Istilah ‘body shaming’ boleh dikatakan masih baru di Malaysia dan ramai yang masih belum sedar mengenai keburukannya. Apa kata pakar tentang isu ini?
Body Shaming Mencetus Tekanan – Osman Affandi @Iluminasi.com
Sesetengah individu menyangka bahawa melakukan sesuatu seperti membuatkan seseorang yang memiliki berat badan berlebihan atau terlalu kurus berasa malu dengan tubuh badan atau tabiat pemakanan mereka, boleh memberi motivasi kepada mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Namun begitu, kajian sains menunjukkan perkara yang sebaliknya. Budaya ini sebenarnya bukan memberi motivasi tetapi membuatkan mereka tertekan dan mendorong mereka makan lebih banyak dan menaikkan berat badan.
Body shaming adalah satu tingkahlaku yang mengkritik atau menjejaskan individu yang berbadan besar atau terlalu kurus supaya mereka berasa malu dengan diri sendiri. Majoriti kajian melaporkan bahawa pelbagai perbincangan tentang obesiti di media sosial melibatkan “Body Shaming dalam satu bentuk pembulian yang digelar pembulian siber terutamanya terhadap golongan wanita.
Apa yang mengejutkan, wujud komuniti di internet yang direka untuk menjadikan golongan sebegini sebagai bahan lawak jenaka. Stigma dan diskriminasi ini telah menjejaskan psikologi mereka, menambah keburukan kepada masalah yang dialami.
Selain itu, diskriminasi boleh memberi tekanan dan kesan negatif kepada mangsa yang mengalami body shaming. Dalam kes yang melibatkan individu yang mempunyai berat badan berlebihan, tekanan tersebut boleh membawa kepada gaya pemakanan yang tidak sihat seperti makan dengan lebih banyak sehingga berat badan semakin bertambah.
Malah, budaya ini tidak terhad kepada kenaikan berat badan dalam kalangan individu obes sahaja tetapi, ia memiliki kesan sampingan lain yang lebih teruk.
Berikut adalah kesan body shaming yang didapati berdasarkan kajian-kajian sains yang telah dilakukan:
- Depresi
- Gangguan makan
- Mengurangkan keyakinan diri
- Penyakit kronik
- Keinginan membunuh diri
Kini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melabelkan tindakan body shaming ini sebagai satu jenayah.
Tetapi, budaya ini masih diamalkan kerana sesetengah pihak menganggap ia berkesan untuk memberi motivasi kepada individu yang memiliki masalah berat badan.
SUMBER
https://says.com/my/news/ministry-of-health-says-body-shaming-is-an-online-crime-fine-50k-or-jail
https://www.thestar.com.my/lifestyle/living/2019/11/06/beautiful-stripes-some-things-dont-change