Now Reading
Benzonatate (Batuk) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

Benzonatate (Batuk) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

benzonatate

Pengenalan

Benzonatate adalah ubat batuk bukan narkotik. Ia berfungsi dengan mengebaskan tekak dan paru-paru bagi menjadikan refleks batuk kurang aktif.

Kegunaan Benzonatate

Ubat ini digunakan untuk merawat masalah batuk disebabkan oleh selesema biasa dan masalah pernafasan lain (contohnya, keradangan paru-paru, bronkitis, emfisema, asma).

Cara menggunakan Benzonatate

Ambil ubat ini secara oral dengan atau tanpa makanan, biasanya 3 kali sehari jika diperlukan atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

Telan ubat ini secara keseluruhan. Jangan kunyah, hisap atau larutkan ubat di dalam mulut anda. Melakukannya akan menyebabkan mulut/ tekak anda seperti mengalami kelumpuhan rasa dan boleh menyebabkan anda tercekik atau mengalami reaksi alergi yang teruk.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Benzonatate

Sebelum mengambil Benzonatate, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah padanya atau pada agen anestetik tertentu (contohnya, procaine, tetracaine) ataupun jika anda mempunyai alahan lain. Juga, maklumkan pada doktor atau ahli farmasi anda mengenai sejarah perubatan anda.

Ubat ini boleh membuatkan anda pening atau mengantuk. Arak atau dadah (ganja) boleh membuatkan anda lebih pening atau mengantuk.

Jangan memandu, menggunakan peralatan atau mesin berbahaya, atau melakukan perkara yang memerlukan kewaspadaan tinggi sehingga anda dapat melakukannya dengan selamat. Hadkan pengambilan minuman beralkohol. Berbincanglah dengan doktor jika anda ada menggunakan dadah (ganja).

Semasa hamil, ubat ini hanya boleh digunakan apabila diperlukan dengan jelas sahaja. Bincangkan risiko dan faedahnya dengan doktor anda. Rujuk doktor anda sebelum menyusukan bayi juga.

Kesan Sampingan Benzonatate

Benzonatate boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mengantuk, pening, sakit kepala, loya, sakit perut, sembelit dan hidung tersumbat yang berkemungkinan berlaku.

Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.

Maklumkan juga pada mereka jika ada kesan sampingan yang jarang berlaku tetapi serius seperti ini: perubahan mental/ emosi, rasa lumpuh di dada, rasa mata seperti terbakar.

Reaksi alergi yang sangat serius terhadap ubat ini tidak mungkin berlaku, tetapi dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya ia terjadi.

Kontraindikasi Benzonatate

Hipersensitiviti terhadap Benzonatate, bahan yang berkaitan, atau sebarang komponen formulasi di dalamnya.

Interaksi Benzonatate

Interaksi Benzonatate boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Jangan mula, henti atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil produk lain yang boleh menyebabkan rasa mengantuk seperti:

  • ubat sakit opioid atau penghilang batuk (seperti codeine, hidrokodon)
  • arak
  • dadah (ganja)
  • ubat untuk tidur atau kegelisahan (seperti alprazolam, lorazepam, zolpidem),
  • relaksan otot (seperti karisoprodol, siklobenzaprin)
  • antihistamin (seperti cetirizine, diphenhydramine).

Dos Benzonatate

  • Generik: Benzonatate
  • Bentuk: kapsul oral
  • Kekuatan: 100 mg, 150 mg, 200 mg

Dewasa (berumur 18 tahun ke atas)

  • Dos yang boleh diambil adalah 100-200 mg, tiga kali sehari. Dos maksimum ialah 600 mg sehari.

Dos kanak-kanak (berumur 11 hingga 17 tahun)

  • Dos yang boleh diambil adalah 100-200 mg, tiga kali sehari. Dos maksimum ialah 600 mg sehari.

Kanak-kanak (berumur 0 hingga 10 tahun)

  • Ubat ini tidak boleh digunakan pada kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke bawah.

Sumber:

error: Content is protected !!