Tahukah anda kerosakan kulit disebabkan terdedah dengan sinaran UV sehingga menyebabkan kulit kering, kusam dan muncul tanda penuaan? Namun begitu, ia masih boleh dielak sekiranya dilindungi dengan baik oleh pelembap yang memiliki SPF seperti Bio Cream : Bio-Gold Day Cream SPF25.
Bio Gold Day Cream SPF25
24K Day Cream Bio Gold SPF25 / PA +++ melindungi kulit anda dari terdedah dengan sinaran UV pada siang hari.
Disuntik dengan bahan kandungan unik seperti Bio Mineral Acid dan Bio Rice Fermentation Essence, formula ini memberikan nutrisi tambahan yang diperlukan oleh muka dan anggota badan lain untuk kekal lembap dan terhidrasi.
Ia mengandungi anti oksidan yang tinggi yang melindungi kulit dari kerosakan alam sekitar dan sinaran UV yang berbahaya.
Selain itu, ia diformulasikan dengan 98% Gold Power untuk mengatasi tanda penuaan. Teksturnya tidak berminyak dan tidak melekit menjadikan anda selesa dan mudah mengoles dan cepat meresap.
Malah, kesan penghidratan dan pelembap ke dalam kulit lebih baik sekaligus memberikan perlindungan kulit untuk kekal lembap dan mulus.
Bio VLift Face Lifting Cream (Extra Lift + Brightening)
Ingin mengatasi masalah kulit muka yang semakin kendur? Mungkin BioVLift Face Lifting Cream (Extra Lift + Brightening) sesuai untuk anda.
Diperkaya dengan bahan premium iaitu Black Orchid Essence menjadikan krim jenis ini sangat efektif dan membantu melambatkan tanda awal penuaan, mengurangkan garis halus dan kedutan, serta mengembalikan keremajaan kulit.
Dengan gabungan Bio-Energy Complex dapat mempercepatkan kestabilan lapisan kulit, memperbaharui dan menyembuhkan lapisan kulit yang rosak.
8 Kelebihan Bio VLift Face Lifting Cream untuk memberikan VLift:
- Mengecilkan liang pori
- Menegangkan kulit
- Mempertingkatkan keanjalan kulit
- Mengurangkan garis-garis halus
- Melambatkan tanda penuaan
- Menjadikan kulit berseri semulajadi
- Mencerahkan kulit
- Menghilangkan kulit kusam
Bio Bounce Collagen Essence Cream
Bio Bounce Collagen Essence Cream ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Diperkaya dengan khasiat sarang burung untuk mengekalkan keremajaan kulit.
Dalam pelembap ini juga terdapat beberapa bahan kandungan yang terbaik seperti kolagen, minyak delima, Moroccan oil, minyak Camelia, Rosehip Oil bertujuan untuk menghidrat, melembap dan menjadikan kulit sihat dan berseri.
Pelembap ini juga sesuai untuk anda yang mempunyai masalah tona tidak sekata kerana mempunyai Whitening Peptides. Ia boleh memperbaiki kulit kusam dan mencerahkan kulit dalam jangka masa singkat tetapi selamat.
Bio Snail Repair & Smooth Cream Ex
Mengidamkan kulit yang sihat tanpa sebarang cela adalah impian setiap Wanita. Oleh itu, Bio-Snail Repair & Smooth Cream Ex membantu kulit anda mendapatkan khasiat yang terbaik dari Snail Extracts.
Ia membantu mempercepatkan proses untuk kulit menjadi cerah dan bersih, mengurangkan parut hitam yang degil, memperbaiki struktur kulit yang rosak dan menjadikan kulit lembut bak sutera.
Dengan menggunakan formula unik iaitu Bio-Energy Complex, pelembap ini dapat meningkatkan tahap keberkesannya terhadap kulit dan membantu kulit menjadi sihat dan tidak kusam.
Bio White Advanced Whitening Tone Up Cream
Bio-White Advanced Whitening Tone Up Cream secara uniknya dihasilkan dengan bahan kandungan seperti Tanaka Tea Bark Extract, Camellia Extract dan Arbutin.
Ia membantu menghalang kemunculan bintik hitam dan menjadikan kulit cerah. Juga diperkuatkan dengan vitamin B3 yang membantu menghilangkan kulit kusam untuk menjadikan kulit cerah sekata.
Teksturnya tidak melekit yang mana menjadikan kulit cerah sekata tanpa meninggalkan kesan white cast.
Jika anda memakai dengan konsisten, ia mampu mencerahkan kulit dengan cepat, mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit serta berupaya mengecilkan masalah liang pori yang besar dan parut lama pada kulit.
Cara penggunaannya adalah dengan memakainya pada langkah yang terakhir dalam penjagaan kulit.