Bidaisari resort, syurga bagi pencinta alam atau lebih dikenali sebagai puteri hutan hijau . Resort ini terletak di Janda Baik, Pahang.
Resort ini sangat sesuai untuk anda merehatkan diri sambil menikmati pemandangan semula jadi. Ia juga dilengkapi dengan semua kemudahan yang anda perlukan untuk memastikan keselesaan anda semasa anda bermalam di kawasan penginapan yang disediakan.
Antara fungsi resort ini adalah membantu menaikkan taraf ekonomi tempatan, bekerjasama dengan pembekal tempatan dalam pelbagai sudut seperti seni persembahan, bab makanan dan minuman ,dan pelbagai aktiviti tempatan yang ditawarkan kepada tetamu.
Pembinaan resort sebenarnya telah mengurangkan kerosakan terhadap alam sekitar dan ia telah memberi kesan perkembangan yang positif kepada masyarakat. Pihak resort juga menjanjikan bahawa akan mewujudkan sifat ramah mesra antara masyarakat tempatan dan para pengunjung dan akan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada tetamu.
Cara untuk sampai ke destinasi
Jika anda memandu atau menaiki kenderaan awam, hanya 26 km dari Kuala Lumpur . Jika anda dari arah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah , lebih kurang hanya 41 km untuk sampai ke tempat penginapan ini.
Masa masuk : jam 2.00 pm hingga 10.00 pm
Masa keluar : jam 12:00 pm sehingga 8.00 pm.
Pastikan anda mendaftar masuk dalam waktu yang ditentukan.
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Bidaisari Resort
Antaranya adalah:
Makan malam
Sambil makan-makan di Kafe Gebang , anda boleh berehat sambil bersantai di tepi anak sungai.
Berenang
Anda tidak perlu risau akan keselamatan anak-anak di kolam berenang anda kerana kolam itu dipisahkan kepada 2 kolam, iaitu 1 kolam untuk orang dewasa dan 1 kolam untuk kanak-kanak.
Menunggang Kuda
Jika anda ingin mencuba aktiviti mencabar seperti menikmati perjalanan dan keindahan kampung sambil menunggang kuda sambil, anda boleh singgah di Kedai Bidaisari.
Anda boleh memilih pakej yang anda suka. Jika anda teringin tapi tidak tahu untuk kendalikan kuda, jangan risau, anda akan dibantu oleh penunggang kuda profesional untuk melestarikan impian anda.
Kelas menunggang kuda juga disediakan. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM 25 – RM 120.
ATV
Anda juga boleh menerokai dan menjelajahi hutan dengan menaiki ATV. Bayaran dikenakan adalah RM 55 – RM 120 untuk sejam.
Mendaki
Anda juga boleh menyertai aktiviti mendaki. Pendakian hanya mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tingkat 7 air terjun Lata Tampit melalui Bidaisari.
Aktiviti ini sesuai untuk disertai oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Harga yang dikenakan adalah RM 35 setiap orang.
Gel blaster
Cara dan gaya permainan Gel blaster adalah sama seperti “paintball”. Hanya berbeza daripada sudut penggunaan peluru. Peluru Gel blaster adalah daripada air. Aktiviti ini sangat sesuai untuk dilaksanakan bersama keluarga. Anda hanya perlu membayar RM 25 setiap orang & RM 120 setiap pasukan.
Ladang buah ara
Anda juga boleh singgah di Ladang buah ara. Di sini anda akan di beri pendedahan cara penanaman, penjagaan dan penuaian buah ara. Anda juga di beri peluang untuk merasai buah ara segar.
Memancing
Kawasan yang cantik di penuhi air membolehkan anda melakukan aktiviti memancing. Tetapi dengan syarat, anda harus membuat permohonan untuk memancing.
Taman rusa
Di sini juga ada Taman rusa. Sesuai sangat untuk anak-anak anda menghabiskan masa mereka di sini. Anak-anak pasti akan terhibur dengan keletah rusa. Sambil itu, anda boleh menyantuni dan memberi makanan kepada rusa-rusa di sini.
Antara tempat penginapan yang disediakan adalah di Bidaisari Resort
Tempat penginapan yang disediakan adalah:
Aruuma
Pilihan sesuai untuk keluarga besar yang boleh memuatkan 16 orang.
Banglo peribadi mewah terdiri daripada bilik tidur en-suite, ruang tamu dan ruang makan, dapur dan ruang bersama.
Harga bermula Rm 3500 ++ termasuk makanan sepanjang hari disediakan.
Kemudahan:
Ruang tamu, ruang makan, dapur, Jakuzi, TV dengan Astro, seterika, papan seterika, tikar sembahyang, selipar, air mineral, kopi dan teh, cerek dan tandas
Bougain villa
Sebuah banglo persendirian yang boleh memuatkan 8 orang .
Kedudukan lokasi terletak di tepi kolam dengan satu bilik tidur en-suite, ruang tamu dan ruang makan dengan pantri. Dek berhadapan kolam dan sungai.
Harga yang ditawarkan bermula daripada rm 1500 ++ termasuk sarapan
Kemudahan:
2 bilik dengan katil bersaiz queen (2 + 2 orang), 1 bilik dengan dua katil dua tingkat (4 orang).
Ruang tamu dan ruang makan untuk 8 orang. TV dengan Astro, seterika, papan seterika, sejadah, selipar dan peralatan mandian.
Pantri dengan microwave, peti sejuk bar mini, air mineral, kopi dan teh, cerek dan peralatan mendian. Tempat BBQ.
Water cottage
Tiga chalet air, masing-masing dengan satu king dan lima katil single dengan bilik mandi peribadi. Kapasiti 7 orang.
Harga: dari RM 700.00 termasuk sarapan
Kemudahan:
TV dengan Astro, seterika, papan seterika, tikar sembahyang, selipar, air mineral, kopi dan teh, cerek dan tandas.
Deluxe king
Kapasiti 2 orang sahaja.
Chalet 6 unit – katil king dengan bilik mandi peribadi
Harga: dari RM 350.00 termasuk sarapan
Kemudahan:
TV dengan Astro, seterika, papan seterika, tikar sembahyang, selipar, air mineral, kopi dan teh, cerek, dan tandas.
Twin chalet
Kapasiti 2 orang
Chalet 9 unit – katil berkembar dengan bilik mandi peribadi.
Harga: dari RM 350.00 termasuk sarapan
Kemudahan:
Tv dengan astro, seterika, papan seterika, tikar sembahyang, selipar, air mineral, kopi dan teh, cerek, dan tandas.
Semua perkhidmatan di atas akan dikenakan cas tambahan sebayak 5%.
Tempat yang berdekatan dengan Bidaisari Resort.
Anda hanya perlu 30 minit dengan memandu kereta untuk keluar daripada resort melalui laluan kampung janda baik .
Terdapat dua tempat berdekatan dengan resort tersebut iaitu:
Bukit Tinggi:
Anda boleh menikmati keindahan bandar bukit tinggi yang mana anda akan menemui sebuah kampung bertema Perancis .
Genting Highlands:
Anda juga boleh singgah ke Genting Highlands untuk mencuba pelbagai permainan yang disediakan. Sambil-sambil itu, anda boleh mencuci mata di pusat membeli-belah Genting Premium Outlet, kasino, kedai dan restoran.
Info panduan pelawat
Sekadar maklumat tambahan, jika anda ingin membuat sebarang tempahan, anda boleh hubungi secara langsung di bawah:
- Alamat:
Lorong Cherengin 1,
Kampung Cherengin,
Kampung Janda Baik, Malaysia
- No telefon : +6011-7070 0755 / +6011 7075 5555 / +6011 7076 6666.
Kesimpulannya, jika anda ingin merasai sendiri ketenangan, bebas daripada kesibukan bandar , dan menghirup udara bersih serta bersantai , maka resort ini adalah pilihan terbaik untuk semua kenikmatan yang anda inginkan.
Resort ini adalah pilihan tepat jika anda mempunyai peruntukan lebih untuk anda menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan tercinta. Yang pasti, harga yang ditawarkan sepadan dengan kemudahan yang disediakan. Selamat bercuti.