Now Reading
Apakah kesan sampingan diet Paleo pada saya?

Apakah kesan sampingan diet Paleo pada saya?

kesan sampingan diet Paleo

Kesan sampingan diet paleo boleh berlaku sewaktu badan sedang menyesuaikan diri dengan cara pemakanan baharu. Apabila anda mula menjalani diet ini, terdapat beberapa kumpulan makanan tertentu yang perlu dielakkan berserta perubahan pengambilan karbohidrat. Hal ini mengambil masa sebelum tubuh anda menjadi serasi dengan perubahan itu.

Anda mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti:

1. Penurunan kadar gula dalam darah (Hipoglisemia)

Ianya adalah penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memulakan dengan maklum tentang kesan sampingan diet paleo berlaku terutamanya jika anda menggunakan insulin atau ubat-ubatan yang lain seperti ‘sulphonylureas’ atau ‘glinides’. Kedua-dua bahan ini boleh menyebabkan keadaan hipoglisemia dan boleh menjadi makin serius sekiranya anda mengikuti diet tertentu.

Dengan pengambilan makanan rendah karbohidrat berasaskan diet Paleo, ia bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan ubat mahupun dos ubat anda untuk mencegah kadar gula dalam darah yang rendah. Ini adalah salah satu sebab utama mengapa anda perlu berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum memulakan diet Paleo. Ia tidak hanya tertakluk buat diet Paleo sahaja, malah untuk sebarang diet lain juga.

2. Kandungan protein berlebihan

Diet Paleo merangkumi pemakanan berasaskan jumlah protein haiwan yang banyak termasuklah daging, ayam, ikan dan telur. Selain daripada ikan, kebanyakan makanan ini mengandungi kadar lemak tepu dan kolesterol yang tinggi.

Kesan sampingan diet paleo adalah pengambilan protein haiwan yang berlebihan dapat menurunkan paras kolesterol HDL (kolesterol baik) dan meningkatkan tahap kolesterol LDL (kolesterol jahat). Selain itu, ia juga boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat Penyakit Jantung. Memandangkan diet Paleo adalah tinggi dalam kandungan protein, buah pinggang anda perlu bekerja keras untuk menapis sebarang bahan buangan tambahan. Jadi, pastikan pengambilan protein anda tidak berlebihan seiring dengan pemilihan makanan yang betul serta gaya hidup yang sihat.

3. Mempunyai keinginan terhadap makanan tertentu

Semasa tempoh awal mengikuti diet Paleo, anda mungkin mempunyai keinginan terhadap makanan tertentu, namun ia biasanya tidak berlarutan. Jangan bimbang kerana ini merupakan perkara biasa bagi mereka yang baru mula untuk mengamalkan diet. Kesan sampingan diet paleo adalah semua makanan terlihat sedap dan menyelerakan bukan? Keadaan ini biasanya berlaku pada beberapa minggu pertama peralihan ke diet Paleo. Setelah tempoh peralihan itu berakhir, keinginan ini akan berkurangan dan mereka yang mengikuti diet Paleo juga tidak lagi menginginkan manisan atau makanan lain yang tidak boleh diambil.

Jika ia menjadi satu masalah yang serius, anda mungkin boleh cuba meniru makanan yang diingini itu tetapi dalam versi menggunakan bahan-bahan yang dibolehkan dalam diet Paleo. Hasilnya mungkin agak berbeza namun, anda akan berasa lega kerana telah menangani isu tersebut dengan cara yang bijak.

4. Masalah nafas berbau

Ramai yang mendapati bahawa mengikuti diet Paleo menyebabkan masalah nafas berbau. Namun, kesan ini adalah berbeza mengikut individu dan biasanya ditentukan dengan pilihan makanan yang diambil, komposisi diet dan faktor persekitaran yang lain.

Salah satu penyebab masalah nafas berbau adalah kerana badan anda mula memasuki fasa ketosis. Keton, yang dihembus melalui nafas kadangkala mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Selain itu, kesan keton pada nafas  adalah berbeza mengikut individu dan keadaan tertentu.

Kesan sampingan diet paleo berlaku adalah kerana peningkatan pengambilan protein yang membuatkan usus anda menghasilkan hidrogen sulfida. Penghasilan hydrogen sulfida adalah sebahagian daripada proses pencernaan. Ia boleh mengakibatkan keadaan dikenali sebagai sendawa sulfur yang mempunyai bau tidak menyenangkan.

Namun begitu, masalah nafas berbau selalunya tidak kekal lama dan akan hilang setelah badan anda mula membiasakan diri dengan diet Paleo. Jika ia menyebabkan ketidakselesaan, cuba berus gigi dengan lebih kerap atau berkumur dengan ubat kumur yang ada di pasaran. Anda juga boleh menggunakan gula-gula getah tanpa gula untuk mengurangkan bau nafas anda.

5. Perubahan dalam tabiat usus

Kesan sampingan diet paleo berlaku apabila perubahan dalam cara pemakanan juga melibatkan usus untuk menyesuaikan diri dengan kaedah baharu itu. Ini akan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tabiat usus bagi individu yang mengikuti diet pemakanan tertentu termasuklah diet Paleo.

Sebarang ketidakselesaan usus biasanya bersifat sementara dan akan pulih dengan sendiri sebaik sahaja usus anda sudah menyesuaikan diri dengan pemakanan yang berbeza. Jadi, cuba bertahan dalam tempoh peralihan ini kerana ia memang tidak dapat dielakkan.

6. Menjejaskan senaman

Kesan sampingan diet paleo berlaku apabila anda mengurangkan pengambilan gula daripada sumber karbohidrat atau kanji secara drastik, ia akan menyebabkan badan anda kehilangan sumber tenaga utama. Oleh itu, keadaan ini boleh menyebabkan penurunan kadar gula dalam badan, kerengsaan dan nafsu makan yang membuak. Ia juga boleh menyebabkan penurunan prestasi fizikal hinggalah badan anda sudah boleh menyesuaikan diri menggunakan sumber lain untuk menghasilkan tenaga. Jadi, ia adalah perkara biasa sekiranya anda merasakan bahawa senaman mengakibatkan badan anda menjadi lesu dalam tempoh awal mengikuti diet Paleo.

Namun begitu, jangan risau kerana prestasi senaman anda akan menjadi lebih baik setelah beberapa minggu anda mengamalkan diet ini kerana anda mengambil lebih banyak makanan berasaskan lemak dan protein. Protein dan lemak membantu anda membina dan memperbaiki otot jadi, proses pemulihan otot akan menjadi lebih baik selepas setiap sesi senaman.

7. Kekurangan bekalan tenaga

Pengurangan pengambilan karbohidrat boleh menyebabkan badan anda memasuki fasa ketosis, di mana tubuh anda membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Apabila badan beralih ke fasa ini dan mula menyesuaikan diri dengan cara baharu, ia boleh menyebabkan badan menjadi lesu buat sementara waktu. Kesan ini mungkin atau tidak mungkin berlaku bergantung pada tahap pengambilan karbohidrat anda yang rendah.

Namun, tenaga badan anda biasanya akan kembali seperti biasa setelah melalui tempoh peralihan. Sementara itu, ramai individu melaporkan bahawa kesan sampingan diet Paleo membantu meningkatkan tenaga fizikal dan mental mereka. Cari cara yang sesuai agar badan anda tidak terlalu terkesan dengan perubahan tersebut sementara tempoh peralihan berlangsung. Berjumpalah dengan doktor sekiranya badan anda menjadi terlalu lesu kerana ini mungkin merupakan petanda bahawa anda tidak sesuai mengamalkan diet Paleo.

SUMBER

https://www.diabetes.co.uk/paleo/side-effects-of-paleo-diet.html

https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/paleo-diet/potential-short-long-term-effects-paleo-diet/

https://www.womenshealthmag.com/weight-loss/a19938337/paleo-diet-side-effects/

error: Content is protected !!