Now Reading
Berita hangat: TikTok kini menetapkan larangan pada iklan berkaitan aplikasi berpuasa, produk kuruskan badan dan diet!

TikTok

Aplikasi TikTok mungkin tidak begitu dikenali dahulu kala, tetapi sejak kebelakangan ini, ia sememangnya sudah menempa nama terutama dalam kalangan golongan muda. Banyak video yang anda boleh tonton seperti video tips ringkas, jenaka bahkan informasi kesihatan juga.

Walaupun ia melekakan, namun bukankah ia seperti satu jalan mudah untuk melepaskan tekanan anda selepas penat bekerja?

Terbaru, aplikasi TikTok dikatakan akan memperkenalkan peraturan baru di mana mereka akan menetapkan larangan iklan berkaitan aplikasi berpuasa, produk kuruskan badan serta meningkatkan larangan ketat pada iklan-iklan yang mempromosikan imej negatif atau berbahaya.

Malah, mereka dikatakan akan menguatkan larangan terutama bagi aspek seperti:

  • Hanya membenarkan produk pengurusan badan yang khas bagi golongan umur 18 tahun ke atas.
  • Tidak membenarkan iklan yang menunjukkan hubungan negatif antara bentuk badan dan makanan.
  • Tidak membenarkan iklan yang mendakwa boleh mengawal atau menurunkan berat badan dengan mudah.

Usaha ini dilakukan bagi menyokong pandangan positif berkaitan pengurusan badan setiap individu. Memandangkan aplikasi ini banyak ditonton oleh golongan muda, nescaya perkara negatif haruslah dibendung kerana manusia sangat mudah terikut dengan apa yang ditontonnya di TV atau telefon bimbit.

Dalam sesebuah masyarakat, stigma negatif berkaitan ‘body shaming’ haruslah dihentikan kerana tidak semua individu sengaja menjadi gemuk atau obes. Dan, ada di antara mereka yang sedang berjuang untuk menurunkan berat badan kerana takut dinilai oleh masyarakat.

Oleh itu, usaha ini pastinya menjadi satu teladan yang harus dicontohi oleh pihak-pihak lain bagi menyemarakkan lagi persekitaran positif berkaitan isu berat badan ini.

Jadi, selepas ini anda tidak akan melihat lagi kandungan-kandungan negatif atau palsu mengenai produk-produk kurus mahupun video-video ‘bodyshaming’ yang selalunya tersebar dengan begitu pantas.

Sekali lagi, syabas kepada pengurusan TikTok kerana mengambil langkah yang wajar ini!

SUMBER

https://www.forbes.com/sites/carlieporterfield/2020/09/23/tiktok-takes-on-body-shaming-with-a-ban-on-ads-for-fasting-apps/#28ce38e2389e

https://www.cnbc.com/2020/09/23/tiktok-bans-ads-for-fasting-apps-dieting-products.html

error: Content is protected !!