Now Reading
Borang Permit BKSS 2021: Bagi Geran Khas Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

Borang Permit BKSS 2021: Bagi Geran Khas Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

Borang Permit BKSS 2021

Borang permit BKSS 2021 adalah untuk penjaja dan peniaga kecil sementara atau tidak mempunyai lesen bagi memohon geran khas Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) berjumlah RM1,500 bermula 1 hingga 30 Jun ini.

Terdapat dua pilihan untuk membuat permohonan geran khas tersebut iaitu melalui dalam talian (https://community-service.sarawak.gov.my) atau secara manual di pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhampiran.

Penjaja dan peniaga kecil penerima sebelum ini, mengemas kini status akaun SarawakPay di PBT tanpa perlu memohon permit perniagaan.

Bantuan kewangan ini akan diberikan dalam dua fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM750 pada Julai ini dan selebihnya pada bulan Disember melalui akaun SarawakPay.

Semua penjaja atau peniaga gerai makan, tepi jalan, kios, pasar, kedai kampung atau pedalaman, tukang gunting rambut, pemilik kantin dan berusia 18 tahun ke atas adalah layak untuk menerima bantuan tersebut.

Namun pemohon mestilah peniaga yang berniaga secara fizikal sebelum 1 Jun 2021 serta berdaftar dengan PBT dan memiliki permit perniagaan yang sah untuk tempoh Jun hingga November 2021. Geran khas ini tidak diperuntukkan kepada peniaga dalam talian.

CHECK BKSS 8.0(Semak Senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022) -  KekandaMemey

BORANG PERMOHONAN PERMIT BKSS:SEMAKAN STATUS PERMIT 2021

Pemohon mestilah warga Sarawak yang menetap dan berniaga di Sarawak

Berumur 18 tahun ke atas

Pemohon mestilah peniaga yang pernah mengendalikan gerai sebelum 1 Jun 2021

CARA PERMOHONAN BORANG PERMOHONAN PERMIT BKSS

Jika anda ingin membuat permohonan BKSS, berikut merupakan Langkah-langkah cara membuat permohonan

Anda perlu melayari laman web https://community-service.sarawak.gov.my/

Tekan pada menu ‘Borang Permohonan Permit’

Isikan maklumat yang lengkap pada ruang yang disediakan (Ruangan bertanda * wajib diisi)

Sertakan lampiran yang perlu dimuat naik semasa permohonan

Tick pada butang ‘Setuju

Tekan butang ‘Hantar

Permohonan anda telah selesai

Jika permohonan anda cicir, anda boleh tahu cara untuk buat BANTUAN TUNAI BKSS TERCICIR:CARA PERMOHONAN & RAYUAN

 SENARAI LAMPIRAN YANG PERLU DIMUAT NAIK

Semasa membuat permohonan, anda perlu memuat naik lampiran yang diminta untuk sebagai bukti dan rujukan permohonan. Untuk memuat naik, saiz fail mestilah maksimum 4 MB sahaja. Format file mestilah dalam jpg, jpeg, png dan bmp sahaja

 Gambar Mykad

Gambar Mykad/passport pasangan

Gambar terkini permohonan

Gambar gerai / tempat perniagaan

Lesen dan permit

Bil utility

semak juga PERMOHONAN & SEMAKAN INISIATIF BKSS

CARA BUAT SEMAKAN STATUS PERMIT BKSS 2021

Selepas anda memohon, permohonan anda akan diproses. Setelah selesai, anda boleh membuat semakan status permit BKSS anda. Caranya adalah seperti berikut.

Anda perlu melayari laman web https://community-service.sarawak.gov.my/

Tekan pada butang ‘Semak Status’

Isikan nombor kad pengenalan pada ruangannya.

Status anda akan dipaparkan pada skrin paparan.

SYARAT BAGI PERMOHONAN BKSS

  • Pemohon HENDAKLAH warga Sarawak yang menetap dan menjalankan perniagaan di Sarawak.
  • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pemohon adalah bagi peniaga-peniaga yang benar-benar menjalankan aktiviti perniagaan secara fizikal seperti menjalankan perniagaan menggunakan stall / kiosk / di bahu jalan sebelum 1 Jun 2021.
  • Stall yang beroperasi di dalam Kedai Kopi adalah layak memohon dengan melampirkan dokumen pengesahan yang berkaitan.
  • Perniagaan atas talian (online) adalah TIDAK LAYAK untuk membuat permohonan.
  • Peniaga hendaklah berdaftar dan mempunyai permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan perniagaan masing-masing.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021.
  • Tempoh sah permit adalah dari bulan Jun sehingga November 2021, tanpa sebarang bayaran permit (RM30.00) dikenakan sepanjang tempoh sah ini.
  • Semua maklumat yang diberikan oleh pemohon hendaklah tepat dan benar.
  • Sekiranya terdapat maklumat palsu, permohonan akan dibatalkan. PBT berhak membatalkan permit tersebut sekiranya permit telah dikeluarkan.
  • PBT berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa prejudis dan segala rayuan tidak akan dilayan.
  • Pembayaran untuk BKSS adalah melalui:
  • Sarawak Pay
Peniaga tidak berlesen disarani daftar segera BKSS 6.0 - Suara Sarawak

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang permohonan permit BKSS 2021, boleh menghubungi Talikhidmat di

Talian : 082-555 999 atau

email : 555999@sarawak.gov.my

Panduan ini adalah bagi penjaja / peniaga kecil / gerai makanan yang tidak berlesan untuk

memohon permit yang dikekuarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

LANGKAH 1 : MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Mulakan dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi Majlis

Perbandaran Sibu.

LANGKAH 2 : ISI BORANG PERMOHONAN

Lengkapkan borang permohonan.

LANGKAH 3 : SEMAK BORANG PERMOHONAN

Memastikan semua maklumat adalah BENAR dan LENGKAP. Borang permohonan

yang tidak lengkap tidak akan diproses.

LANGKAH 4 : PENGESAHAN PERAKUAN

Sila tandatangan di bahagian perakuan bagi mengesahkan semua maklumat adalah

BENAR dan LENGKAP.

LANGKAH 5 : HANTAR BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan yang LENGKAP berserta salinan dokumen yang diperlukan

hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat sebelum dimasukkan ke dalam peti yang

disediakan di lobi Wisma Sanyan pada waktu bekerja sahaja (Isnin – Jumaat) dari jam

8.00 pagi – 5.00 petang.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021. Permohonan yang diterima selepas

tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

*PERINGATAN

1. Dokumen yang diperlukan :

 Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan

 Gambar gerai / tempat perniagaan (jika ada)

 Gambar terkini pemohon

 Gambar lesen komposit / permit (jika ada)

 Dokumen sokongan yang lain (jika ada)

a) Surat pengesahan dari pemilik premis / pemilik Kedai Kopi (untuk gerai di

dalam Kedai Kopi)

2. Penerima bantuan BKSS untuk penjaja/peniaga kecil/ gerai makanan tidak berlesen

pada tahun 2020 tidak perlu mengemukakan permohonan lagi.

3. Permohonan boleh juga dibuat melalui online : (https://community-service.sarawak.gov.my) Jangan lepaskan peluang yang ada. Semoga bermanfaat!

Sumber:

https://smc.gov.my

https://sarawakvoice.com/2021/06/04/oopeniaga-kecil-penjaja-boleh-mohon-bkss-6-0-rm1500-mulai-1-hingga-30-jun-ini/

https://ecentral.my/borang-permit-bkss-2021/

error: Content is protected !!