Bihun merupakan nama salah satu jenis makanan dari China yang berbentuk seperti mi namun lebih tipis. Bahan mihun sendiri dibuat daripada tepung beras.Makanan ini sangat terkenal dari negara China hingga sejauh kawasan Asia Selatan termasuk India.
Bihun Goreng Singapura enak digabungkan bersama udang dan ayam segar. Ianya sangat mudah untuk disediakan hanya dengan beberapa ramuan yang senang dan sedikit kicap sahaja.
Bihun goreng Singapore amat mudah untuk dimasak kerana ianya tidak memerlukan banyak bahan. Berbeza dengan bihun goreng yang biasa kita lihat, bihun goreng ini putih warnanya. Selain daripada itu, ianya juga ada rasa pedas sensasi yang didapati oleh lada hitam.
Bihun juga amat sesuai untuk dimasak apabila ada tetamu datang. Sekiranya anda mahu sediakan juadah yang cepat tetapi lazat, terutamanya kepada tetamu yang datang tanpa notis, bihun goreng ini juga sesuai untuk anda. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi bihun goreng Singapore ini.
- Masa persediaan – 15 minit
- Masa memasak – 10 minit
- Tahap – Mudah
- Saiz hidangan: 2 hidangan
Peralatan yang diperlukan:
- Kuali/ Periuk pan
Bahan-bahan:
- 220g bihun beras perang
- 1 sudu minyak bijan
- 100g paha ayam dihiris nipis
- 1 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 bawang merah kecil dihiris nipis
- 1 batang saderi dihiris nipis
- 80g udang yang dimasak dan dicincang kasar
- 2 sudu kecil serbuk kari
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 kelompok sayur Bok Choy dihiris
- 50g tauge
Cara penyediaan:
- Sediakan bihun dengan merendamnya selama 15 minit. Kemudian bilas dan buangkan airnya.
- Sediakan bahan-bahan lain dan bersedia untuk masukkannya ke dalam kuali dengan cepat.
- Tambahkan minyak bijan ke dalam periuk atau kuali tidak melekat dengan suhu api yang tinggi.
- Masukkan ayam dan tumis selama 2 hingga 3 minit, hingga kesemua bahan berwarna keperangan.
- Masukkan bawang merah serta bawang putih dan tumis selama 2 minit, kemudian kacau rata.
- Seterusnya, masukkan saderi, udang dan serbuk kari dan kacau rata sekali lagi.
- Tolak bahan-bahan ke sisi kuali dan tinggalkan sedikit ruang di tengahnya, kemudian masukkan bihun dan kacau bahan-bahan tersebut.
- Tumis selama 2 minit sebelum tambah kicap manis.
- Masukkan sayur bok choy dan tauge dan pastikan semua bahan disaluti sos.
- Teruskan memasak selama 1 hingga 2 minit sehinggalah sayur bok choy sudah sedikit lembut.
- Keluarkan dari api dan hidangkan bihun goreng singapura anda!
Selamat mencuba!
Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid
RM329.00
Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.
TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER
RM57.90
Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.