Now Reading
Banyak Kencing: Periksa dengan Doktor Sebelum Parah

Banyak Kencing: Periksa dengan Doktor Sebelum Parah

banyak kencing

Kencing secara kerap lebih daripada kebiasaan dirujuk sebagai banyak kencing. Ini akan menyebabkan kesulitan di dalam rutin seorang individu.

Kitaran waktu tidurnya akan terganggu dan symptom kepada masalah perubatan. Polyuria terjadi apabila seorang pesakit kencing lebih dari 3 liter setiap hari. Kebiasaannya, ada punca mudah yang boleh diatasi dengan rawatan.

Kebocoran air kencing, di mana air kencing bocor, tidak sama dengan kekerapan. Kencing dengan kerap kadangkala menandakan kepada masalah yang lebih teruk. Diagnosis awal terhadap keadaan sebegini dapat membantu kepada rawatan yang lebih dan betul, sekaligus menghalang komplikasi.

Kencing dengan kerap adalah tanda kepada beberapa isu, bermula dari masalah buah pinggang dengan hanya meminum terlalu banyak air.

Anda mungkin mempunyai jangkitan air kencing sekiranya kencing terlalu kerap, demam, rasa ingin kencing yang tidak dikawal, dan rasa sakit pada abdomen. Faktor lain yang mendorong kepada masalah kerap kencing adalah seperti berikut:

Punca Banyak Kencing

1. Kencing Manis

Sebuah penyakit yang dihidapi oleh jutaan orang. Badan anda terpaksa membebaskan glukosa yang tidak diperlukan melalui air kencing, kencing dengan kerap dalam jumlah yang tidak normal merupakan gejala awal kencing manis jenis 1 dan 2.

2. Mengandung

Rahim yang sedang mengembang di dalam perut ibu mengandung memberi tekanan kepaka pundi kencing pada minggu-minggu awal kehamilan menyebabkan ibu mengandung kerap membuang air kecil.

3. Masalah Prostat

Uretha boleh tersumbat disebabkan oleh pembesaran saiz prostat. Dinding pundi kencing akan menyebabkan radang. Walaupun terdapat jumlah kecil air kencing di dalam pundi kencing, apabila ia mula meregang, akan terjadinya penyakit kerap kencing.

4. Interstitial Cystitis

Sejenis cyst yang menjejaskan pundi kencing. Rasa sakit di bahagian tersebut dan kawasan pelvis adalah symptom kepada penyakit yang tidak diketahui ini. Rasa ingin kencing secara kerap dan tergesa-gesa adalah symptom yang biasa.

5. Penggunaan Diuretic

Dadah ini digunakan untuk merawat darah tinggi atau acid reflux, berkerja di dalam buah pinggang untuk membuang lebihan cecair mengakibatkan kekerapan kencing.

6. Strok atau Penyakit Neurological Yang Lain

Penyakit seperti ini adalah penyebab kematian yang paling biasa. Kerosakan pada saraf adalah punca pundi kencing sakit, seperti rasa ingin kencing dengan kerap atau secara tiba-tiba.

Simptom Lain

  • Rasa dahaga yang ekstrim
  • Sakit perut
  • Mual dan muntah-muntah
  • Sembelit
  • Sakit sendi dan tulang
  • Masalah otak: keliru, keletihan dan kemurungan
  • Masalah jantung (kes jarang berlaku): arrhythmia dan masalah jantung lain

Keadaan di atas akan menyebabkan anda kerap membuang air kecil tetapi boleh dirawat. Sekiranya anda penghidap penyakit kencing manis, rawatan yang sesuai adalah dengan mengawal kadar gula dalam darah.

Rawatan Untuk Banyak Kencing

1. Latihan Semula Pundi Kencing

Latihan ini adalah satu prosedur untuk melatih semula pundi kencing. Sekitar 12 minggu, ini akan melibatkan peningkatan masa antara lawatan ke bilik air. Ini membantu latih semula pundi kencing.

Membolehkan anda menahan kencing untuk jangka masa yang lebih lama.

2. Menukar Diet

Sebarang makanan yang boleh mencederkan pundi kencing atau bertindak sebagai diuretic seeloknya dielakkan. Kafein, alcohol, minuman bergas, makanan berasaskan tomato, pemanis tiruan dan makanan pedas merupakan contoh makanan yang perlu anda elak.

Sembelit akan membuatkan simptom pundi kencing bekerja lebih masa bertambah teruk, gantikan makanan tadi dengan memakan makanan tinggi fiber.

3. Mengawal Pengambilan Cecair

Untuk mengelakkan sembelit atau air kencing terlalu pekat, minum banyak air masak. Kurangkan minum air secara berlebihan sebelum waktu tidur, untuk mengelak buang air kecil pada tengah malam.

4. Senaman Kegel

Sejenis senaman melibatkan abdomen. Senaman ini akan meningkatkan kawalan pundi kencing dan mengurangkan kekerapan kencing dan menguatkan otot di kawasan pundi kencing dan uretha.

Pundi kencing yang dikawal boleh ditingkatkan dengan membuat senaman pelvis selama lima minit tiga kali sehari.

5. Biofeedback

Sebuah pendekatan yang membantu anda untuk memahami cara pelvis anda bekerja dan mengawalnya dengan lebih baik.

Cara Mencegah banyak Kencing

Terdapat beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengurangkan peluang mendapat kekerapan kencing. Anda boleh mengelak makanan dan minuman tertentu yang dikenali menjadi punca nocturia pada waktu malam. Ini adalah beberapa contoh:

  • alcohol
  • jus sitrus
  • kopi
  • teh
  • produk berasaskan tomato dan buah tomato
  • pemanis buatan

Tingkatkan pengambilan fiber di dalam badan secara tetap kerana sembelit boleh menyebabkan kekerapan kencing dengan meletakkan tekanan kepada pundi kencing.

Runding dengan doktor tentang cara untuk melakukan senaman kegel pelvis dengan betul. Senaman ini dapat menguatkan otot pelvis anda. Selain itu, bincang dengan doktor tentang terapi fiizkal otot pelvis.

Senaman ini menguatkan otot yang menyokong organ pundi kencing secara umum. Atas alasan apa pun, penyakit seperti ini tidak perlu terlalu dibimbangkan. Untuk mendapat jawapan yang pasti, buatlah janji temu dengan pakar.

Kerana setelah anda tahu punca sebenar tentang apa yang menyebabkan anda kencing dengan kerap, anda satu langkah di hadapan untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti, boleh pergi berjoging tanpa risau di tasik atau tidak perlu risaukan tentang apa pun – mengikut kehendak anda.

Buatlah sedikit pembacaan dan kajian secara kasar tentang penyakit ini kerana setiap badan manusia cara ia melawan penyakit adalah berbeza. Setelah itu, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar yang arif di dalam bidang ini.

Jagalah kesihatan, makan-makanan yang berkhasiat dan lakukan senaman ringan dan dapat mengeluarkan peluh.

SUMBER:

https://www.medicalnewstoday.com/articles/70782

https://www.webmd.com/urinary-incontinence-oab/frequent-urination-causes-and-treatments

https://www.healthline.com/health/overactive-bladder/frequent-urination-women#takeaway

error: Content is protected !!