Batu Ferringhi Hotel: 10 Hotel Murah Di Batu Ferringhi Untuk Percutian Bajet ~ Percutian ke Batu Ferringhi dijamin bakal memberikan anda satu pengalaman percutian yang begitu seronok dan bermakna.
Dari pasar malam berkepanjangangan 1 kilometer dan dipenuhi dengan variasi pilihan barang-barang yang pasti merambangkan mata anda, sehinggalah ke pantai yang indah dan dilengkapi dengan pelbagai aktiviti air. Ini menjadikan Batu Ferringhi adalah satu pilihan yang terbaik untuk lokasi percutian serta penginapan anda.
Pemilihan lokasi penginapan adalah antara faktor penting yang perlu diambil kira daripada pelbagai aspek ketika anda bercuti untuk memudahkan perjalanan sepanjang percutian anda.
Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad, jangan risau! Disini kami telah senaraikan 10 hotel murah dan selesa yang anda boleh pilih untuk tempah ketika bercuti di Batu Ferringhi.
Berikut ialah senarai 10 hotel murah di Batu Ferringhi dengan harga dibawah RM120 untuk semalam.
10 Hotel Murah Di Batu Ferringhi Untuk Percutian Bajet
1. EcoCapsule Resort
Sekiranya anda inginkan penginapan yang tenang dan damai dengan kehijauan flora serta alam semulajadi, anda boleh memilih untuk menginap di sini. Terdapat banyak pokok-pokok hijau menghiasi sekitar bersama sebuah tasik di resort ini. Reka bentuk biliknya juga sangat menarik dilengkapi dengan katil, penghawa dingin dan kemudahan asas yang lain.
Anda juga boleh menggunakan kemudahan BBQ yang disediakan untuk aktiviti santai bersama keluarga atau kawan-kawan. Melalui resort ini, anda juga boleh menuju ke Penang Hill dengan menggunakan denai panjang. Apa yang paling utama, bilik dan kawasan sekitar di resort ini sangat bersih dan selesa untuk digunakan.
Range harga ~ RM82+/malam.
Lokasi: Lorong Rimba, Teluk Bahang, 11050 Penang, 11050 Batu Ferringhi
2. Elizabeth Villa
Sekiranya anda bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan yang ramai, anda boleh masukkan villa ini ke dalam list pilihan anda. Terletak di kawasan perumahan, villa ini menawarkan keselesaan maksimum dengan keluasan bilik yang cukup selesa untuk 2-3 orang satu bilik.
Selain itu, kemudahan seperti dapur yang lengkap dan mesin basuh turut disediakan. Anda tidak perlu pening kepala membawa baju banyak-banyak lagi. Anda boleh basuh baju anda dan keringkan untuk kegunaan hari berikutnya. Macam rumah sendiri!
Kedudukannya juga agak strategik dan berdekatan dengan pantai. Terdapat juga kedai makan yang terletak tidak jauh dari villa ini. Jadi, jangan risau sekiranya anda malas nak masak sebab kena beli barang masak lagi kan, hah anda boleh menjamu selera di restoran berdekatan. Jarak villa ini ke kawasan pantai dan kedai makan hanya jarak berjalan kaki selama 3- 5 minit.
Range harga ~ RM61+/malam.
Lokasi: 24 Jalan Sungai Emas 5a, 11100 Batu Ferringhi
3. OYO 497 ESQ Ferringhi Hotel
OYO 497 ESQ Ferringhi Hotel terletak berhampiran Pantai Batu Ferringhi dengan hanya memerlukan 5 minit berjalan kaki untuk sampai. Hotel ini merupakan antara hotel paling ideal untuk percutian anda ke Batu Ferringhi kerana lokasinya yang memang strategik dan harganya yang murah dan berpatutan. Anda juga boleh mengisi malam anda dengan pergi ke kawasan pasar malam yang terletak tidak jauh dari hotel ini.
Berhampiran hotel ini juga terdapat banyak kedai makan termasuk KFC dan MCD. Biliknya juga amat selesa dengan tilam yang empuk seperti hotel-hotel mahal dilengkapi dengan penghawa dingin dan kemudahan asas yang lain seperti tandas, shower room dan sebagainya.
Range harga ~ RM51+/malam
Lokasi: No. 17, Lorong Sungai Emas, 11100 Batu Ferringhi
4. Zahaar Hotel
Seterusnya, Zahaar Hotel. Hotel ini merupakan antara hotel bajet yang sering menjadi pilihan para pelancong. Selain harga yang murah, lokasinya juga agak strategik dan berdekatan dengan sebuah pantai. Terdapat beberapa kedai makan berhampiran termasuk kedai serbaneka 7E dan juga pasar malam.
Keselesaan pengunjung adalah keutamaan mereka. Bilik-bilik dihias dengan simple dan dilengkapi dengan kemudahan seperti tilam, meja, tandas, TV, wifi, pendingin hawa dan sebagainya. Memang cukup selesa dan sesuai untuk percutian keluarga mahupun solo mengikut jenis bilik-bilik yang ada.
Range harga ~ RM68/malam
Lokasi: 3F, Tingkat 1 & 3g, Tingkat 1 & 2, Jalan Sungai Emas, 11100 Batu Ferringhi
5. Rasa Motel
Rasa Motel juga merupakan antara tempat penginapan yang perlu anda masukkan ke dalam list pilihan anda. Servisnya yang terbaik tidak dapat dinafikan lagi. Rekaan dalaman simple tetapi cukup menarik. Wifi yang pantas, tilam yang selesa, bilik yang bersih dan pelbagai fasiliti lain seperti water dispenser antara faktor yang menarik orang luar untuk menginap disini.
Selain itu, terdapat juga jualan roti atau kek yang dibakar fresh setiap hari di lobi motel untuk memudahkan para pengunjung mengisi. Lokasinya juga amat strategik dan terletak hanya 3 minit daripada pantai dan kedaai-kedai makan yang popular.
Range harga ~ RM80+/malam
Lokasi: 186-G26 Ferringhi Plaza, Jalan Batu Ferringhi 11100 Pulau Pinang, 11100 Batu Ferringhi
6. My Budget Home
Seperti hotel bajet yang lain, My Budget Home juga mengutamakan keselesaan pengunjung dengan maksimum. Bilik-biliknya amat luas dan selesa dilengkapi dengan Wifi yang agak laju serta pendingin hawa dan kemudahan asas yang lain. Hotel bajet ini juga sesuai untuk percutian keluarga atau solo kerana terdapat beberapa jenis pilihan bilik.
Lokasinya amat strategik dan berdekatan dengan pelbagai jenis kedai makan yang menjual makanan asli penang di bahagian bawah hotel. Manakala, di seberang jalan pula terdapat kedai makanan segera seperti McD, KFC dan Subway. Dan yang menariknya lagi, hotel bajet ini juga terletak berdekatan pantai dan perlu berjalan 5 minit sahaja untuk sampai.
Range harga ~ RM71/malam
Lokasi: 1-6C Eden Parade, Jalan Sungai Emas, 11100 Batu Ferringhi
7. ZEN Rooms Ferringhi Stay Iinn
Hotel bajet ini amat sesuai buat anda yang suka berjalan dan tidak mahu duduk diam di hotel sahaja. Hal ini kerana, lokasi hotel ini terletak sangat dekat dengan Pantai Batu Ferringhi (200 meter), pasar malam dan Wet World Wild Adventure Park yang hanya sekitar 90 meter dari hotel.
Bukan itu sahaja, perhentian bas juga hanyalah beberapa langkah dari hotel. Dengan itu, anda boleh menapak lebih jauh lagi dengan menggunakan pengangkutan awam.
Dengan fasiliti bilik yang lengkap seperti tilam, WiFi, serta kemudahan asas yang lain, anda pasti tidak akan menyesal menempah bilik di hotel ini. Semuanya tip top setara servis hotel lima bintang.
Range harga ~ RM91+/malam
Lokasi: No. 1-3C, Eden Parade, Jalan Sungai Emas 1, 11100 Batu Ferringhi
8. Station Gold Budget Batu Ferringhi Hotel
Terletak berhadapan dengan masjid, hotel bajet ini amat sesuai untuk yang beragama Islam. Makanan yang dihidangkan di hotel ini juga seratus peratus halal. Walaupun kelihatan comel dari jauh, hotel ini tidak kalah dengan hotel-hotel yang lain.
Biliknya agak luas, bersih dan selesa serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas. Lokasinya juga berdekatan dengan pantai dan pasar malam.Memang berbaloi untuk anda yang inginkan keselesaan tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Range harga ~ RM98+/malam
Lokasi: 78, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi
9. Ali’s Motel
Lokasi Ali’s motel yang berdekatan dengan banyak tarikan pelancongan seperti Escape Park, Entopia, Toy Museum, Forest Park dan lain-lain lagi menjadikannya amat ideal sebagai tempat penginapan anda. Dengan 3 minit berjalan kaki dari hotel, anda boleh singgah untuk mencuba roti jala yang terkenal disini. Best kan?
Ali’s motel ini terletak di Teluk Bahang dan untuk ke Batu Ferringhi anda hanya perlu menaiki bas di perhentian bas yang terletak bersebelahan hotel. Ini antara hotel bajet yang termurah yang terdapat berhampiran dengan Batu Ferringhi. Fasilitinya yang lengkap juga setanding dengan hotel-hotel yang lain.
Range harga ~ RM30+/malam
Lokasi: Ali’s Guest House 53 -54 b , Batu Ferringhi, 11100 Penang , Malaysia Ali’s Motel 358 Teluk Bahang, 11050 Penang
10. Green Ocean Inn Batu Ferringhi Hotel
Lokasi hotel ini berhampiran dengan pantai Miami, sangat sesuai jika anda ingin berenang atau memancing. Anda juga akan dapat menikmati matahari terbenam sambil makan beberapa makanan di cafe yang terdapat di pantai (Kafe Miami). Pantai ini sangat dekat dengan hotel dan hanya perlu berjalan kaki.
Layanan pemilik dan kakitangannya juga sangat ramah dan banyak membantu. Biliknya bersih,selesa, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti WiFi dan lain lain. Berbeza dengan hoel yang lain, hotel ini mempunyai ruang balkoni yang lengkap dengan kerusi dan meja untuk anda menghirup udara di luar sambil menikmati minum petang.
Range harga ~ RM78+/malam
Lokasi: No.2 , Jalan Pantai Miami , Batu Ferringhi , Penang, 11100 Batu Ferringhi
Kesimpulan
Akhir kata, pastikan anda memilih tempat penginapan yang benar-benar selesa setelah mengambil kira dari pelbagai sudut aspek termasuk pengangkutan dan lain-lain. Hotel-hotel bajet yang kami senaraikan ini merupakan antara pilihan popular dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara.
Untuk keselesaan yang lebih sedikit tetapi masih dalam bajet dibawah RM200, anda boleh konsider untuk menginap di Penang Holiday Apartment, Station Budget Hotel, ZEN Rooms Eden Parade, Batu Ferringhi Beach Villa, OYO 1149 Ferringhi Hotel dan banyak lagi !
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang ingin merancang percutian anda.
Sekian.
Sumber:
https://www.hoteldipenang.com/senarai-hotel-murah-di-batu-feringgi-penang.html