Now Reading
Betaserc

Betaserc

betaserc

Pengenalan

Betaserc (Betahistine) adalah sejenis ubat anti-vertigo. Ia adalah preksripsi biasa yang digunakan untuk merawat gangguan keseimbangan untuk melegakan simptom vertigo yang dikaitkan dengan penyakit Meniere. Ia telah didaftarkan buat pertama kali di Eropah pada tahun 1970 bagi rawatan penyakit Meniere.

Kegunaan Betaserc

Digunakan untuk merawat dan mencegah keadaan berikut:

  • Penyakit Meniere
  • Pening kepala
  • Vertigo
  • Tinnitus
  • Gangguan keseimbangan

Selain itu, ubat ini juga digunakan untuk penyakit yang tidak disenaraikan dalam artikel ini.

Langkah Berjaga-Jaga dan Amaran Penggunaan Betaserc

Segelintir ubat-ubatan adalah tidak sesuai bagi individu dengan keadaan tertentu dan kadangkala, sesuatu ubat hanya boleh digunakan jika perlu. Atas sebab-sebab tersebut, sebelum mengambil Betaserc (ubat betahistine), beritahu doktor atau ahli armasi anda jika anda mempunyai alahan terhadapnya; atau alahan-alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang menyebabkan reaksi alahan dan masalah-masalah lain. Berundinglah dengan ahli farmasi anda bagi maklumat yang lebih lanjut:

  • Jika anda mengalami reaksi alahan terhadap sesuatu ubat
  • Jika anda pernah mengalami ulser perut
  • Jika anda hamil atau sedang menyusu bayi
  • Jika anda mempunyai asma
  • Betahistine atau Betaserc adalah kontraindikasi bagi pesakit yang menghidap  pheochromocytoma.
  • Kehipersensitifan tehadap bahan aktif dalam Betaserc juga merupakan kontraindikasi

Kesan Sampingan Betaserc

Kesan sampingan yang paling umum termasuk:

  • Loya
  • Sakit kepala
  • Dispepsia

Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk:

  • Cirit-birit
  • Distensi abdomen
  • Keletihan
  • Pening kepala
  • Muntah
  • Malaise
  • Kembung perut
  • Kesakitan epigastric
  • Asma (sangat jarang)
  • Kehipersensitifan
  • Sawan/Kekejangan

Kontraindikasi Betaserc

Sila rujuk ahli farmasi, doktor atau label pada produk bagi maklumat ini.

Interaksi Betaserc

Betaserc (Betahistine) mungkin berinteraksi dengan ubat-ubatan berikut:

  • Antihistamines (diphenhydramine, cetirizine, chlorpheniramine)
  • Beta-2 agonists (salbutamol, salmeterol, fenoterol, formoterol)
  • Monoamine oxidase inhibitors (MAOIs; e.g., moclobemide, phenelzine, rasagiline, selegiline, tranylcypromine)

Jika anda mengambil sebarang ubat-ubatan di atas, berundinglah dengan doktor anda. Bergantung pada keadaan tertentu anda, doktor anda mungkin:

  • Menghentikan pengambilan salah-satu ubat anda
  • Menukar salah-satu ubat kepada ubat yang lain
  • Menukar cara pengambilan satu atau kedua-dua ubat
  • Tidak melakukan apa-apa perubahan

Interaksi antara dua ubat tidak selalunya bermaksud anda perlu berhenti mengambil salah-satu daripadanya. Berundinglah dengan doktor anda tentang pengurusan interaksi antara ubat-ubatan.

Ubat-ubatan yang tidak disenaraikan di atas berinteraksi dengan BETASERC. Beritahu doktor anda tentang semua senarai ubat yang anda ambil, sama ada preskripsi atau bukan preskripsi serta suplemen herba lain. Selain itu, beritahu juga doktor anda tentang pengambilan kafein, alkohol atau nikotin daripada rokok atau dadah. Kebanyakannya boleh memberi kesan kepada tindakbalas ubat yang anda ambil

Dos Betaserc

Ubat ini diambil secara oral, sebanyak 2 hingga 3 kali sehari bersama makanan atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

Dos yang ditetapkan bergantung pada keadaan kesihatan anda dan tindak balas terhadap rawatan.

Gunakan ubat ini secara berkala untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya. Ambilnya pada waktu yang sama pada setiap hari.

Terlepas dos

Jika anda terlepas dos Betaserc, ambil dos yang terlepas secepat mungkin. Jika tempoh menghampiri dos seterusnya, langkau dos yang terlepas. Jangan menggandakan dos.

SUMBER

https://chealth.canoe.com/drug/getdrug/serc

https://en.wikipedia.org/wiki/Betahistine

https://www.tabletwise.com/singapore/betaserc-tablet?#contraindications

error: Content is protected !!