Now Reading
Berkelah Di Air Terjun Serendah

Berkelah Di Air Terjun Serendah Mandi-Manda di Air Terjun Serendah

air terjun serendah

Bagi penduduk Selangor terutama mereka yang tinggal di sekitar Hulu Kelang , nama Air Terjun Serendah adalah destinasi perkelahan yang tidak asing malah menjadi tempat yang ideal bagi membawa keluarga berehat. Secara tepatnya, Air Terjun Serendah terletak di Rawang, dan ianya dikendalikan di bawah seliaan Majlis Daerah Hulu Selangor.

Air Terjun Serendah turut dikenali sebagai Templer Kai dan lokasinya yang tidak jauh daripada perkampungan masyarakat Orang Asli menjadi faktor penarik kawasan perkelahan ini. Air Terjun Serendah ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas, bilik persalinan, pondok, wakaf, tempat perkhemahan dan gerai-gerai. Walau bagaimanapun, sekiranya dibandingkan keluasan kawasan air terjun ini dengan kawasan air terjun yang lain, Air Terjun Serendah boleh dikategorikan sebagai kecil kerana ianya hanya terdapat satu air terjun yang agak rendah dan kawasan mandi yang terhad.

Selain daripada aktiviti berkelah dan mandi-manda, pengunjung juga boleh melawat kawasan menarik yang terdapat di sekitar Air Terjun Serendah.

PERIGI TUJUH SERENDAH

Perigi Tujuh Serendah akan diangkat Tapak Warisan Kebangsaan

Perigi Tujuh Serendah dibina pada zaman dahulu untuk mengelakkan banjir besar di kawasan rendah tapak. Ia merupakan salah satu sebab kenapa Serendah mendapat nama.Kawasan rendah ini selalunya mengakibatkan banjir atau banjir besar. Sehubungan itu, pengusaha lombong bijih timah membina empangan kecil di bahagian rendah kawasan ini bagi mengelak banjir.

Ada yang percaya empangan ini dibina untuk menjadi paip utama limpahan air sungai yang mengalir ke hulu dan bertakung di tasik buatan di bahagian atas empangan kecil yand dinamakan Perigi Tujuh ini.

Mitos juga menyatakan bahawa ada ketikanya empangan ini dikunjungi oleh puteri-puteri kayangan yang turun untuk bersiram (mandi) di kawasan Perigi Tujuh ini. Biasa nya apabila pelangi kelihatan jatuh di kawasan Perigi tujuh ini dari kejauhan, dipercayai pada waktu itulah puteri-puteri kayangan ini akan turun bersiram (mandi).

KAMPUNG ORANG ASLI SERENDAH

Terdapat perkampungan orang asli berdekatan dengan Air Terjun Serendah. Pengunjung boleh merasai pengalaman berkelah berdekatan dengan perkampungan orang asli. Terletak hanya 5 minit perjalanan (dengan berjalan kaki) dari kawasan perkelahan air terjun.

Untuk sampai ke lokasi, pengunjung tidak memerlukan pergerakan yang jauh kerana lokasinya terletak lebih kurang 35 kilometer dari ibu kota Kuala lumpur[5]. Atas faktor ini, Air Terjun Serendah mudah dilawati dengan kereta dan mototosikal. Anda boleh pergi ke air terjun Serendah ini dengan menggunakan beberapa alternatif laluan.Yang pertama, jika anda dari Kuala Lumpur, anda boleh melalui Lebuh raya Plus Utara-Selatan. Selepas R&R Rawang anda akan menemui jalan keluar ke Sungai Buaya dan Serendah. Papan tanda itu tertulis “Simpang Sg. Buaya”. Seterusnya anda perlu menyemak papan tanda ke Serendah.Jika anda datang dari Selayang, pandu melalui Rawang sejauh kira-kira 10 km. Apabila anda memasuki bandar Serendah, Balai Polis Serendah berada di sebelah kiri. Selepas itu anda akan menemui persimpangan lampu isyarat di Kampung Dato’ Harun. Belok kanan di persimpangan ini. Dari persimpangan ini, anda boleh sampai ke Air Terjun Serendah dalam masa lebih kurang 10 minit.Selepas Taman Idaman, ambil jalan ke Kampung Orang Asli / Pusat Serenti Serendah.

Walaupun begitu, apa yang lebih menarik lagi, Air Terjun Serendah juga boleh dicapai dengan menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan juga stesen keretapi. Stesen bas yang terdekat dengan Air Terjun Serendah adalah Stesen Bas Kampung Dato’ Harun, Serendah. Daripada stesen ini pelawat atau pengunjung hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit untuk sampai ke lokasi air terjun tersebut. Manakala stesen kereta api yang dimaksudkan adalah laluan Komuter ke Serendah. Jarak antara Stesen Komuter Serendah ke Air Terjun Serendah mengambil masa agak lama sekiranya pengunjung pergi dengan berjalan kaki iaitu selama 26 minit.[6]

Kesimpulannya, sekiranya anda tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, anda tidak perlu pergi jauh untuk berehat. Atas faktor ini, bajet yang diperlukan sangat minima dan terdapat pelbagai akses untuk ke lokasi Air Terjun Serendah. Air Terjun Serendah wajib dimasukkan dalam senarai perkelahan anda sekeluarga setelah wabak covid19 mulai mereda.


https://www.mdhs.gov.my/ms/pelawat/rekreasi/air-terjun-serendah

https://www.maisinggah.com/air-terjun-di-selangor-yang-menarik/

https://www.lagendapress.com/nikmati-udara-sejuk-di-air-terjun-serendah/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Serendah

http://hasifhamidun.blogspot.com/2016/05/jalan-jalan-air-terjun-serendah.html

https://moovitapp.com/index/ms/pengangkutan_awam-Air_terjun_Serendah_Rawang-Kuala_Lumpur-site_18274809-1082

error: Content is protected !!