Now Reading
Bonia Handbag: Tips Memilih Handbag

Bonia Handbag: Tips Memilih Handbag

bonia handbag

Bonia handbag atau Beg tangan Bonia merupakan aksesori elegan bagi seorang wanita. Beg tangan itu sendiri sememangnya wajib setiap kali seorang wanita ingin keluar dari rumah. Tak kiralah dimana anda pergi pasti beg tangan menjadi peneman setia. Kunci rumah, kereta, pelbagai barang peribadi disimpan didalam beg tangan tersebut.

Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama bermacam harga dan jenis beg tangan bersama rekaan yang menarik. Kecil, besar, panjang, pendek, petak atau bulat semuanya boleh dipilih mengikut citarasa anda. Ia juga bergantung kepada kesesuaian majlis yang dihadiri dan ia juga mampu menyerlahkan gaya personaliti diri anda. Dari beg tangan pun, orang dah boleh baca siapa diri anda yang sebenar tau! Dalam erti kata lain, beg tangan bagi wanita ni macam pelengkap gaya.

1. Kualiti

Bagi mereka yang mempunyai pengalaman membeli dan memiliki koleksi beg tangan Bonia, pastinya cukup arif dengan kualiti beg tangan yang dikeluarkan oleh jenama ini. Kesemua koleksi beg tangan Bonia adalah diperbuat daripada material-material yang original dan berkualiti tinggi sahaja.

Walaupun dijual dengan harga yang agak mahal, namun Bonia sentiasa menjanjikan koleksi beg tangan yang benar-benar berkualiti dan tahan digunakan untuk jangka waktu yang panjang. Jadi walaupun harganya mahal tapi ianya tahan lama setanding kualiti.

Orang kata ‘alah membeli menang memakai’. Memang sesuai pepatah ini.

2. Kepelbagaian rekaan beg yang ditawarkan oleh Bonia.

Bonia menawarkan aneka jenis dan rekaan beg yang praktikal dan versatile kepada para pembeli. Boleh disesuaikan dengan aktiviti seharian.

Anda boleh memiliki koleksi tote bag, sling bag, shoulder bag, purses dan banyak lagi. Kiranya satu jenama, yang mana ianya sangat sesuai untuk dipakai dalam apa jua majlis keraian mahupun ke pejabat dan aktiviti santai.

3. Eksklusif

Dan sebab ketiga adalah koleksi beg Bonia yang sememangnya eksklusif. Terkenal dengan gaya mewah dan tersendiri. Bonia amat menjaga ciri-ciri eksklusif yang telah ditekankan sejak mula-mula lagi diperkenalkan ke dalam pasaran.

Kalau tanya siapa yang sukakan Beg jenama Bonia? Mesti ramai yang angkat tangan ni kan. Mana taknya rekaan begnya cantik-cantik. Mesti rambang mata melihatnya. Warna yang cantik dan dilihat eksklusif menambahkan lagi gaya si pemakainya. Lebih nampak anggun dan feminin.

5 Tips penjagaan beg tangan:

  1. Sentiasa simpan di dalam ‘dustbag’ – Biarkan bag diletakkan semula di dalam beg kain yang dikhaskan.
  2. Susun dan simpan elok-elok – Seeloknya simpan bag di dalam almari bertutup dan elakkan meletak bag di lantai atau di atas almari.
  3. Simpan di dalam almari – Beg-beg kulit terutama yang tinggi kualitinya harus disimpan di dalam almari tersebut bagi mengekalkan tekstur dan warna beg tangan tersebut.
  4. Jangan letak di atas lantai – Elakkan meletakkan beg tangan di atas lantai tak kiralah kat pejabat ke, kedai makan ke atau di mana-mana sahaja. Biasakan meletakkan beg di atas riba, di atas kerusi di belakang korang atau susah sangat, beli je tempat penggantung beg kat meja tu.

Empat Cara Pemilihan Beg Tangan Yang Boleh Anda Jadikan Sebagai Panduan.

1. Majlis

pemilihan beg tangan mengikut kesesuaian majlis sangat penting. Pilihlah beg tangan yang sedikit elegan dan berkulit lebih lembut.

Namun apa yang penting, biarlah ia bersesuaian dengan acara yang dihadiri.

2. Warna

Hitam, nude dan coklat adalah warna universal yang paling senang untuk dipadankan dengan pelbagai baju.

Seandainya anda mahu menyuntik kelainan, boleh pilih warna seperti hijau, pink atau warna-warna terang.

3. Bentuk Badan

Selain rupa bentuk beg, bentuk badan si pemakai juga perlu diambil kira. Kalau beg tangan cantik tapi tak bersesuaian dengan bentuk badan, gaya pasti tidak menawan. Jika anda memiliki ketinggian kurang 6 kaki, seeloknya pakai beg tangan yang tidak terlalu besar.

Mereka yang tinggi pula, janganlah bawa beg tangan yang terlalu kecil. Maksudnya di sini, pilihlah beg tangan yang bersesuaian dengan ketinggian dan saiz anda.

4. Harga

Aspek harga pun penting. Tapi dalam nak bergaya, berpada-padalah kita. Kata orang, bergaya biar ikut kemampuan. Kalau boleh memang nak pakai yang berjenama seperti Louis Vuitton, Chanel dan macam-macam lagi, tapi banyak juga jenama baharu yang tak terkenal namun kualitinya sangat bagus.

Jadi, pilihlah dengan bijak kerana beg tangan yang cantik tak boleh kenyangkan perut pun. Janganlah ikat perut semata-mata untuk miliki beg tangan mewah.

Jadi, setelah semua tips dalam memilih beg tangan yang terbaik, adakah anda akan memilih beg tangan berjenama bonia untuk menjadi pendamping hari anda? Selamat membeli belah!

SUMBER:

1) https://www.ajumohit.com/2016/02/3-sebab-beg-bonia-masih-bertahan.html

2) https://apricusfashion.my/ketahui-jenis-dan-fungsi-beg-tangan-yang-anda-ada-atau-bakal-ada/

3) https://www.mstar.com.my/xpose/mode/2018/12/04/tips-handbag-che-ta

error: Content is protected !!