Now Reading
Bentyl (Kekejangan) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

Bentyl (Kekejangan) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

bentyl

Pengenalan

Bentyl adalah jenama bagi ubat dicyclomine. Ial adalah ubat anti kolinergik yang bermakna ia menyekat tindak balas neurotransmitter acetylcholine.

Kegunaan Bentyl

Bentyl melegakan kekejangan otot di perut dan usus. Ia digunakan untuk merawat ‘functional bowel syndrome’ atau sindrom keradangan usus.

Malah, ubat ini juga digunakan untuk merawat pelbagai keadaan lain, seperti mual pagi dan pergerakan usus yang tidak normal. Individu demgan IBS biasanya sering mengalami kekejangan otot yang kerap dan menyakitkan, jadi ubat ini sesuai untuk digunakan.

Cara menggunakan Bentyl

Minum ubat ini secara oral dengan atau tanpa makanan seperti yang diarahkan oleh doktor anda, biasanya 4 kali sehari. Untuk mengurangkan risiko kesan sampingan anda, doktor boleh mengarahkan anda untuk mengambil ubat ini pada dos yang rendah dahulu dan secara beransur-ansur meningkatkan dos tersebut.

Ikuti arahan doktor anda dengan teliti.

Sekiranya anda menggunakan bentuk cecair, ukur dos dengan teliti menggunakan alat / sudu pengukur khas. Jangan gunakan sudu makan kerana anda mungkin tidak mendapat ukuran yang betul. Campurkan dos cecair dengan jumlah air yang sama sebelum mengambilnya.

Antacid boleh mengurangkan penyerapan ubat ini. Jangan minum ubat ini pada masa yang sama dengan antacid. Pengambilan antacid boleh dilakukans elepas makan manakala bentyl pula sebelum makan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Bentyl

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah kepadanya; atau jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bertanya pada ahli farmasi untuk maklumat lebih lanjut.

Malah, sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda mengenai sejarah perubatan anda. Ubat ini boleh membuatkan anda pening, mengantuk atau mengaburkan penglihatan anda. Arak atau marijuana (ganja) pula dapat membuatkan anda lebih pening atau mengantuk.

Jangan memandu, menggunakan peralatan atau mesin yang berbahaya, atau melakukan perkara yang memerlukan kewaspadaan atau penglihatan yang jelas dengan selamat. Malah, hadkan pengambilan minuman beralkohol.

Ubat ini boleh membuatkan anda berpeluh, menjadikan anda lebih mudah terkena strok haba. Jadi, elakkan membuat perkara yang boleh menyebabkan anda menjadi terlalu panas, seperti melakukan kerja berat atau bersenam dalam cuaca panas, ataupun menggunakan tab mandi panas.

Dalam cuaca panas, minum banyak air dan berpakaian nipis. Sekiranya anda terlalu panas, berlindung di tempat yang redup untuk menyejukkan badan dan berehat.

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera sekiranya anda mengalami keadaan demam yang tidak hilang, perubahan mental/ emosi, sakit kepala atau pening.

Kesan Sampingan Bentyl

Antara kesan sampingan Bentyl termasuklah:

  • Kebanyakan kesan buruk adalah manifestasi kesan farmalogikal pada reseptor muscarinic-cholinergic dan biasanya dapat dihentikan apabila terapi tidak diteruskan.
  • Keparahan dan kekerapan kesan buruk yang berlaku adalah berbeza mengikut dos dan intoleransi individu, walaupun kesan buruk kadang-kadang dapat dihilangkan dengan pengurangan dos. Ini juga mungkin akan menghilangkan potensi kesan terapeutik. Sekiranya dos ≥80 mg setiap hari tidak dapat dicapai kerana masalah intoleransi, hentikan pengambilan dicyclomine (bahan aktif yang terkandung dalam Bentyl).
  • Mulut kering, pening, penglihatan kabur, mual, pening kepala (terutamanya dengan bentuk suntikan), mengantuk, lemah dan gugup.

Kontraindikasi Bentyl

Bentyl dikontraindikasikan pada bayi yang berumur kurang dari 6 bulan, ibu yang menyusukan bayi dan pada pesakit dengan:

  • status kardiovaskular yang tidak stabil dalam pendarahan serius
  • myasthenia gravis
  • glaukoma
  • obstructive uropathy
  • penyakit penyumbatan saluran gastrousus
  • kolitis ulseratif yang teruk
  • esofagitis refluks

Interaksi Bentyl

Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Artikle ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat ini.

Simpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi/ bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Jangan mula, henti, atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Beberapa produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini termasuklah: tablet / kapsul potassium, ubat-ubatan yang dipengaruhi oleh pergerakan usus yang perlahan (seperti pramlintide).

Bentyl boleh mempengaruhi penyerapan produk lain seperti levodopa, ubat anti-kulat azole tertentu (ketoconazole, itraconazole), bentuk digoxin yang larut secara perlahan, dan lain-lain. Sekiranya anda mengambil ketoconazole atau itraconazole, ambil sekurang-kurangnya 2 jam sebelum mengambil ubat ini.

Banyak ubat lain juga boleh menyebabkan mulut kering dan sembelit yang mungkin berinteraksi dengan antikolinergik / antispasmodik seperti dicyclomine.

Beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil produk lain yang boleh menyebabkan rasa mengantuk. Periksa label pada semua ubat anda, bertanyakan kepada ahli farmasi anda mengenai cara penggunaan produk tersebut dengan selamat.

Selain itu, pastikan pegawai perubatan dan semua doktor yang terlibat mengetahui bahawa anda menggunakan ubat ini.

Dos Bentyl

Suntikan bentyl adalah 20 mg / 2 mL (10 mg / mL). Dos ubat ini bergantung pada usia, keadaan perubatan dan tindak balas anda terhadap rawatan. Jangan tambah dos anda atau mengambil ubat ini lebih kerap tanpa kebenaran doktor anda.

Keadaan anda tidak akan membaik dengan cepat dan risiko berlakunya kesan sampingan yang serius mungkin meningkat.

Sumber:

error: Content is protected !!