Now Reading
Resipi Bihun Goreng Yang Menyelerakan

Resipi Bihun Goreng Yang Menyelerakan

Bihun Goreng

Resipi bihun goreng, makanan yang simple dan sedap, tidak memerlukan masa yang lama untuk penyediaan dan memasak. Sedap kalau dimasak untuk sarapan pagi ataupun minum petang.

Bahan-Bahan:

  • 1 peket bihun, rendam sehingga lembut
  • 1 mangkuk udang kecil, yang telah dibuang kulit
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 1 biji tomato, hiris kasar
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • fishball, potong dua
  • 1 genggam taugeh
  • 1 tangkai sawi, dibersihkan dan potong
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • lada sulah
  • kicap manis secukup rasa
  • kicap cair secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Boleh juga dihiris nipis.
  2. Dalam kuali panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan isi ayam kacau sehingga isi ayam masak.
  3. Masukkan kicap manis, sos cili, isi udang, fishball, batang sawi, serbuk lada sulah dan kacau seketika. Kemudian masukkan semua bihun dan sedikit air. Kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
  4. Akhir sekali masukkan semua taugeh dan daun sawi, terus kacau sehingga semua bahan sehingga masak sekata. Kemudian masukkan garam halus serta gula secukup rasa. Pada peringkat ini, rasa masin dan manis adalah terpulang kepada citarasa anda.
  5. Hiaskan dengan daun bawang dan telur dadar yang dihiris nipis.

Kredit Gambar:

https://www.youtube.com/watch?v=_Tuj88Adots&app=desktop

Toshiba Blender

RM135.00

2 kelajuan dengan fungsi nadi. Bilah yang boleh ditanggalkan untuk pembersihan yang mudah. Kaki anti slip yang boleh ditanggalkan untuk kawalan yang stabil.  Kuasa motor luar biasanya memberikan hasil selembut sutera namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.

Mortar And Pestle Set

RM48.00

Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama,

Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan dan satu lagi memegang alat penumbuk. Dengan menekan alat penumbuk ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain. Ini adalah alat yang sesuai untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun.

error: Content is protected !!