Now Reading
Berapa Lama Jangka Hayat Coronavirus Pada Permukaan?

Berapa Lama Jangka Hayat Coronavirus Pada Permukaan?

jangka hayat coronavirus pada permukaan

Sehingga hari ini, pihak pakar sedang cuba mengenalpasti jangka hayat Coronavirus pada permukaan. Menurut saintis, virus tersebut boleh hidup di sesuatu permukaan antara beberapa jam hingga beberapa hari.

Kajian menunjukkan bahawa jenis permukaan serta suhunya memberi perbezaan pada jangka hayatnya. Tidak mengira akan tempoh jangka hayatnya, doktor menegaskan cara terbaik untuk melindungi diri anda daripada dijangkiti Coronavirus adalah dengan membasuh tangan dengan kerap dan tidak menyentuh muka anda. Kedua-dua langkah ini mempunyai tujuan yang sama iaitu bagi mengelakkan penyebaran coronavirus dari masuk ke dalam sistem badan anda.

Sama seperti virus selesema, Coronavirus atau penyebab penyakit COVID-19, dianggap boleh disebarkan melalui titisan saluran pernafasan di udara apabila seseorang yang dijangkiti bersin atau batuk. Sekiranya anda berada dalam jarak 6 kaki daripada individu tersebut, titisan-titisan itu mungkin akan terkena muka anda, justeru itu ia masuk ke dalam sistem badan anda. Berikutlah sebab mengapa penjarakkan sosial penting antara diri anda dan individu lain.

Bukan itu sahaja, titisan-titisan itu juga boleh terkena pada sesuatu permukaan dan anda akan dijangkiti jika menyentuhnya. Sebagai contoh, apabila anda meletakkan telefon pintar atau tangan anda pada sinki tandas yang dipenuhi kuman, seterusnya anda memegangnya dan menyentuh mulut, hidung dan mata, kuman-kuman itu akan memasuki badan anda.

Walau bagaimanapun, menyentuh permukaan yang tercemar bukanlah cara utama COVID-19  disebarkan namun, ianya tidak merugikan jika anda sentiasa peka dan berhati-hati kerana ia boleh menyumbang kepada risiko jangkitan.

Berikut adalah maklumat yang anda perlu tahu mengenai berapa lama COVID-19 boleh hidup pada sesuatu permukaan dan apa yang perlu dilakukan untuk kekal selamat.

Berapa lamakah novel Coronavirus boleh hidup pada permukaan?

Setakat ini, ianya masih belum jelas tentang tempoh masa titisan COVID-19 boleh bertahan pada sesuatu permukaan. Namun begitu, terdapat beberapa petunjuk berdasarkan dua jenis Coronavirus yang lain seperti SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) dan MERS (Middle East Respiratory Syndrome). Secara amnya, setiap jenis Coronavirus adalah unik tetapi wabak-wabak sebelum ini memberi idea yang baik mengenai berapa lama ia boleh hidup di sesuatu permukaan, memandangkan jenis-jenis Coronavirus tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain secara genetik.

Satu kajian yang baru diterbitkan dalam The Journal of Hospital Infection mengkaji maklumat yang direkodkan mengenai SARS dan MERS serta jangka hayat Coronavirus pada permukaan yang berbeza. Pihak penyelidik menjumpai bahawa Coronavirus tersebut boleh kekal ‘berjangkit’ di antara 2 hingga 9 hari. Tempoh ini sama seperti yang dijelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi kes COVID-19.

Kenapa wujudnya tempoh yang lama tersebut? Hal ini demikian kerana, jenis permukaan dan suhunya sangat penting bagi kelangsungan sesuatu virus. Sebagai contoh, pada permukaan keluli bersuhu 30C, MERS boleh hidup selama 6 hingga 24 jam. Tetapi, sekiranya suhu jatuh ke tahap 20 °C, kuman-kuman tersebut boleh bertahan selama satu hari lagi. Sebaliknya, SARS pula ditemui boleh hidup selama 4 hingga 5 hari pada permukaan logam, kayu, kaca dan kertas.

Prosedur menyahkuman sangatlah membantu untuk mencegah virus, kuman dan bakteria pada pelbagai permukaan. Pihak penyelidik turut mengkaji sesetengah jenis agen biocidal yang digunakan sebagai pembersih, seperti alkohol dan hidrogen peroksida dan kebanyakannya berkesan untuk membunuh Coronavirus.

Satu kajian baru yang dijalankan oleh National Institutes of Health (NIH), mendapati bahawa Coronavirus boleh bertahan selama 3 jam dalam udara dan hampir 4 jam pada kuprum, 24 jam pada cardboard, dan hampir 2 hingga 3 hari pada plastik dan keluli tahan karat.

Kesimpulannya,

Sentiasalah membasuh tangan anda. Walaupun sumber yang tepat mengenai jangka hayat Coronavirus pada permukaan tertentu masih belum ditemui, apa yang sudah pasti adalah ia boleh kekal buat beberapa lama sehinggalah ia menjangkiti seseorang.

Memandangkan kuman amat mudah tersebar bukan sahaja melalui tangan yang diletakkan di muka, tetapi melalui cara lain juga termasuklah makanan. Malah, anda boleh menyebarkan kuman melalui semua benda, dari alat mainan ke perkakas makan hinggalah ke tangan individu lain (bersalaman atau berpegangan tangan).

Virus ini sentiasa dan masih dikaji oleh para penyelidik dan saintis, jadi maklumat mengenainya pasti dikemaskini setiap hari atau setiap jam.

Sekali lagi diingatkan, anda haruslah sentiasa membasuh tangan dengan betul bagi melindungi diri anda bukan sahaja terhadap COVID-19 tetapi juga sebarang virus lain yang boleh didapati pada permukaan apa-apa pun. Membasuh tangan dengan air dan sabun boleh mengurangkan risiko anda dijangkiti penyakit-penyakit bawaan virus yang berbahaya.

Sekiranya anda tidak mempunyai akses terhadap air dan sabun, sebagai langkah alternatif gunakanlah hand sanitiser yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol bagi membunuh virus. Selain itu, bersihkan permukaan-permukaan yang kerap digunakan secara berkala dengan menggunakan produk pembersih yang khusus bagi tujuan menyahkuman.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/how-long-does-coronavirus-last-on-surfaces

https://www.webmd.com/lung/how-long-covid-19-lives-on-surfaces

https://health.clevelandclinic.org/how-long-will-coronavirus-survive-on-surfaces/

error: Content is protected !!