebun / penternak) dan pekebun kecil LKTNS
  • Pemandu pelancong, penggiat seni, Divemaster, Malim gunung dan Porter (sektor pelancongan)

Melalui program ini, sebanyak RM45,612,200 jumlah peruntukkan dapat memanfaatkan 153,914 penerima yang terdiri daripada golongan kategori miskin, miskin tegar dan E-Kasih.

Manakala, 9,600 penerima kategori Usahawan Mikro dan Kotej bakal mendapat manfaat daripada RM2,880,000 peruntukkan khas.

Selain itu, sejumlah 16,153 penjaja kecil akan mendapat manfaat dari segi bantuan one-off RM300 dan juga pengecualian bayaran sewa selama 3 bulan.

Untuk kategori pemandu bas, lori, teksi, institusi memandi, pemandu bot dan pemohon baru, kerajaan negeri Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM1,156,500 untuk 3,855 penerima.

Tidak dilupakan juga, bantuan one-off diberikan kepada 99,902 penerima dari kategori nelayan, petani, pekebun sawit (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak, pekebun kecil KPD (Pekebun/Penternak) dan pekebun kecil LKTNS.

Program Bakul Makanan

Bakul makanan buat penduduk dikuarantin

Sebanyak RM34.3 juta diperuntukkan khas untuk program bakul makanan di negeri Sabah. Kira kira sejumlah 315,000 ketua isi rumah di negeri Sabah akan menikmati skim bantuan bakul makanan.

Bakul makanan daripada kerajaan negeri Sabah ini akan diagihkan ke seluruh daerah di negeri Sabah termasuk Beaufort, Kota Marudu, Lahad Datu, Sandakan, Semporna, Sipitang, Tawau, Tuaran, Kinabatangan, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kudat, Papar, Kunak, Penampang, Putatan, Ranau, Tambunan, Tamparuli, Tenom.

Bantuan Untuk Hotel, Penginapan & Pengusaha Pelancongan

Wow, pakej pelancongan bertaraf 'kayangan' pada harga murah - Sinar Plus

Manakala, golongan usahawan hotel juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Bantuan sebanyak RM2,879,500 diperuntukkan khas untuk usahawan hotel, penginapan dan pengusaha pelancongan.

Golongan ini adalah golongan yang terjejas akibat COVID-19 kerana mereka tidak dibenarkan beroperasi untuk mengelakkan penularan wabak ini.

Maka, bantuan sebanyak RM1000 sehingga RM5000 akan diberikan kepada sejumlah 3,325 penerima yang terdiri daripada golongan dari sektor ini.

  • Hotel 4 dan 5 bintang akan mendapat RM5000
  • Hotel 3, 2 dan 1 bintang akan mendapat RM2000 – untuk hotel 3,2,1 bintang
  • Hotel 3, 2, 2 orkid akan mendapat RM2000
  • Persatuan homestay akan mendapat RM1,000
  • Hotel yang belum mendapat penarafan akan mendapat RM1000
  • Pengusaha pelancongan akan mendapat RM2000
  • Pemandu pelancong, penggiat seni, Divemaster, Malim Gunung dan Porter akan mendapat RM300

Bantuan Pelajar Institusi Pengajian Swasta Dan Awam

Tiada peranti sukarkan pembelajaran dalam talian

Kerajaan negeri Sabah juga tidak melupakan golongan pelajar yang sedang belajar secara online maka mereka memperuntukkan sejumlah RM1,500,000 untuk bantuan pelajar institusi pengajian swasta dan awam.

Cara Semakan BSP 3.0

  • Anda perlu layari portal rasmi Bantuan Sabah Prihatin di pautan berikut https://bkn-covid.sabah.gov.my/bsp-semak
  • Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sempang dan isikan huruf yang tertera
  • Tekan butang Semak
  • Akhirnya, maklumat berkenaan status bayaran akan terpapar di skrin anda

Oleh itu, di atas merupakan beberapa bantuan kerajaan negeri Sabah kepada rakyat Sabah. Jika anda berkelayakan, jangan lupa memohon. Selamat mencuba!

Sumber

https://portalsemakan.com/semakan-bsp/

https://mypt3.com/bantuan-sabah

https://ecentral.my/bsp-3-0-bantuan-sabah-prihatin-2021/#Senarai_Bantuan_Sabah_Prihatin_BSP_30

error: Content is protected !!