Now Reading
Bio Gold Rose Gold Ampoule Untuk Wajah

Bio Gold Rose Gold Ampoule Untuk Wajah

Bio-Gold Rose Gold Ampoule Untuk Wajah

Bio Gold Rose Gold Ampoule dirumuskan dengan penuh kebaikan minyak pati yang baik untuk kulit wajah, termasuklah pati tumbuhan, vitamin dan gabungan pelbagai jenis enzim.

Sekiranya anda mempunyai masalah kulit yang sukar diatasi seperti tona kulit tidak sekata, mengalami hyperpigmentation, PIH, PIE dan garis-garis halus. Ampoule adalah produk yang membantu memulihkan kembali kulit anda.

Jenama dari Bio Essence ini mengandungi bahan semulajadi seperti Damask Rose Oil membantu melembapkan kulit dan menghilangkan tanda-tanda keletihan, menjadikan kulit segar, lembut dan lebih anjal. Bio Essence adalah jenama yang telah terbina sejak tahun 2001 di Singapura dan Face Lifting Cream Royal Jelly + ATP adalah no. 1 krim muka FLC terlaris di Singapura selama lebih dari 10 tahun.

Damask Rose Oil sangat baik untuk merawat semua jenis kulit terutama kulit yang matang, kering dan sensitif. Kerana sifat antimikroba, ia bermanfaat dalam rawatan jerawat. Sifat anti-radang membantu menenangkan kemerahan kulit dan boleh bermanfaat dalam rawatan eksim.

Ia turut membantu meningkatkan keupayaan kulit mengekalkan kelembapan dan mencerahkan tona kulit kusam untuk kulit yang berseri. Aroma minyak pati yang menenangkan dapat mengendurkan kulit yang letih untuk keremajaan semula.

Gunakan Bio Gold Rose Gold Ampoule dua kali sehari. Selepas pembersihan, sapukan jumlah yang mencukupi pada wajah dan leher. Urut dengan lembut sehingga diserap sepenuhnya. Setiap botol boleh digunakan selama 2 hari untuk rawatan intensif 14 hari.

Bolehkah saya menggunakan Damask Rose Oil Ampoule dan Essence bersama?

Jawapannya, boleh! Sebagai contoh, jika anda merasa sedikit kering, anda boleh menggunakan serum penghidratan dengan pati yang dapat mengatasi masalah kulit utama anda. Peraturan praktik untuk meletakkan adalah menggunakan produk yang paling ringan terlebih dahulu.

error: Content is protected !!