Now Reading
Batuk (Coughing) – Punca Gejala dan Diagnosis

Batuk (Coughing) – Punca Gejala dan Diagnosis

batuk

Pengenalan

Batuk, yang turut dikenali sebagai tussis adalah perbuatan spontan atau bukan spontan yang membersihkan tekak dan pernafasan daripada zarah asing, mikrob, perengsa, cecair, dan lendir. Dalam erti kata lain, ia adalah cara mengusir udara dengan cepat dari paru-paru.

Penerangan

Batuk boleh dilakukan dengan sengaja atau berlaku sebagai sebahagian daripada refleks badan. Ia boleh menjadi salah satu tanda penyakit yang serius, namun selalunya ia akan sembuh sendiri tanpa memerlukan sebarang perhatian perubatan.

Penyebab yang berkemungkinan

Batuk boleh disebabkan oleh sesetengah keadaan tertentu, sementara atau kekal.

Membersihkan kerongkong

Batuk adalah cara semulajadi badan anda membersihkan kerongkong anda. Apabila saluran udara tersumbat dengan lendir atau zarah asing seperti asap atau debu, ia merupakan tindak balas refleks untuk membersihkan zarah serta menjadikan pernafasan anda lebih lancar.

Walau bagaimanapun batuk jenis ini agak jarang. Ia sering meningkat dengan pendedahan berlebihan kepada bahan perengsa seperti asap.

Virus dan bakteria

Penyebab paling umum bagi batuk adalah jangkitan di saluran pernafasan seperti selesema atau demam.

Jangkitan saluran pernafasan biasanya disebabkan oleh virus dan mungkin berlangsung dari beberapa hari hinggalah seminggu. Jangkitan yang disebabkan oleh selesema mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh dan pengambilan antibiotik.

Merokok

Merokok adalah penyebab utama batuk. Ia yang disebabkan oleh merokok terdiri daripada batuk kronik dengan bunyinya yang tersendiri. Ia juga dikenali sebagai batuk perokok.

Asma

Penyebab utama batuk di kalangan kanak-kanak adalah asma. Biasanya, batuk asma melibatkan bunyi berdehit, menjadikannya mudah untuk dikenal pasti.

Pesakit asma perlu mendapat rawatan dengan menggunakan alat sedutan (inhaler). Kanak-kanak mempunyai peluang untuk sembuh daripada asma setelah meningkat dewasa. 

Ubat-ubatan

Sesetengah ubat boleh menyebabkan ia, namun ia adalah kesan sampingan yang jarang berlaku. Perencat enzim penukaran Angiotensin (ACE), yang biasanya digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan keadaan jantung, boleh menyebabkan batuk.

Dua jenis umum ACE adalah:

• Zestril (lisinopril)

• Vasotec (enalapril)

Ia cenderung berhenti apabila ubat dihentikan.

Penyebab lain

Keadaan lain yang boleh menyebabkannya termasuklah:

• Kerosakan pada kord vokal

• Titisan pasca nasal

• Jangkitan bakteria seperti pneumonia, batuk kokol, dan croup

• Keadaan yang serius seperti pulmonary embolism 

Keadaan umum lain yang boleh menyebabkan batuk kronik adalah penyakit gastroesophageal reflux (GERD). Dalam kes ini, kandungan perut mengalir semula ke dalam kerongkong. Keadaan tersebut merangsang refleks di trakea, lalu menyebabkan seseorang batuk.

Bila perlu menghubungi doktor

Sekiranya batuk berterusan selama 3 minggu tanpa penambahbaikan, anda perlu berjumpa dengan doktor.

Dalam kebanyakan kes, tiada sebarang perkara serius yang menyebabkan batuk, tetapi dalam kes yang jarang berlaku, batuk yang berterusan dalam jangka panjang boleh menjadi tanda kepada sesuatu penyakit yang perlu dirawat seperti kanser paru-paru atau kegagalan jantung.

Sebab-sebab lain anda perlu mendapatkan nasihat perubatan termasuklah:

• Batuk semakin teruk.

• Terdapat benjolan atau bengkak di bahagian leher.

• Pengurangan berat badan

Kesukaran untuk menelan.

• Perubahan kekal dalam bunyi suara.

• Batuk berdarah.

Kesukaran bernafas.

• Sakit dada.

• Demam yang tidak bertambah baik.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Sekiranya doktor memutuskan bahawa batuk anda disebabkan oleh demam atau selesema biasa, nasihat umumnya adalah anda perlu berehat, minum banyak cecair dan biarkan ia sembuh sendiri. Dalam majoriti kes, ia sedemikian akan sembuh selepas 1-2 minggu.

Sebaliknya, batuk yang disebabkan oleh jangkitan virus dan berterusan selama lebih dari beberapa minggu mungkin memerlukan perhatian perubatan.

Doktor akan menjalankan beberapa ujian diagnostik, seperti X-ray dada. Selain itu, sampel kahak akan dihantar ke makmal untuk dianalisis bagi menentukan penyebab sebenar jangkitan.

Pesakit mungkin diminta untuk bernafas melalui tiub yang dipasang pada mesin; ini membantu doktor menentukan sama ada terdapat halangan di saluran udara anda atau tidak (ujian ini dipanggil sebagai spirometri), dan ia biasa dijalankan dalam kes penyakit asma atau emfisema.

Jika anda didiagnosis mengidap asma, anda akan diberikan ubat asma.

Kadangkala, doktor mungkin merujuk kes anda kepada pakar paru-paru, telinga, hidung dan tekak (ENT).

Rawatan

Rawatan bergantung kepada penyebabnya. Pilihan termasuklah:

• Ubat-ubatan. Ubat batuk di kaunter boleh membantu dalam beberapa cara tertentu. Suppressan mengurangkan keinginan anda untuk batuk. Ekspektoran pula memudahkan pengeluaran kahak.

• Rawatan di rumah. Anda boleh minum cecair panas, menyedut udara lembap dan hangat serta menggunakan ubat titis. Sealain itu, anda boleh menambah satu sudu madu ke dalam teh panas, atau pilih gula batuk yang mengandungi madu. Namun, jangan sekali-kali memberikan madu kepada kanak-kanak di bawah umur setahun kerana ia boleh membuatkan mereka sakit.

• Elakkan pencetus. Sekiranya anda mempunyai alahan atau asma, jauhi segala alergen dari rumah anda. Pastikan haiwan peliharaan andatiadk masuk ke dalam bilik tidur anda. Gunakan pengdingin hawa untuk menapis udara sewaktu musim debunga. Anda mungkin tidak boleh melihat kesannya dengan mata kasar, tetapi jika anda menjauhi alergen yang menjejaskan keadaan anda, anda akan mula berasa lebih baik.

• Rawatan untuk masalah lain. Batuk yang dicetuskan oleh asma, refluks asid, apnea tidur, dan keadaan perubatan lain memerlukan rawatan khas, selalunya dalam bentuk ubat-ubatan. Berundinglah dengan doktor anda mengenai pilihan rawatan yang tersedia.

• Virus. Virus merupakan salah satu punca utama batuk. Dalam kes ini, ia boleh berlanjutan selama beberapa minggu atau bulan selepas virus tersebut hilang. Lama kelamaan saluran udara anda akan sembuh dan batuk akan berhenti dengan sendiri.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/220349.php#diagnosis

https://www.healthline.com/health/cough

https://www.webmd.com/cold-and-flu/overview#2

error: Content is protected !!