Biskut ini telah menjadi resepi turun-temurun sejak berzaman lagi. Kini, ia masih menjadi fenomena dan digemari ramai terutamanya dalam acara-acara kenduri, mahupun dijadikan sebagai kuih raya.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan mentega
- 1/8 cawan lakanto
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu kecil pewarna kuning
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu besar susu tepung
- Sedikit esen vanila
- 1 cawan tepung jagung
- 2 1/4 cawan tepung gandum penuh (diayak)
Cara penyediaan:
- Pukul mentega dan lakanto hingga kembang dan sebati.
- Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam mangkuk. Pukul adunan dan matikan pengadun (mixer).
- Masukkan pewarna kunging, susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata.
- Masukkan tepung jagung dan tepung gandum penuh sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang cantik dan tidak melekat di tangan.
- Doh boleh diparut atau dibalut dengan plastik dan disimpan dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut.
- Masukkan parutan doh ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat urai bewarna-warni.
- Panaskan ketuhar dan bakar biskut selama 20 minit pada suhu 160°C.
Selamat mencuba!