Now Reading
Buah naga: Bagaimana buah ini memberi khasiat kepada tubuh anda?

Buah naga: Bagaimana buah ini memberi khasiat kepada tubuh anda?

Buah naga: Bagaimana buah ini memberi khasiat kepada tubuh anda?

Buah naga adalah buah tropika yang semakin popular sejak kebelakangan ini. Walaupun ramai menikmatinya kerana penampilan dan rasanya yang unik, ada bukti menunjukkan bahawa ia juga boleh memberikan manfaat kesihatan kepada kita.

Seterusnya, buah naga diberi nama sebegitu disebabkan penampilannya yang agak mirip dengan ‘artichoke’ dengan “sisik” runcing di sekitar buah berbentuk bujur yang mengingatkan pada seekor naga.

Buahnya mempunyai empat jenis; tiga berkulit merah jambu, satu dengan isi putih, satu dengan isi merah, dan yang ketiga dengan isi ungu. Variasi keempat pula mempunyai kulit kuning dengan isi putih. Kesemuanya mempunyai biji hitam kecil yang boleh dimakan, seperti buah kiwi.

Penampilannya yang unik sangat sesuai untuk dimakan begitu sahaja, tetapi buah ini ini sesuai dijadikan minuman ‘cocktails’. Bergantung pada jenis dan asal usulnya,  harganya mungkin sedikit mahal.

Maklumat nutrisi

Maklumat pemakanan berikut diberikan oleh USDA bagi satu hidangan 6-ons (170g) buah naga yand dipotong dadu.

  • Kalori: 102
  • Lemak: 0g
  • Sodium: 0mg
  • Karbohidrat: 22g
  • Serat: 5g
  • Gula: 13g
  • Protein: 2g

Manfaat kesihatan buah naga

Seperti kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran, buah ini juga mengandungi serat, vitamin, mineral dan antioksida yang mempunyai kualiti yang bermanfaat.

1. Membantu melawan penyakit kronik

Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang boleh menyebabkan kerosakan sel, serta menyebabkan keradangan dan penyakit. Salah satu cara untuk mengatasi ini adalah dengan memakan makanan yang kaya dengan antioksida seperti buah naga.

Antioksida berfungsi dengan meneutralkan radikal bebas, sehingga dapat mencegah kerosakan dan keradangan sel. Kajian menunjukkan bahawa diet tinggi antioksida dapat membantu mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser, diabetes dan artritis.

2. Mengurangkan keradangan

Buah naga kaya dengan flavonoid, iaitu salah satu daripada banyak jenis antioksida yang dapat membantu memperbaiki kerosakan sel disebabkan oleh tekanan oksidatif dan mengurangkan keradangan. Ini justeru dapat membantu tubuh melawan beberapa penyakit kronik.

3. Menguruskan gula dalam darah

Dalam empat kajian yang dibuat, buah ini dapat mengurangkan kadar gula darah pada pesakit pra-diabetes. Bagi diabetes jenis 2, buah naga dilihat tidak memberikan hasil yang signifikan, tetapi mempunyai kecenderungan untuk memberi kesan positif pada kadar glukosa darah dengan dos buah naga yang lebih tinggi. Namun, lebih banyak kajian diperlukan untuk menyimpulkan kesan buah naga terhadap kadar glukosa darah.

4. Menguatkan sistem imun anda

Keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan ditentukan oleh beberapa faktor yang berbeza, termasuklah kualiti makanan anda. Vitamin C dan karotenoid pada buah naga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mencegah jangkitan dengan melindungi sel darah putih anda dari menjadi rosak.

Sebagai antioksida yang kuat, vitamin C dan karotenoid juga dapat meneutralkan radikal bebas dan mempertahankan sel darah putih anda dari ancaman bahaya.

5. Meningkatkan tahap zat besi yang rendah

Buah naga adalah salah satu daripada beberapa buahan segar yang mengandungi zat besi. Zat besi memainkan peranan penting dalam mengangkut oksigen ke seluruh badan. Malah, ia juga memainkan peranan penting dalam memecah makanan menjadi tenaga.

Untuk mengatasi kadar zat besi yang rendah, ianya penting untuk mengambil pelbagai makanan yang kaya dengan zat besi. Ia mungkin merupakan pilihan hebat lain, kerana satu hidangannya mengandungi 8% daripada pengambilan harian (RDI) yang disyorkan. Ia juga mengandungi vitamin C, yang membantu tubuh anda menyerap zat besi.

6. Meningkatkan kesihatan pencernaan

Serat membantu meningkatkan rasa kenyang, membantu dalam proses pencernaan dan keteraturannya, serta dapat membantu menurunkan kolesterol darah. Garis panduan FDA semasa mengesyorkan pengambilan 28 gram serat setiap hari. Serat boleh memberikan banyak manfaat kesihatan termasuk penurunan risiko bagi beberapa jenis kanser, obesiti, penyakit kardiovaskular dan diabetes.

Walaupun tiada kajian yang mengaitkan buah naga dengan keadaan ini, kandungan seratnya yang tinggi dapat membantu anda memenuhi nilai harian yang disyorkan. Namun, ianya adalah penting untuk ingat bahawa diet serat tinggi dapat memberi kesan buruk, terutama jika anda sedang mengamalkan diet rendah serat.

Kesan buruk buah naga

Secara keseluruhan, buah naga nampaknya adalah selamat untuk diambil. Walau bagaimanapun, individu mungkin mengalami reaksi alergi dalam beberapa kes yang jarang berlaku. Gejala yang dilaporkan termasuk gatal, kulit merah, bengka, dan gatal-gatal yang teruk.

Sekiranya anda mengesyaki mempunyai alergi terhadap buah naga, hubungi doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Jika anda atau seseorang yang berada berdekatan anda mengalami reaksi teruk setelah memakan buahnya, telefon 911 secepatnya.

Bagaimana untuk memakannya?

Anda hanya boleh memakan isi buah naga, bukan kulitnya. Untuk  mengupasnya, sudah cukup dengan potong dan kupas kulitnya ke belakang. Anda juga boleh mengeluarkan kulit dari keseluruhan buah dengan pisau atau memotong buahnya menjadi separuh dan mengambil isi dengan sudu.

Buah naga paling baik dimakan secara mentah, tetapi anda boleh menambahkannya dalam hidangan lain. Nikmatinya secara sendiri atau tambahkan ke dalam:

  • ‘Cocktails’
  • Pencuci mulut
  • Hidangan ikan, terutama ikan kod, tuna dan mahimahi
  • Salad
  • ‘Smoothie’

Buah naga yang masak boleh disimpan pada suhu bilik selama beberapa hari. Atau, simpan di dalam peti sejuk iaitu dalam beg plastik. Elakkan memotong buah sehingga anda siap memakannya. Setelah dipotong, ia hendaklah disejukkan dalam bekas kedap udara. Sekiranya buah naga anda mulai berubah menjadi coklat atau menjadi lembik, buangnya terus.

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/dragon-fruit

https://www.thespruceeats.com/dragon-fruit-overview-nutritional-information-3217090

https://www.verywellfit.com/dragon-fruit-calories-carbs-nutrition-facts-4172559

https://health.clevelandclinic.org/get-to-know-the-incredible-edible-dragon-fruit/

error: Content is protected !!