Now Reading
Bragg Apple Cider Vinegar Membantu Untuk Mengempiskan Perut?

Bragg Apple Cider Vinegar Membantu Untuk Mengempiskan Perut?

apple cider vinegar bragg

Bragg Apple Cider Vinegar atau cuka sari epal Bragg adalah sejenis cuka yang dihasilkan daripada epal melalui proses penapaian (fermentasi). Tahukah anda, apple cider mempunyai pelbagai faedah terutamanya dari segi kesihatan? 

Secara umumnya, terdapat dua kategori apple cider vinegar yang anda boleh temui di pasaran iaitu, organik dan bukan organik. Sebenarnya, ramai yang tidak dapat membezakan yang mana satu apple cider organik dan bukan sehinggalah mereka menggunakannya dalam rutin harian.

Apple cider vinegar (cuka epal) semulajadi dan organik mempunyai beberapa kelebihan yang disukai ramai. Ianya boleh bertindak untuk membantu menurunkan berat badan. Sudah pasti ini memberikan penyelesaian yang baik bagi sesiapa yang mahukan diet sihat.

Teruskan membaca untuk mengetahui secara mendalam mengenai keberkesanan penggunaan apple cider vinegar keluaran Bragg ini sebagai pembantu diet anda. 

Jom!

Apa yang terdiri daripada Bragg Apple Cider Vinegar?

Bragg Apple Cider Vinegar merupakan cuka sari epal yang organik; tidak di tapis dan tidak dipasteurisasi. Ia mengandungi koloni bakteria sihat yang mempunyai banyak kebaikan berbanding cuka yang ditapis (bukan organik). Dihasilkan daripada bahan mentah yang berkualiti tinggi dan 100% organik, ia merupakan salah satu produk cuka berkualiti tinggi yang mudah untuk anda dapati.

Perbezaan antara cuka sari epal yang organik dan bukan organik adalah, cuka sari epal yang tidak organik tidak mengandungi koloni bakteria baik seperti cuka sari epal Bragg.

Kebaikan Bragg Apple Cider Vinegar

Sebenarnya, kita hanya memerlukan satu hingga dua sudu besar Bragg Apple Cider Vinegar untuk mendapatkan kebaikannya. Setiap sudu apple cider vinegar (saiz standard sudu makan) hanya mengandungi 3-5 kalori dengan kadar gula yang minimum. Memang sihat!

Persoalannya benarkah Bragg Apple Cider Vinegar mampu membantu anda untuk mengempiskan perut?

Menurut beberapa sumber, terdapat kajian yang melaporkan pengambilan sebanyak 1 atau 2 sudu besar secara konsisten mampu untuk membantu menurunkan berat badan. 

Pengambilan apple cider vinegar ini mampu membantu mengurangkan peratusan lemak badan, menurunkan kadar peratusan lemak di perut dan juga menurunkan trigliserida darah.

Cadangan pengambilan adalah sebanyak 1 hingga 2 sudu bersama kira-kira 200 ml air sebelum makan. Dengan mengamalkannya 3 kali setiap hari secara konsisten, anda pasti dapat melihat hasilnya setelah beberapa minggu. 

Mengambil produk ini sebelum makan berpotensi membantu mengurangkan berat badan kerana ia merupakan sumber pektin yang membuat anda merasa lebih kenyang. Hal ini dapat membantu anda mengambil kurang makanan ringan dan tidak makan secara berlebihan. 

Namun begitu, perlu diingatkan, proses penurunan berat badan adalah sebuah proses yang panjang. Selain pengambilan apple cider vinegar Bragg anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan bersenam secara rutin. 

Apa lagi kebaikan lagi Bragg Apple Cider Vinegar?

Sekiranya anda kekurangan zat besi, ianya dapat membantu mengurangkan sakit kepala yang disebabkan kekurangan zat besi. Selain itu, epal merupakan sumber kalium dan dapat menyeimbangkan kandungan natrium di dalam badan.

Menurut beberapa sumber, cuka sari epal juga dapat mengurangkan gula dalam darah. Ada yang mendakwa bahawa mengekalkan kadar gula darah yang seimbang adalah rahsia di sebalik penurunan berat badan. Menyeimbangkan kadar gula darah juga penting untuk mengelakkan sakit kepala, perubahan mood yang tidak terkawal, selalu rasa lapar dan lain-lain. 

Disamping itu, apple cider vinegar juga dapat menyebabkan tidur lebih lena. Bahkan, terdapat beberapa jenis ubat insomnia yang mengandungi cuka sari epal yang dicampur dengan air dan sedikit madu. 

Selain itu, cuka sari epal keluaran Bragg ini juga dapat membantu untuk masalah kesihatan yang lain seperti:

  • Melegakan refluks asid
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Diabetes
  • Meningkatkan sistem imun
  • Membantu pencernaan
  • Mengimbangi Ph
  • Menyembuhkan sakit tekak
  • Membuang toksik badan
  • Meremajakan kulit
  • Membantu sakit otot

Walaubagaimanapun, pengambilan secara berlebihan dapat memberikan beberapa kesan buruk seperti pereputan gigi, tekak terasa panas, rasa kenyang berterusan yang menyebabkan anda kekurangan nutrisi badan dan lain-lain.

Kesimpulan 

Secara kesimpulan, pengambilan Bragg Apple Cider Vinegar ini amat digalakkan untuk membantu anda menjaga kesihatan seharian. 

Pastikan anda membeli di kedai atau supermarket yang dipercayai untuk mengelakkan produk tiruan yang akan membahayakan kesihatan anda. Ambil secara konsisten namun tidak berlebihan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 

Dapatkan sekarang!

BRAGG Organic Apple Cider Vinegar

RM33.90

Bragg Organik Apple Cider Vinegar adalah diperbuat daripada epal yang terbaik, lazat, sihat dan ditanam secara organik. Cuka Epal penuh dengan pelbagai kebaikan kerana mengandungi ‘ibu’ cuka yang menakjubkan yang dihasil secara semula jadi dalam rantaian penghasilan. Banyak kajian perubatan telah menunjukkan manfaat kesihatan Apple Cider Vinegar. Dalam 400 B.C. Hippocrates iaitu Bapa Perubatan telah menggunakannya sebagai pembersih semula jadi yang menakjubkan. Hal ini kerana ia mengandungi keasidan semulajadi yang berkesan dalam membunuh bakteria E.Coli.

RADIANT Organic Apple Cider Vinegar With Mother

RM39.80

Radiant Organic Apple Cider Vinegar with Mother adalah produk minuman cuka epal yang asal dari negara New Zealand yang mengandungi 93 jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan anda untuk mengekalkan kesihatan (termasuk A,C,E,B1,B2 dan B6). Produk ini adalah minuman cuka epal yang 100% semula jadi, tanpa pengawet, bahan tambahan dan bahan kimia yang akan memudaratkan kesihatan tubuh badan anda.

BRAGG Organic Apple Cider Vinegar Drink Ginger Spice 473ml

RM29.00

Bragg Organic Apple Cider Vinegar Drink Ginger Spice adalah minimuan buah cuka epal dengan halia yang dapat membantu membersihkan detox dalam badan anda. Seterusnya, ia juga dapat menggalakkan reaksi anti keradangan pada badan anda seperti pertumbuhan jerawat pada kulit muka anda. Selain daripada itu, ia juga dapat meningkatkan metabolisme badan anda di samping meningkatkan sistem keimunan badan anda. Dengan ini, anda harus minum buah cuka ini setiap hari supaya dapat menjamin kesihatan badan anda.

SOLANA GOLD Organic Apple Cider Vinegar (16oz / 435ml)

RM16.00

Solana Gold Organic Apple Cider Vinegar bukan sahaja adalah buah minuman cuka epal yang baik untuk kesihatan anda tetapi juga adalah pembantu perisa dalam dapur anda untuk mengurangkan penggunaan garam dalam pengekalan kesihatan untuk mencegah penyakit darah tinggi. Selain itu, ia juga dapat membantu melembutkan tender daging, menghidupkan semula sayur-sayuran yang telah diliputi dan sebagai perisa gantian kepada mayones dalam salad untuk golongan yang ingin mengawal berat badan mereka.

BRAGG Organic Apple Cider Vinegar Drink Concord Grape Acai 473ml

RM28.00

Bragg Organic Apple Cider Vinegar Drink Concord Grape Acai adalah minuman buah cuka epal dengan anggur koncord dan perisa acai yang bebas gluten. Hal ini kerana, syarikat ini amat menjaga kesihatan penggunanya sejak pengasasnya pada tahun 1912. Paul C. Bragg, pengasas Health Food Stores di Amerika, mengasaskan syarikat ini, yang kini dikendalikan oleh anak perempuannya Patricia Bragg, yang terus kekal menghasilkan produk kesihatan semulajadi. Minuman ini akan membantu anda menggalakkan anti keradangan dan antioksidan kulit.

SURYA’S Apple Cider Vinegar with Natural Honey 450ml

RM30.00

Surya’s Apple Cider Vinegar with Natural Honey adalah minuman cuka epal yang dirumus khas dengan 100% pemanis semulajadi iaitu madu yang dapat memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan anda yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan seharian. Madu adalah sumber makanan yang kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Misalnya, mempunyai kalsium yang diperlukan untuk menguatkan tulang dan mengandungi zat besi yang membantu sistem peredaran darah anda.

BRAGG Lemon White Apple Cider Vinegar 473 ml

RM107.24

Bragg Lemon White Brother Namesake Fizzy Apple Cider Vineger adalah produk miniman cuka buah epal dengan lemon yang asal dari negara Amerika Syarikat. Minuman cuka buah ini adalah amat rendah dalam kalori, tanpa lemak dan tanpa pengubahsuaian genetik tumbuhan (Non-GMO). Ini amat sesuai untuk golongan yang ingin mengurangkan berat badan dan mengekalkan kecantikan. Selain itu, ini juga amat sesuai untuk golongan yang sering sibuk dalam pekerjaan, tanpa masa untuk bersenam untuk membuang tosik dari badan mereka dengan mudah.

ROOT’S Lemon Ginger Garlic Apple Cider Honey Juice 300ml 

RM38.00

Root’s Lemon Ginger Apple Cider Vinegar Juice terdiri daripada ramuan Tradisional Cuka Lemon, Halia, Bawang Putih dan Cuka Epal. Ia menggabungkan bahan-bahan semula jadi yang tinggi sifat antioksidan dan anti-radang. Lemon mengandungi Magnesium yang boleh membantu mengaturkan degupan jantung. Ia juga mengandungi kalium untuk membantu fungsi tisu, sel dan organ dengan betul. Cuka Apple Cider terkenal dari generasi ke generasi untuk membersihkan arteri dengan berkesan, membantu badan untuk menyingkirkan penumpukan dan sisa toksik yang tidak diingini. Cuka ini juga terkenal dengan faedah pencernaan, kolesterol, penurunan berat badan dan peningkatan sistem imuniti.

BRAGG Organic Pomegranate Wolfberry Flavor Apple Cider Vinegar 473ml

RM62.40

Bragg Organic Pomegranate Wolfberry Flavor Apple Cider Vinegar Beverage adalah minuman buah cuka epal dengan buah delima. Minuman ini adalah sesuai untuk golongan yang suka rasa yang kaya dengan buah-buahan semulajadi. Buah delima adalah sangat baik kepada kesihatan anda kerana ia mempunyai pelbagai vitamin dan kandungan anti oksida yang tinggi. Misalnya, buah delima mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar yang memenuhi keperluan harian seseorang.

BONGIORNO Organic Apple Cider Vinegar Berries and Pomegranate 500ml

RM24.00

Bongiorno Organic Vinegar Drink adalah minuman cuka yang menyegarkan yang diperbuat dengan cuka sari apel yang tidak ditapis, yang dikenali sebagai “Mother”. Dengan rasa delima dan buah beri, Monari Bongiorno Organic Berry dan Pomegranate mempunyai rasa cerah dengan kemanisan yang semula jadi. Minuman ini adalah baik kepada kesihatan anda dengan kandungan pelbagai vitamin dan anti-oksida yang tinggi. Terutamanya, Pomegranate yang mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi.

error: Content is protected !!