Now Reading
Best Seremban Food Delivery Masa PKP Ini

Best Seremban Food Delivery Masa PKP Ini

Seremban Food

Macam mana nak tahu best Seremban food untuk delivery masa PKP ini? Mungkin ini adalah persoalan yang timbul di dalam fikiran anda, lebih-lebih lagi untuk anda yang mungkin baru bepindah ke bandar Seremban.

Di bandar besar seperti di Seremban sudah tentu terdapat banyak restoran atau gerai makanan yang sedap-sedap, dan terdapat banyak guna yang biasa-biasa saja. Bila dalam keadaan PKP macam ni sememangnya malas untuk keluar rumah dan beratur beramai-beramai kan?

Kaedah delivery sememangnya memberi banyak kelegaan kepada kita untuk tidak keluar rumah. Walaubagaimanapun, duit dalam poket perlulah cukup. Dengan perbelanjaan yang terhad kerana gaji dipotong dan sebagainya, sudah tentu kita mahukan nilai wang kita dibelanjakan kepada makanan yang sedap dan mengena dengan citarasa kita.

Jadi di sini kami akan membantu anda untuk membuat pilihan restoran atau gerai yang menyediakan masakan yang mendapat penilaian dan review 4 bintang dan ke atas berdasarkan kepada carian Google.

Nasi Arab Damsyik

  • Penilaian: 4.2 Bintang
  • Review: 2,267

Rata-rata rakyat di Malaysia gemar dengan Nasi Arab, dan makanan yang sudah tentu berasal dari Arab ini adalah antara trend makanan yang menular di negara kita sejak sepuluh tahun lalu.

Sejak itu, kita dapat lihat pelbagai restoran Nasi Arab mula tumbuh seperti cendawan selepas hujan, dan jumlahnya boleh di katakan hampir di setiap lokasi tumpuan orang ramai.

Nasi Arab Damsyik adalah Nasi Arab yang terbaik antara yang terbaik bagi penilaian Seremban Food kami. Mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan daripada Bangi dan 60 minit dari Kuala Lumpur untuk sampai ke restoran ini.

Rata-rata pelanggan mereka memberikan komen yang memuji kesedapan masakan dan dan memberikan penilaian antara 4-5 bintang secara keseluruhannya.

Bagaimanapun perkhidmatan layanan mereka dikatakan kurang memuaskan dan memerlukan lebih perhatian dari pemilik restoran Arab ini.

Rumah Makan Cibiuk Seremban

  • Penilaian: 4.2 Bintang
  • Review: 359

Kita mungkin dapat lihat terdapat banyak restoran makanan Indonesia di Malaysia, tetapi kebanyakkan restoran ini menyediakan masakan Minang. Tetapi berbeza dengan hidangan menu yang disediakan di Rumah Makan Cibiuk Seremban, di mana mereka menyajikan anda dengan masakan tradisional cara Sudan.

Ramai pelanggan yang memuji dengan kesedapan makanan yang berasaskan sambal mereka, dan sudah tentu salah satunya adalah menu Ayam Penyet. Selain itu, antara makanan yang popular di restoran mereka adalah Ayam Bakar, Nasi Paket Ayam Kampung Bakar, Nasi Timbel Komplit Lele Goreng dan bermacam-macam nama yang kadang-kadang susah untuk saya menyebutnya.

Mereka juga ada menyediakan set menu bagi yang hadir dengan jumlah yang ramai, dan harga set mereka bermula dari RM109 mengikut kepada menu dan pax.

Kafe Ikhwan Nasi Ayam Hainan

  • Penilaian: 4.2 Bintang
  • Review: 450

Terletak di Garden Homes, Seremban, Kafe Ikhwan Nasi Ayam Hainan, menyediakan set sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Ramai yang memuji kesedapan nasi Ayam Hainan di restoran ini, walaupun ada antara pelanggan mereka tidak berpuas hati dengan layanan pekhidmatan yang diberikan. Antara yang sering dikeluhkan pelanggan di restoran ini adalah ketibaan pesanan makanan mereka yang lewat dihantar.

Tidak mempunyai sistem pesanan yang teratur menyebabkan pelanggan yang baru tiba mendapat makanan mereka lebih awal berbanding pelanggan yang tiba sebelumnya.

Restoran DPantai & Dpedas

  • Penilaian: 4.0 Bintang
  • Review: 965

Mata anda akan menjadi juling sekejap apabila melihat menu pamphlet restoran Dpantai & Dpedas ini. Bukan kerana sukar untuk membaca tetapi kerana banyaknya hidangan yang mereka tawarkan bagi perkhidmatan Seremban food delivery.

Dari pilihan set makanan yang di bakar, gulai, dan pek frozen yang dipecahkan kepada pelbagai jenis masakan membuatkan kita memerlukan masa lebih dari 10 minit untuk memesan makanan. Belum lagi kami memberitahu pilihan menu masakan Western, salai, satay, Thai dan pelbagai minuman yang sedap-sedap.

Berbeza dengan senarai di atas, restoran ini mendapat banyak pujian dengan perkhidmatan layanan dari pelayan mereka, walaupun ada juga yang mengeluh pesanan yang lewat sampai ke meja mereka.

Bagaimanapun penilaian mereka yang mendapat 4.0 agak mengejutkan saya berbanding restoran yang lain.

Masih banyak lagi restoran yang boleh dicadangkan di sini, namun kami tidak mahu anda pula yang menjadi serabut untuk memilih makanan mana yang terbaik jika senarai pilihan yang disediakan terlalu panjang. Jadi kami sediakan yang paling terbaik untuk anda nilaikan. Tanpa pilihan yang tidk terlalu banyak lebih mudah dan jimat masa anda untuk memilih mengikut citarasa perut anda dan keluarga. Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Selamat mencuba!

https://www.google.com/search?sa=X&sxsrf=ALeKk01h8yRCXunx4iFveVG0iQTa9GaB4w:1626629873004&q=makanan+di+seremban+delivery&ved=2ahUKEwjFm4u-lO3xAhXEwTgGHdy4CvUQuzF6BAgDEAI&biw=1366&bih=625&dpr=1

error: Content is protected !!