Now Reading
Bolehkah serangan strok berlaku pada golongan muda?

Bolehkah serangan strok berlaku pada golongan muda?

serangan strok

Baru-baru ini, seorang remaja lelaki di China yang berusia 19 tahun hampir kehilangan nyawanya gara-gara terlalu taksub menonton drama di katilnya setiap hari!

Rutin itu dilakukan setiap hari setelah selesai makan selama setiap hari. Selain itu, individu tersebut juga mengakui bahawa dia merupakan seorang perokok yang memburukkan lagi situasi itu.

Kejadian yang sama juga berlaku pada remaja lelaki berumur 17 tahun di Thailand, tetapi kes ini lebih menyedihkan kerana serangan strok yang dialami kerana ketagihan bermain permainan video akhirnya telah meragut nyawanya sendiri.

Menurut pakar perubatan, serangan strok atau juga dikenali sebagai infarksi serebrum (cerebral infarction) boleh menyebabkan 1.9 juta neuron mati setiap minit. Ia terjadi apabila adanya kerosakan pada tisu dalam otak kerana kekurangan sumber oksigen di kawasan itu. Ini biasanya berlaku apabila individu tidak berganjak daripada satu kedudukan buat masa yang lama dan menyebabkan badan mereka kaku dan tidak menjalankan fungsi harian seperti biasa.

Masalah juga boleh bertambah parah sekiranya saluran darah sudah tidak menjadi elastik dan terdapatnya ‘plaque’ yang terhasil daripada kombinasi lemak kolesterol dan kalsium pada arteri. Ini menyebabkan otak tidak menerima saluran darah dan oksigen yang mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan normal. Ini akhirnya akan menyebabkan serangan strok pada mana-mana individu secara mengejut.

Isu berkaitan serangan strok ini semakin membimbangkan kerana ia didapati berlaku dalam golongan yang muda seawal zaman remaja lagi. Kebiasaannya, serangan ini berlaku pada golongan yang berusia kerana faktor-faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi atau kadar kolesterol tinggi namun ianya sudah berubah sekarang.

Setiap individu haruslah peka akan keadaan badan mereka sendiri dan jangan lakukan satu perkara pada waktu yang lama tanpa sebarang pergerakan atau rehat. Elakkan serangan strok lebih awal dengan mencegah faktor-faktor yang boleh mendorong kepada berlakunya keadaan itu.

SUMBER

https://www.shape.com/lifestyle/mind-and-body/strokes-young-people

https://www.psychiatrictimes.com/view/stroke-young-adults-lasting-effects-trauma

https://www.webmd.com/stroke/news/20110901/strokes-in-chldren-and-young-adults-on-the-rise

https://www.verywellhealth.com/is-your-child-at-risk-for-strokes-2161764

error: Content is protected !!