Now Reading
Bantuan PKP Pemerkasa Tambahan Bagi Yang Layak

Bantuan PKP Pemerkasa Tambahan Bagi Yang Layak

Bantuan PKP Pemerkasa Tambahan

Pandemik covid 19 bukan hanya memberi gangguan kepada kesihatan secara langsung malah turut memberi gangguan kepada ekonomi kepada seluruhnya khususnya bagi rakyat Malaysia. Bantuan PKP pemerkasa tambahan adalah bantuan PKP Lockdown 3.0 yang terbaru bagi yang berkelayakan melalui PEMERKASA+.

Melalui pakej ini, sebanyak RM40 bilion diperuntukkan dengan tiga matlamat utama beserta 12 inisiatif terbaru.

PM announces Pemerkasa Plus aid package worth RM40bil | The Star

Berikut antara senarai bantuan PEMERKASA Plus yang diumumkan. Antaranya:

  • Peruntukan bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan ICU rawatan COVID-19 sebanyak RM450 juta,
  • RM550 tampung pertambahan kos operasi, pengurusan krisis kesihatan
  • Lantikan kontrak lebih 14,000 jawatan pegawai perubatan
  • Percepat pemberian vaksin 80,000 dos sehari (sasaran 150,000 dos sehari menjelang akhir Jun)
  • Aset kerajaan digerakkan permudah warga emas ke PPV
  • RM2.1 bilion untuk BPR tambahan sehingga RM500 (mengikut kategori) menjelang hujung Jun
  • Moratorium 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan
  • Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi
  • Program MARA Prihatin – peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran
  • Lanjutan Program Subsidi Upah selama sebulan
  • Geran Khas Prihatin ditambah RM500 kepada RM1,500 pertengahan bulan Jun dan baki pada Julai
  • Bantuan khas one-off RM500 kurangkan beban pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah
  • Bayaran lewat renew lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021
  • Lanjutan diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas
  • Lanjutan duti setem HOC sehingga 31 Disember 2021
  • Pengecualian cukai jualan CKD dan CBU import sehingga 31 Disember 2021

Secara amnya, penerima yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) akan menerima bantuan PKP Lockdown 3.0 juga.

Berikut merupakan bantuan tambahan untuk golongan berikut:

  • Golongan bujang berpendapatan < RM2500
  • Golongan isi rumah berpendapatan < 2500
  • Golongan isi rumah berpendapatan RM2500 – RM5000
  • Berdasarkan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri amaun yang bakal diterima penerima  adalah
  • Golongan bujang berpendapatan < RM2500: Tambahan RM100
  • Golongan isi rumah berpendapatan < 2500: Tambahan RM500
  • Golongan isi rumah berpendapatan RM2500 – RM5000: Tambahan 300

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan tunai yang diperkenalkan Kerajaan bagi memanfaatkan golongan B40. Pembayaran BPR Fasa 1 dan Fasa 2 berjumlah RM4.68 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima pada Februari 2021 dan Mei 2021 yang lepas.

Pembayaran BPR Tambahan berkenaan akan menyusul dengan memanfaatkan jumlah penerima yang sama, merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang. Mereka akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 30 Jun 2021 (Rabu) melibatkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion.

Bantuan PKP Pemerkasa Tambahan

Bantuan tunai yang disediakan bagi pembayaran Fasa 1, Fasa 2 dan BPR Tambahan sehingga kini kepada hampir 8.4 juta penerima adalah sebanyak RM6.78 bilion, manakala jangkaan pembayaran dianggarkan berjumlah RM2.32 bilion bagi Fasa 3 pada September 2021. Secara keseluruhannya, peruntukan berjumlah RM9.1 bilion telah disediakan oleh Kerajaan bagi pelaksanaan BPR yang telah dan akan disalurkan kepada golongan B40.

Tidak dinyatakan secara spesifik semasa pengumuman dibuat untuk tindakan permohonan. Memandangkan data penerima BPN sudah ada dalam system LHDN kemungkinan penerima tidak perlu buat apa-apa. Ini kerana, penerima BPR akan mendapat bantuan ini secara automatik.

Sememangnya sejak awal PKP dilaksanakan pda Mac 2020 telah banyak rakyat yang terkesan dengan kehilangan kerja dan sebagainya. Sejak itu pelbagai inisiatif kerajaan sediakan bagi memastikan kesemuanya tidak diabaikan begitu sahaja.

Dalam situasi sebegini kerajaan tetap berusaha menyediakan pelbagai skim atau program bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun bagi pihak kita bukan sekadar mengharap kerajaan semata-mata membendung seluruh masyarakat.

Kita juga mempunyai tanggungjawab untuk mengambil tahu hal ahli keluarga terdekat, sahabat handal yang rapat juga jiran sekeliling kita. Dalam keadaan sebegini kita bukan hanya berperang dengan Covid 19 semata-mata. Kita juga perlu memelihara kewarasan mental kita dan orang sekeliling.

Melihat kadar kes bunuh diri yang meningkat, ianya bukanlah salah sesiapa tapi menjadi tanggungjawab kita selaku masyarakat sekeliling yang perlu bersifat empati. Kadang-kadang bantuan emosi ini lebih memberi kesan mendalam yang positif berbanding wang itu sendiri.

Dalam situasi sekarang setiap dari kita sememangnya mempunyai masalah kewangan. Namun wang bukanlah semata-mata bahan untuk bersedekah. Pelbagai lagi usaha yang boleh dilakukan contohnya bertanya khabar dan menjadi pendengar yang baik.

Dalam menghadapi situasi covid 19 yang mencabar ini kita juga perlu berusaha mewujudkan satu masyarakat yang harmoni. Masyarakat yang harmoni bagaimana perlu diwujudkan? Kalau kita lihat dalam media sosial sekarang kewarasan setiap masyarakat kian menipis. Penuh dengan makian dan kata-kata negatif.

Bukan itu sahaja, wujudnya golongan yang kian tidak berpuas hati dengan golongan-golongan yang menerima bantuan. Dengan kenyataan pelbagai. Itu juga semuanya tidak mampu memberi penyelesaian dalam isu ini.

Paling penting kita kena sentiasa empati dan positif. Kita merasakan bantuan yang diperolehi golongan tertentu ini terlalu banyak. Hakikatnya apa yang mereka rasai hanya secebis dari apa yang kita telah perolehi.

Tindakan sesetengah pihak yang tamak mengambil kesempatan ke atas bantuan-bantuan seperti food bank dan sebagainya juga hanya memberi kesan yang buruk. Satu perkara untuk kita renungi dalam masa keadaan ini adalah menanamkan rasa cukup.

Tanamkan rasa cukup dengan setiap apa yang kita ada dan tidak mengambil kesempatan. Kalau perlukan bantuan ambil mengikut bahagian yang ditetapkan. Elakkan rasa tamak. Kerana susah itu bukan hanya kita sendiri tetapi susah itu dimiliki bersama ramai orang. Semoga ada sinar yang terang dan covid 19 berlalu pergi tanpa kembali. Semoga pengisian ini bermanfaat untuk semua.

SUMBER:

https://ecentral.my/bantuan-pkp-pemerkasa-tambahan

https://therohani.com/cara-mohon-bantuan-pkp-lockdown/

error: Content is protected !!