Now Reading
Bio Cleanser Dan Variasinya

Bio Cleanser Dan Variasinya

bio cleanser

Bio Cleanser adalah produk yang mempunyai variasi pencuci muka yang diperlukan untuk mencuci muka dalam rutin penjagaan kulit. Jika tersalah pilih pencuci muka, kulit akan rasa tegang dan sangat kering selepas membilas muka.

Ini akan menyebabkan jerawat dan masalah kulit lain mula muncul.

Jadi pemilihan cleanser adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada semua itu terjadi.

Macam mana kita nak tahu pencuci muka yang dipilih adalah betul? Cuba cek semula keadaan kulit selepas membersihkan muka.

Adakah ia dapat membantu menghilangkan kotoran pada muka, melembapkan kulit dan kulit tidak terasa tegang?

Oleh sebab itu, jenama yang tidak asing iaitu Bio Essence mempunyai pelbagai jenis pencuci muka mengikut jenis kulit dan kesesuaian kulit masing-masing.

Tips memilih pencuci muka yang betul

  1. Membersihkan kotoran pada muka
  2. Tidak mengeringkan kulit
  3. Membersihkan kotoran pori-pori
  4. Melembapkan kulit
  5. Tahap pH yang rendah

Jenis-jenis Pencuci Muka Bio Essence

Berikut adalah pencuci muka Bio Essence yang terbaik mengikut kesesuaian kulit.

1. Bio Essence Bio Gold Radiance Cleanser 

Bio Cleanser

Bio Gold 24k Gold Radiance Cleanser dirumuskan dengan Bio Energy Complex ,24K Bio Gold Formula yang membantu untuk membaiki, memperbaharui, dan menganjalkan kulit.

Diformulasi dengan 98% kepingan emas untuk mencuci dengan lebih dalam akan pori-pori. Menghilangkan kotoran dengan buih yang halus.

Ia juga berupaya meningkatkan penyerapan bahan ke dalam kulit untuk menjadikan kulit anda lebih sihat, lebih berseri dan cantik.

Dengan sifat anti-oksidan, ia membantu mengatasi tanda-tanda penuaan dengan merangsang pengeluaran kolagen, meningkatkan keanjalan kulit, keserian wajah supaya wajah tampil awet muda.

Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya mereka yang berumur 25 tahun dan ke atas.

Tidak mengeringkan kulit malah menjadikan kulit lembap selepas basuhan.

Hanya perlu picit jumlah yang mencukupi ke telapak tangan dan campurkan dengan air. Urut perlahan ke wajah dengan gerakan bulat dan bilas dengan air.

Kandungan utamanya adalah Ekstrak Gingko dan Hyaluronic Acid yang menghalang sebarang radikal berbahaya masuk ke dalam kulit dan menyegarkan dan menghidrat kulit supaya tidak rasa tegang selepas bilas.

2. Bio White Advanced Whitening Cleanser

Bio Cleanser

Jika anda mengalami kulit kusam, cuba pencuci muka Bio White Advanced Whitening.

Bio White Advanced Whitening Cleanser adalah pembersih wajah yang lembut untuk membersihkan dan menghilangkan kotoran dari kulit wajah secara menyeluruh.

Diperkaya dengan agen pemutih dan pelembap; seperti Tanaka Tree Bark Extract, Camelia Extract, Arbutin dan Tranexamic Acid, yang membantu kulit wajah kelihatan lebih cerah, segar tanpa mengeringkan kulit.

Teksturnya creamy dan harum, apabila dicampurkan dengan air ia menghasilkan buih yang halus dan lembut pada muka menjadikan pencuci muka ini juga berbaloi untuk mendapatkanya.

Percayalah kulit anda akan terasa lebih segar dan kelihatan lebih cerah.

3. Bio Water Foamy Cleanser

Bio Cleanser

Pencuci muka Bio Watery ini dikhususkan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana tahap pH yang rendah.

Produk ini menghasilkan tekstur yang lembut dan tidak berbuih pada kulit wajah anda untuk menghilangkan minyak, kotoran dan sisa-sisa makeup yang tertinggal tanpa mengeringkan kulit.

Mempunyai bahan kandungan seperti Hyaluronic Acid, Ekstrak Aloe Vera yang mempunyai sifat antibakteria, anti-radang,anti-kanser dan menenangkan kulit yang sensitif.

Selain itu, pencuci muka ini juga mengandungi sampingan bahan-bahan lain. Tanpa Paraben, Tanpa Pewangi Tiruan dan Tanpa Banyak Buih.

Cara penggunaan mudah sahaja. Picitkan sejumlah cecair pencuci muka. Kemudian, gosok dengan kedua-dua belah tangan bagi mengurangkan geseran. Kemudian, cuci muka dengan lembut dan bilas tanpa menggangu lapisan kulit.

4.  Bio Renew Foamy Cleanser

Pembersih muka ini membantu membersihkan pori-pori anda dengan mendalam sambil menjaga lapisan kulit anda menjadi lebih lembut dan licin!

Formula Bio Renew Foamy ini diperkaya dengan ekstrak kulit tanaka dan timun semulajadi. Kulit Tanaka telah digunakan sebagai kosmetik oleh wanita Burma selama berabad-abad kerana mempunyai banyak manfaat untuk kulit iaitu anti-radang, antioksidan dan antibakteria serta dijadikan sebagai perlindungan dari sinaran matahari.

Pembersih berbuih ini diformulasi dengan menghasilkan molekul halus yang dapat masuk ke dalam liang roma anda dan menyingkirkan kotoran atau minyak yang terperangkap pada wajah.

Bahan-bahan berkhasiat dari pencuci muka ini akan memastikan kulit anda kekal licin dan lembut selepas digunakan, tidak seperti pembersih dalam yang lain yang dapat menjadikan wajah anda kering dan ketat.

Oleh itu, Bio Essence Nourishing Foamy Cleanser bebas sabun dan tidak mengeringkan kulit menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.

Hanya perlu picit pencuci muka dalam kuantiti syiling 20 sen ke atas tapak tangan, kemudian gosok dengan kedua belah tangan dan campurkan sedikit air sehingga pencuci muka menjadi berbuih.

Akhir sekali, cuci muka dengan lembut pada kawasan muka dan bilas hingga bersih.

5. Bio Renew Deep Cleanser

Bio Cleanser

Adakah anda mempunyai kulit sensitif dan tidak sukakan pencuci tanpa buih? Pembersih Dalam Bio Essence dengan Royal Jelly ini adalah penyelesaian terbaik untuk anda.

Diformulasi dengan Bio Energy Complex untuk membantu meremajakan dan menyegarkan kulit tanpa melibatkan sabun, sudah pasti tidak akan mengeringkan kulit.

Tidak seperti pencuci muka sebelumnya, pencuci muka jenis ini tidak akan menghasilkan banyak buih apabila dilarutkan di dalam air.

Ia mempunyai molekul halus untuk memecahkan kotoran dan minyak di liang pori dan membersihkan kulit dengan baik.

Kulit tidak akan rasa tegang malah kulit menjadi lebih lembut dan licin.

6. Bio Bounce Collagen Cleanser

Bio Bounce Collagen Cleanser adalah pencuci muka yang kaya dengan buih halus yang membantu membersihkan kulit tanpa menjadikan kulit rasa kering sambil melembapkan kulit dan menjaga kulit agar terhidrasi dan bersih.

Apa yang menariknya, ia mengandungi Bio Energy complex yang membantu penyerapan oksigen ke dalam kulit agar dapat memperbaiki, menganjalkan kulit agar tona kulit menjadi sekata.

Dengan Ekstrak Bird’s Nest dan Hydrolized Collagen membantu melembapkan kulit dan mengembalikan keanjalan kulit. Manakala, Whitening Peptides pula membantu kulit menjadi lebih cerah.

error: Content is protected !!