Now Reading
Beguk (Mumps) – Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan

Beguk (Mumps) – Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan

beguk

Beguk atau bengkak cantik adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus yang merebak melalui air liur dan mukus. Biasanya ia berlaku pada kanak-kanak yang tidak diimunisasi.   

Keadaan ini boleh menjejaskan mana-mana bahagian badan tetapi kebanyakannya menyerang kelenjar penghasilan air liur yang terletak di bawah dan di hadapan telinga (dipanggil kelenjar parotid). Jika dijangkiti virus beguk, kelenjar tersebut akan membengkak kemudiannya menyebabkan pipi dan rahang menjadi bengkak.

Malah, beguk bukanlah penyakit yang asing, ia biasa terjadi. Namun, sejak pengenalan vaksin campak, beguk dan rubella (MMR) pada tahun 1967, gejala ini telah berjaya dihapuskan hampir sepenuhnya.     

CDC mengesyorkan kanak-kanak disuntik sebanyak dua dos vaksin. Dos pertama disuntik sewaktu mereka masih bayi iaitu di antara 12 bulan hingga 15 bulan manakala dos kedua sewaktu 4 tahun hingga 6 tahun. Remaja dan orang dewasa juga harus memastikan mereka telah disuntik dengan vaksinasi MMR terkini.  

Jika anda belum diberi vaksin, anda berpeluang mendapat beguk. Sesetengah individu dijangkiti tanpa mereka sedar, tetapi kebanyakan daripada mereka akan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa minggu.

Simptom Beguk

Sesetengah individu yang dijangkiti virus beguk tidak mempunyai tanda atau gejala yang berat. Apabila tanda-tanda dan simptom timbul, ia biasanya bertahan selama dua atau tiga minggu selepas terdedah kepada virus. 

Simptom utama beguk adalah keradangan kelenjar air liur yang menyebabkan pipi membengkak. Tanda dan gejala lain mungkin termasuk: 

• Sakit di kelenjar air liur dan kawasan yang terbabit.        

• Sakit ketika mengunyah atau menelan         

• Demam         

• Sakit kepala         

• Sakit otot         

• Berasa lemah dan letih       

• Hilang selera makan         

Punca Beguk

Beguk disebabkan oleh jangkitan virus. Ia merupakan penyakit berjangkit yang disebar melalui rembesan pernafasan (contohnya air liur) dari seseorang yang telah terjejas dengan keadaan ini. Apabila ianya mengecut, virus bergerak dari saluran pernafasan ke kelenjar air liur dan mengeluarkannya semula menyebabkan kelenjar membengkak.

Contoh bagaimana penyakit ini boleh disebarkan termasuklah:

• Bersin atau batuk.       

• Menggunakan pinggan dan bekas yang sama dengan pesakit yang dijangkiti.         

• Berkongsi makanan dan minuman dengan pesakit yang dijangkiti.         

• Ciuman.         

• Pesakit yang dijangkiti menyentuh hidung atau mulutnya dan kemudian menyentuh permukaan yang  yang boleh disentuh orang lain.         

Bagi individu yang dijangkiti, penyakit itu mampu bertahan selama lebih kurang 15 hari (6 hari sebelum gejala mula ditunjukkan, dan sehingga 9 hari selepas gejala). Virus ini adalah sebahagian daripada keluarga paramiksovirus, yang merupakan punca utama bagi jangkitan, terutamanya pada kanak-kanak.

Diagnosis Beguk

Biasanya, beguk boleh didiagnosis melalui gejalanya sendiri seperti memeriksa kawasan bengkak di wajah. Doktor mungkin juga akan melakukan perkara-perkara seperti di bawah:

• Memeriksa keadaan di dalam mulut anda untuk melihat kedudukan tonsil. Apabila dijangkiti beguk, tonsil anda boleh ditolak ke sisi.   

• Mengukur suhu anda.         

• Mengambil contoh darah, air kencing, atau air liur untuk mengesahkan diagnosis.         

• Mengambil contoh CSF (cecair cerebrospinal) dari tulang belakang untuk ujian, bagi kes yang teruk.         

Rawatan Beguk

Beguk adalah sejenis virus, oleh itu ubat seperti antibiotik tidak boleh digunakan untuk merawatnya dan pada masa ini, masih belum ada ubat anti-virus yang boleh merawat beguk.  

Rawatan hanya dapat membantu melegakan gejala sehingga jangkitan telah pulih dengan sendiri dan badan telah membina imuniti terhadap virus beguk, seperti penyakit selesema. 

Dalam kebanyakan kes, pesakit akan pulih dari beguk dalam masa 2 minggu.

Sekiranya anda disyaki atau disahkan mempunyai beguk, beberapa langkah boleh diambil untuk membantu melegakan gejala beguk seperti:  

• Minum banyak cecair, air kosong lebih ideal. Anda harus elakkan minuman seperti jus buah kerana ia merangsang penghasilan air liur dan boleh menyakitkan.

• Letakkan sesuatu yang sejuk di kawasan bengkak untuk mengurangkan kesakitan seperti pek ais

• Makan makanan lembik atau dalam bentuk cecair kerana mengunyah mungkin menyakitkan.

• Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi

• Kumur mulut anda dengan air garam suam.         

• Ambil ubat penahan sakit. Banyak ubat tahan sakit boleh dibeli di kaunter atau dalam talian seperti acetaminophen atau ibuprofen.        

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/mumps/symptoms-causes/syc-20375361

https://www.healthline.com/health/mumps

https://www.medicalnewstoday.com/articles/224382

https://www.webmd.com/children/vaccines/what-are-the-mumps

error: Content is protected !!