Bingka labu pernahkah anda mencubanya? Seringkali kita diperdengarkan dengan pelbagai jenis juadah seperti kuih seri muka dan kuih cakoi tetapi tidak bingka labu. Jika anda menginginkan kelainan dalam resepi bingka labu anda, dibawah telah disediakan 3 jenis resepi bingka untuk anda cuba di rumah.
1) Bingka Labu Lembut
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum.
- 2 cawan puri labu.
- 3 cawan santan.
- 3/4 gula pasir.
- 3 sudu besar mentega yang cairkan.
- 1/2 sudu kecil garam.
- bijan putih atau hitam sebanyak mana yang anda mahukan.
- 3 biji telur.
Kaedah Penyediaan:
- Sukat dua cawan puri labu dan masukkan kedalam bekas.
- campurkan tepung,gula,telur,santan,garam dan mentega cair ke dalam bekas yang lain. Kemudian, kisarkan di dalam pengisar sehingga sebati. Apabila sudah sebati, masukkan ke dalam bekas adunan puri labu. Kacau semua bahan sehingga sebati
- Sapukan loyang dgn mentega. Tuangkan semua adunan ke dalam loyang.
- Bakar selama 30 minit dengan suhu 160c dan sebaiknya suhu dipantau supaya tidak hangit.
- Setelah siap dimasak, sejukkan bingka anda sebelum dihidangkan. Gunakan pisau plastik jika mahu potongan lebih cantik.
2) Bingka Labu Menggunakan Air Fryer
Bahan-bahan:
- Sedia 300 g – labu kuning.
- Sedia 2/3 cawan – tepung.
- Sedia 100 ml – santan.
- Sedia 1 – biji telur.
- Sedia 1 – sudu besar mentega.
- Sedia 1/2 cawan – gula pasir.
- Sedia Sedikit – esen vanila.
- Sedia – Bijan.
3 Langkah Membuat Bingka Labu Menggunakan Air Fryer
Dah ada kesemua bahan di atas? Mari tengok cara membuat Bingka Labu (Air Fryer) pula.
- Labu direbus hingga empuk dalam air mendidih. Tapis buang airnya.
- Campurkan semua bahan seperti telur, santan, gula, mentega, tepung dan esen vanila. kisarkan semua bahan hingga sebati.
- Panaskan air fryer. Sementara itu tuang bancuhan tadi dalam loyang. Kemudian, bakar dengan suhu 160 darjah selama 15 minit. Untuk 5 minit awal, taburkan bijan di atas bingka labu dan sambung bakar. Cucuk dengan lidi untuk check bingka masak atau tidak. Perhatikan suhu dan masa membakar untuk kesan terbakar pada atas bingka. Selamat mencuba.
3) Resepi Bingka Labu Lemak Manis
Bahan-bahan:
- 2 biji telur
- 2 cawan santan
- 1/2 cawan susu cair
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir halus
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu besar mentega/minyak sapi
- 2 cawan labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
- sedikit bijan untuk tabur di atas permukaan kuih
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan oven pada suhu 200C, sapukan loyang dengan mentega, panaskan sebentar.
- Satukan bahan-bahan diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, sebatikan semua bahan tersebut.
- Tapiskan adunan dan tuangkan dalammangkuk besar serta masukkan labu yang telah di lecek, gaul hingga rata.
- Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
- Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
- Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dihidangkan.
Bingka labu sesuai dijadikan juadah minum petang atau pencuci mulut untuk majlis-majlis keraian. Jadi marilah kita bersama-sama mempelajari resepi bingka labu ini. Selamat mencuba!
SUMBER:
1) https://anekaresepienak.com/151-bahan-bingka-labu-yang-mudah/
3) http://www.secubitgaramnor67.com/2012/05/bingka-labu-lemak-manis.html?m=0