Now Reading
Bio Essence 24k Bio Gold dan 9 Alternatif Yang Berkesan Untuk Kulit Muda Remaja

Bio Essence 24k Bio Gold dan 9 Alternatif Yang Berkesan Untuk Kulit Muda Remaja

bio essence

Bio Essence tidak asing lagi dalam peminat produk penjagaan wajah. Walaupun produk berkualiti baik dapat membantu kulit anda kelihatan lebih baik sekarang dan juga pada masa akan datang, produk berkualiti rendah pula boleh menjadi tidak berkesan malah boleh menyebabkan bahaya untuk kesihatan anda.

Oleh itu produk Bio Essence adalah pilihan yang ideal kerana ia adalah produk yang tidak begitu mahal namun ia mempunyai kualiti yang bagus untuk kebersihan dan keanjalan serta awet muda kulit anda.

Mari kita lihat produk-produk Bio Essence untuk penjagaan kulit agar sentiasa nampak muda dan juga beberapa produk alternatif yang semestinya berkesan untuk kegunaan anda.

Bio Essence 24k Bio Gold

Bio Essence 24k Bio Gold

RM27.90

Pembersih muka ini diperkaya dengan Bio Energy Complex 24K Bio-Gold yang mengandungi fungsi yang lebih baik untuk memberi tenaga pada kulit pada waktu pagi. Ia mempunyai sifat anti-oksidan yang boleh membantu mengatasi tanda-tanda penuaan, meningkatkan keanjalan dan seri kulit. Produk ini menyegarkan dan menghidrat kulit dengan segera setelah dicuci sambil itu menghilangkan kotoran harian, membuang sisa degil di dalam liang pori anda.

NUTOX Cleansing Foam

RM25.90

Pembersih muka ini mempunyai buih yang banyak yang juga berfungsi untuk mencerahkan dan melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan. Kulit kelihatan lebih muda, terasa terhidrat, segar dan lebih halus dengan serta-merta. Sesuai untuk semua jenis kulit dari kulit normal sehingga berminyak. Ia juga membersihkan sisa-sisa pori dan anda dapat merasakan kesegaran di atas kulit anda. Produk ini mengandungi kelebihan multi scrub hitam dan putih dengan sensasi ekstra sejuk. Scrub hitam mempunyai kemampuan dalam penyerapan minyak yang tinggi dan dapat menghilangkan kotoran dan bintik hitam, terutamanya di kawasan hidung, sementara scrub mikro putih akan memecah menjadi scrub halus yang menembusi jauh ke dalam liang dan mengelupas sel kulit kusam & mati.

bio gold rose gold cleanser

Bio Essence Bio Gold Cleanser

RM24.90

Pembersih muka ini diformulasikan dengan Bio Energy Complex dimana ia mempunyai formula unik yang mengubah keupayaan kulit untuk memperbaiki, memperbaharui dan menumbuh semula kulit. Dengan meningkatkan pengambilan oksigen, ia akan membantu kulit bernafas, mengubah sel dari keadaan tidak aktif ke keadaan lebih bertenaga. Ini semakin lama akan meningkatkan penyerapan bahan bio berharga iaitu emas 24K untuk menjadikan kulit anda kelihatan lebih sihat, lebih berseri dan cantik.

safi rania gold cleanser

Safi Rania Gold Facial Cleanser

RM12.90

Pembersih muka Safi Rania Gold mengandungi Nano Gold 24K dan nutrien Royal Jelly. Produk ini diformulasi dengan teknologi Beetox yang mengandungi Micro-Foam terbaru yang mempunyai agen anti-oksidan untuk pembersihan yang lebih mendalam di kulit muka. Ia mempunyai buih berkrim yang kaya dengan agen pelembap untuk mengekalkan keseimbangan kelembapan pada kulit anda. Pembersih muka ini boleh menghilangkan solekan dengan amat berkesan.

bio essence bio gold 24 gold day cream

Bio Essence Day Cream

RM89.91

Krim muka ini diformulasikan dengan Bio Energy Complex. Ia adalah formula unik yang dapat mengubah kemampuan kulit untuk memperbaiki dan memperbaharui semula kulitnya. Dengan meningkatkan penyerapan oksigen, ia membantu kulit anda bernafas, mengubah sel dari keadaan tidak aktif ke lebih bertenaga. Ini meningkatkan kebolehan penyerapan bahan bio berharga iaitu emas 24K untuk menjadikan kulit anda nampak lebih sihat, lebih berseri dan cantik. Emas 24K berfungsi sebagai anti-oksidan kuat yang boleh melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas sehingga memperlambat tanda-tanda penuaan pertama.

safi rania day cream

SAFI RANIA GOLD Day Cream

RM28.00

Krim muka ini berfungsi untuk melembapkan dan membantu menegangkan struktur kulit dengan berkesan. Ia juga melindungi kulit dari UVA, UVB & InfraRed (IR) dan mencegah kulit anda menjadi lebih gelap. Produk ini menggalakkan tona kulit yang sekata selepas penggunaan dan juga membekalkan nutrien secukupnya untuk kulit muka anda supaya lebih halus dan anjal. Produk ini mengandungi Nano Gold 24k dan nutrisi propolis.

bio essence eye cream

Bio Essence Bio Gold Eye Serum

RM89.91

Serum mata ini diformulasikan dengan kekuatan 98% emas yang dapat mengurangkan garis-garis halus dan menyuburkan kulit supaya lebih tegang dan kelihatan sihat dan terhidrat. Ia juga melicinkan kedutan pada kulit sekeliling mata dan mencerahkan kulit sekeliling mata anda dengan mensasarkan pigmentasi gelap di kulit anda. Dengan penggunaan yang kerap ini membolehkan mata anda kelihatan lebih cerah dan berseri.

revitalift eye cream

Revitalif Eye Cream

RM36.99

Krim mata ini adalah teknologi pertama oleh LOREAL Paris yang dirancang untuk merangsang 8 pengangkat semula jadi kulit, untuk membantu kulit mendapatkan semula keanjalan dan ketegangan. Digabungkan dengan Pro-Retinol A, bahan aktif yang kuat, yang diketahui untuk menebalkan lapisan kulit teratas, dan juga membantu mengurangkan kedutan di bahagian mata. Dalam masa 4 minggu, kontur mata kembali tegang, kedutan berkurang secara intensif, dan kontur mata kelihatan kembali dan bersinar.

bio gold night cream

Bio Essence Night Cream

RM69.93

Krim muka malam ini berfungsi untuk membantu mengatasi dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah dan leher anda. Ia juga menyuburkan dan melembapkan wajah dan leher secara intensif untuk membantu mencegah kulit kering dan garis halus di kulit anda. Apabila digunakan dengan kerap, kulit akan nampak lebih lembab, berseri dan cerah. Produk ini diperkayakan dengan serpihan emas 24k.

olay night cream

Olay Regenerist Night Cream

RM54.90

Krim muka ini bebas pewangi, mempunyai formula yang meresap jauh ke dalam lapisan kulit anda untuk melawan penampilan kulit yang letih, menampakkan kulit yang lebih cerah dan kelihatan lebih muda. Krim ini membuat kulit lebih lembab dan melembutkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Selepas 4 minggu, penampilan kedutan terbukti semakin berkurang. Krim ini sesuai untuk digunakan ke atas kulit yang kering dan juga kuilt yang berminyak.

Seiring meningkatnya usia, semakin penting penggunaan produk wajah yang mampu mengekalkan keanjalan kulit anda. Oleh itu, gunakan produk yang betul sesuai dengan keperluan kulit anda supaya kulit anda mampu mengekalkan keanjalannya dan sentiasa kelihatan muda remaja, seperti tidak dimamah oleh usia!

error: Content is protected !!