Google Maps bukanlah satu aplikasi yang asing bagi kita semua. Sebelum wujudnya aplikasi seperti Waze, anda pasti akan menggunakan Google Maps yang sudah ada di dalam telefon pintar masing-masing untuk mencari arah ke satu lokasi dan sebagainya bukan?
Terbaru, mereka dikatakan akan melancarkan satu ciri baru di mana ia akan menunjukkan kawasan ‘hotspot’ COVID-19 dalam aplikasi mereka.
Ini pastinya menjadi satu ciri yang berguna dan sangat diperlukan oleh semua terutama sebagai panduan sebelum anda pergi ke satu lokasi. Ciri tersebut akan menunjukkan informasi penting tentang kes-kes COVID-19 di kawasan sekitar dan memberikan panduan tentang apa yang harus anda lakukan sekiranya anda pergi ke situ.
Anda sama ada boleh mengelakkan kawasan ‘hotspot’ ini atau mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih ketat sekiranya anda masih perlu ke lokasi tersebut. Tetapi, jika boleh, elakkan kawasan-kawasan ini kerana kadar kebolehjangkitan adalah lebih tinggi dan ia semestinya berisiko bagi semua pihak.
Seterusnya, semua datanya diambil dari pelbagai sumber serta sangat mudah untuk digunakan. Pengguna hanya perlu menekan ‘layer’ di bahagian atas skrin telefon dan anda akan menjumpai bahagian yang menyatakan ‘COVID-19 Info’. Di situ, peta akan menunjukkan data berdasarkan 7 hari sebelumnya berdasarkan kawasan yang anda sedang cari.
Walaupun kita semua masih dalam fasa berjaga-jaga untuk ke satu destinasi, Google Maps berharap bahawa ciri baru ini boleh menjadi panduan yang berguna kepada semua penggunanya pada masa akan datang!
JADI,
Pastikan anda menggunakannya kerana ia bukan sahaja percuma, tapi sangat bermanfaat terutama dalam keadaan wabak ini sekarang! Jika anda tidak mempunyai aplikasinya lagi, muat turunnya sekarang!
SUMBER
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/google-maps-show-covid19-hot-spots-260835