Bidara Beach Village, percutian keluarga 5 bintang. Rumah rehat yang sangat sempurna dan menepati kriteria percutian keluarga yang anda impikan.
Tentang Bidara Beach Village
Bangunan ini mempunyai 4 unit homestay dan 11 unit chalet dengan konsep keluarga. Seramai 100-110 orang hanya dibenarkan untuk menginap dalam 1 masa bagi kesemua unit. Hal ini bagi memastikan pengurusan untuk anda terjamin.
Rumah rehat ini juga sesuai untuk pelbagai acara seperti acara berkumpulan dan kekeluargaan. Suasana yang nyaman, hembusan bayu segar dari pantai yang mengasyikkan sangat relevan dan sesuai untuk menghabiskan percutian keluarga anda di rumah rehat ini.
Cara untuk sampai ke destinasi
Rumah rehat ini dibangunkan pada bulan November 2015. Lokasinya yang sangat cantik dan sempurna terletak di sepanjang tepian pantai tanjung bidara, masjid tanah, melaka.
Anda boleh sampai ke sini dengan kenderaan anda sendiri atau pengangkutan awam. Mudah bukan?
Daya tarikan yang paling popular dan berdekatan dengan Bidara Beach Village
Antara daya tarikan yang paling popular dan berdekatan adalah:
Pantai yang cantik berdekatan
Pantai tanjung bidara
Anda hanya perlu 3 minit untuk menghirup udara segar dengan berjalan kaki dari Bidara Beach Village
Tempat terbaik untuk merehatkan minda anda dan tempat melihat matahari terbenam. Keluarga anda pasti akan berasa gembira apabila berada di sini.
Persekitaran pantai yang sunyi pada siang hari dan menjadi lebih sibuk tika waktu malam tiba kerana terdapat banyak gerai mamak di sepanjang tepian pantai.
Aktiviti yang boleh dilakukan di sini sangat terhad iaitu aktiviti bersantai dan berenang. Sebelum pulang, jangan lupa singgah di kedai cenderahati untuk membeli barangan kenangan di sini.
Pantai Klebang
Jarak hanya 16 km untuk sampai ke pantai Klebang, pantai popular di media sosial kerana kecantikan bukit pasir mereka.
Tempat yang bagus untuk dikunjungi untuk mengambil gambar. Malangnya, para pengunjung tidak dibenarkan melakukan aktiviti berenang .
Di sepanjang pantai, terdapat gerai dan trak makanan untuk pengunjung makan. Dan juga, kesedapan ‘coconut shake’ di sini unik dan hebat.
Pemandangan yang sangat cantik terutama ketika matahari terbenam. Pada malam hari pula, taman lampu dibuka. Sangat sesuai bagi kaki fotografi, hanya RM 5 cas dikenakan untuk masuk.
Pantai Pengkalan Balak
Jarak hanya 4 km untuk sampai ke pantai Pengkalan Balak.
Tempat yang sesuai untuk percutian keluarga pada hujung minggu jauh dari kesibukan kota. Tempat terbaik untuk keluarga anda berehat dan berendam di air laut. Anda pasti tidak kekok jika jalan bersendirian kerana masyarakat tempatan sangat peramah.
Untuk makanan, sarapan di sini agak murah. Harga roti canai sekeping berharga rm0.50. Makan malam agak mahal tetapi berbaloi kerana makanan laut di sini sangat segar.
Artifak
- Muzium kapal selam
Jarak hanya 15 km untuk sampai ke muzium kapal selam
Muzium ini unik dan menarik kerana pengunjung dibenarkan memasuki kapal selam sebenar untuk merasakan pengalaman anak kapal selam. Pengalaman yang baik untuk pengunjung kali pertama. Tetapi tidak banyak yang dipamerkan. 30 minit sudah cukup untuk tarikan ini.
Anak-anak anda pasti teruja dengan kapal selam dan dua jet pejuang yang dipamerkan.
Spa
- Jendela Spa
14 km dari arah makam hang tuah. Anda boleh memanjakan diri dengan mendapatkan rawatan dan urutan di Jendela Spa.
Anda boleh membuat pilihan pelbagai pakej yang menarik berserta harga yang berpatutan. Kakitangan di sini sangat peramah dan persekitaran yang bagus.
Pakej popular di sini iaitu flowers showers . Ia adalah untuk menaikkan aura dan seri muka. Sangat best. Rugi kalau anda tidak cuba..
Tempat bersejarah
- Makam hang tuah
Jarak hanya 11 km untuk sampai ke makam hang tuah.
Makam ini terletak di tepi jalan raya. Anda harus meletakkan kereta anda di tepi jalan. Untuk kenal pasti lokasi makam, anda harus mencari simbol x di atas jalan .
Pintu gerbang ini agak tersorok sedikit dan dikelilingi oleh pokok-pokok . Cara masuk sangat senang, cuma buka kunci pintu masuk. Di sini, anda akan melihat sendiri hasil dan bukti peninggalan sejarah hang tuah di kawasan persekitaran makam.
Perjalanan di sini mudah untuk di akses ke sana-sini kerana servis perkhidmatan teksi & ulang-alik disediakan .
Antara jenis-jenis penginapan di Bidara Beach Village yang disediakan.
Sebelum anda membuat tempahan, pastikan anda semak kekosongan penginapan pada masa yang anda inginkan di laman sesawang yang diberikan.
Rumah rehat
Harga : RM 350 / Ahad -Khamis, RM 450 / hari cuti.
- Untuk beragama Islam sahaja
- Kapasiti 10 orang dewasa dan 5 kanak-kanak
- Deposit : RM100/unit
- Percuma : wi-fi
Chalet hibiscus
Harga : RM 250 / Ahad -Khamis, RM 299 / hari cuti.
- Kapasiti 6 orang dewasa dan 4 kanak-kanak
Chalet tingkat pertama ( pemandangan laut )
Harga : RM 170 / Ahad -Khamis, RM 210 / hari cuti.
- 2 unit / 2 katil queen
Chalet tingkat pertama
Harga : RM 150 / Ahad -Khamis, RM 170 / hari cuti.
- Tingkat 1 pintu masuk
- 1 unit/ 2 katil queen
Chalet tingkat bawah
Harga : RM 160 / Ahad -Khamis, RM 190 / hari cuti.
- Tingkat bawah
- 2 katil queen
Servis perkhidmatan lain:
Karaoke RM 150.00
- 2 jam pertama + 50/jam
PA sistem RM 50.00
Tempat BBQ disediakan
- Termasuk arang, meja dan kerusi
- RM 100.00 /sehari
- RM 150.00 / 2 hari
Gazebo /1 dewan makan terbuka
- RM 200.00/ sehari
- RM 300.00 / 2 hari
sewa basikal
- Rm5.00/jam
Extra tilam rm10.00 / tilam
FOC pelampung disediakan
Pakej katering
Boleh diuruskan jika melebihi 20 orang. Harga tidak termasuk sewa dewan makan.
Info panduan pelawat
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci, anda boleh hubungi secara langsung di bawah:
- Alamat:
Bidara Beach Village,
Jalan Kampung Pasir Gembur,
Kg Tanjung Bidara,
Masjid Tanah 78300 Melaka
- No Telefon : 013-6311501 (Pn. Azua) Atau 013-2402543 (Pn. Zana)
- Laman sesawang : bidarabeachvillage.com
kesimpulannya, destinasi Bidara Beach Village adalah tempat penginapan yang sesuai untuk
percutian keluarga anda. Yang pasti, anda sekeluarga pasti merasai layanan yang diberikan
seperti layanan hotel 5 bintang. Oleh itu, anda harus jadikan Bidara Beach Village pilihan
utama untuk keluarga anda.