Now Reading
Bersangka Baik Sesama Manusia Sifat Terpuji

Bersangka Baik Sesama Manusia Sifat Terpuji

Bersangka baik

Setiap insan yang bergelar mukmin haruslah mengamalkan sikap husnuzon atau bersangka baik sesama manusia. Sangkaan adalah kepercayaan seseorang terhadap orang lain mengenai sesuatu perkara sama ada baik ataupun buruk.

Tauhid dan iman itu sangat berkait rapat dengan kepercayaan. Tidak akan sempurna iman seseorang itu jika dia bersangka buruk terhadap sesama makhluk.

Mengapa pentingnya bersangka baik

Sifat Yang Terpuji Bagi Yang Sentiasa Bersangka Baik

Allah SWT memurkai perbuatan buruk yang suka mencari kesalahan orang lain. Perpecahan ummah boleh berlaku oleh sifat suka berburuk sangka sesama manusia. Seseorang itu haruslah segera bertaubat kepada Allah SWT sekiranya merasa diri sering berburuk sangka sesama insan.

Walaupun kita tidak mengetahui dengan jelas mengenai sifat sebenar seseorang, namun kita haruslah sentiasa bersangka baik seperti kita mengandaikan sifat seseorang itu pemurah dan penyayang. 

Sekiranya seseorang itu mempunyai ciri-ciri seseorang yang tidak baik seperti rasuah, pecah amanah, dan sebaginya, kita harus tetap menganggapnya seseorang yang baik selagi tidak terdapat bukti yang jelas mengenai kegiatannya.

Fitnah boleh terjadi sekiranya kita menuduh seseorang tanpa usul periksa yang kukuh. Umat Islam dianjurkan oleh Islam agar sentiasa bersangka baik kerana ia adalah sifat yang terpuji.

Bersangka baik sesama makhluk dapat melapangkan dada dan menjernihkan minda kita daripada persaan sakit hati, dengki, ataupun sebarang oemikiran yang buruk.

Ikatan Silaturahim Dapat Terjalin Melalui Sifat Bersangka Baik

Ikatan silaturahim dalam kalangan masyarakat, pemimpin, jiran, rakan-rakan, dan keluarga dapat terjalin dengan kukuh melalui sifat suka bersangka baik.

Pemikiran yang negatif terhadap seseorang akan mudah membuat kita berburuk sangka dan meragui kebaikannya. Perkara yang lebih buruk lagi, sekiranya tanggapan buruk itu diiringi dengan tindakan menghukum tanpa usul periksa.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya:

“Jauhilah kamu semua daripada buruk sangka.  Sesungguhnya buruk sangka adalah percakapan yang paling dusta.  Janganlah kamu saling berdengki, saling memulau dan saling membenci.  Jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hukum Bersangka Baik Kepada Allah

Wajib adalah hukum bagi bersangka baik kepada Allah. Hadits riwayat Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda, “Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.”

Dalam hadis riwayat Muslim lainnya, Rasulullah bersabda, Sesungguhnya Allah berkata, “Aku sesuai prasangka hambaku padaku. Jika prasangka itu baik, maka kebaikan baginya. Dan apabila prasangka itu buruk, maka keburukan baginya.”

Hikmah Dan Manfaat Bersangka Baik Kepada Allah

Hikmah bersangka baik kepada Allah SWT adalah umat Islam akan menerima taubat bahkan diberikan kecukupan bagi yang memohon dan meminta kepada-Nya. Hal ini sesuai dalam quran surat Al Furqan ayat 71:

وَمَنْ تَابَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَاِنَّهٗ يَتُوْبُ اِلَى اللّٰهِ مَتَابًا

Artinya: Dan barang siapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.

Penutup

Demikianlah pentingnya untuk kita sentiasa bersangka baik sesama manusia kerana ia boleh mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama Islam, manakala sifat suka bersangka baik hanya akan membawa kepada perpecahan ummah dan kebencian dalam diri.

Oleh itu, amalkanlah sifat sentiasa bersangka baik sesama makhluk dan menghindara sangkaan buruk agar hidup kita dan seluruh umat sentiasa diredai Allah SWT.

Sumber:

https://today.salamweb.com/ms/bersangka-baik-sesama-manusia/

https://news.detik.com/berita/d-5365977/hikmah-dan-manfaat-husnuzan-kepada-allah-beserta-contohnya

error: Content is protected !!