Apakah itu buah pinggang
Buah pinggang atau ginjal adalah organ fungsi utama bagi sistem urin. Ia adalah penting dalam fungsi homeostatik seperti pengaturan elektrolit, pemeliharaan keseimbangan asid-alkali dan pengaturan tekanan darah (dengan menjaga keseimbangan garam dan air). Di samping itu, buah pinggang berfungsi sebagai penyaring darah secara semula jadi dan membuang sisa yang dikeluarkan melalui air kencing.
Anatomi buah pinggang
Buah pinggang adalah sepasang organ berwarna coklat berbentuk kacang dengan ukuran sebesar saiz kepalan tangan anda. Ia ditutupi oleh kapsul ginjal, yang merupakan kapsul tisu penghubung berserat yang mantap. Berpegang teguh pada permukaan setiap organ ini adalah dua lapisan lemak untuk membantu melindunginya.
Seterusnya, organ ini terletak secara ‘retroperitoneally’ (di belakang peritoneum) di perut, iaitu di kedua-dua sisi bahagian vertebra. Belah kanan sering terletak sedikit lebih rendah kerana adanya organ hati. Setiap buah pinggang mempunyai panjang kira-kira tiga vertebra.
Kelenjar adrenal pula duduk lebih tinggi daripada buah pinggang dalam kawasan yang terpisah dari ‘renal fascia’. Organ ini dilitupi dalam lapisan ‘fascia’ dan lemak yang kompleks. Ia disusun seperti berikut:
- Kapsul ginjal – kapsul berserat yang mantap.
- Lemak perirenal – pengumpulan lemak ‘extraperitoneal’.
- Renal fascia (juga dikenali sebagai ‘Gerota’s fascia’ atau ‘perirenal fascia’) – merangkumi organ ini dan kelenjar suprarenal.
- Lemak pararenal – terletak terutamanya pada aspek ‘posterolateral’ buah pinggang.
Bagaimana buah pinggang berfungsi
Fungsi utama organ ini adalah untuk menghilangkan cairan berlebihan dalam tubuh, garam dan produk sampingan metabolisme. Ini justeru menjadikannya sebagai kunci dalam pengaturan keseimbangan asid-alkali, tekanan darah, dan banyak parameter homeostatik yang lain.
Tugasnya adalah untuk menyaring darah anda. Ia membuang sisa, mengawal keseimbangan cecair badan dan menjaga tahap elektrolit yang tepat. Semua darah di dalam badan melaluinya beberapa kali sehari.
Darah masuk ke dalam organ, bahan sisa dikeluarkan, serta kadar garam, air dan mineral pula disesuaikan jika diperlukan. Darah yang disaring kemudian masuk semula ke dalam badan. Bahan buangan berubah menjadi air kencing, yang terkumpul di pelvis organ iaitu struktur berbentuk corong yang mengalirkan saluran dipanggil ureter ke pundi kencing.
Anda mempunyai dua buah pinggang, masing-masing berukuran kepalan orang dewasa, yang terletak di kedua-dua belah tulang belakang tepat di bawah tulang rusuk. Walaupun ia kecil, ia melakukan banyak fungsi yang kompleks dan penting bagi menjaga keseimbangan badan. Antaranya, organ ini:
- Membantu membuang sisa dan cecair berlebihan
- Menapis darah, menyimpan sebatian sambil membuang bahan buangan lain
- Mengawal pengeluaran sel darah merah
- Menghasilkan vitamin yang mengawal pertumbuhan
- Melepaskan hormon yang membantu mengawal tekanan darah
- Membantu mengatur tekanan darah, sel darah merah dan jumlah nutrien tertentu dalam tubuh, seperti kalsium dan potassium
Masalah kesihatan biasa berkaitan buah pinggang
Dengan semua fungsi penting yang dilakukan oleh organ ini dan toksin yang mereka hadapi, buah pinggang lebih mudah terdedah kepada pelbagai masalah.
Beberapa keadaan ini termasuk:
- Penyakit buah pinggang kronik – organ menjadi rosak dan tidak dapat menyaring darah dengan cara yang sepatutnya.
- Kegagalan buah pinggang – penurunan fungsi organ secara tiba-tiba
- Batu karang – ini biasanya terbentuk di organ, tetapi boleh terbentuk di mana sahaja di saluran kencing
- ‘Glomerulonephritis’ – keradangan glomeruli
- Nefritis akut – ini berlaku apabila buah pinggang tiba-tiba meradang
- Penyakit ginjal polisistik – keadaan genetik yang mengakibatkan sista besar di kedua-dua belah organ yang menghalang kerja mereka
- Jangkitan saluran kencing – jangkitan di mana-mana bahagian sistem kencing seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan uretra
- ‘Caliectasis’ – keadaan yang mempengaruhi ‘calyces’ di buah pinggang anda
- Acidosis – proses yang menyebabkan peningkatan tahap asid dalam darah dan tisu badan yang lain
- Uremia – keadaan di mana badan mempunyai tahap tinggi urea dalam darah
- ‘Hydronephrosis’ – adanya cecair di buah pinggang disebabkan aliran air kencing yang tersekat
- ‘Pyelonephritis’ – bakteria merebak dari pundi kencing ke organ ini dan menimbulkan jangkitan
- Sista buah pinggang – ruang berongga di dalam organ ini yang sering berlaku seiring pertambahan usia
- Sindrom nefrotik – gangguan organ yang menyebabkan badan mengeluarkan terlalu banyak protein dalam air kencing
- Azotemia – keadaan yang berlaku apabila organ ini telah rosak akibat penyakit atau kecederaan
Cara menjaga buah pinggang anda
Buah pinggang adalah organ penting yang mempengaruhi banyak bahagian badan yang lain, termasuk jantung. Ikuti petua ini agar ia berfungsi dengan cekap:
– Elakkan penggunaan garam tambahan
Makan banyak makanan masin boleh mengganggu keseimbangan mineral dalam darah. Ini boleh menyukarkan organ ini untuk berfungsi dengan baik. Cuba tukarkan makanan yang kepada makanan keseluruhan, seperti:
- buah-buahan dan sayur-sayuran segar
- potongan daging tanpa lemak
- kacang
– Senaman
Tekanan darah tinggi adalah faktor risiko yang diketahui bagi penyakit kronik. Bersenam secara teratur, walaupun hanya 20 minit sehari, dapat membantu mengurangkan tekanan darah.
– Kekal hidrat
Minum banyak air boleh membantu buah pinggang melakukan salah satu fungsi yang paling penting iaitu membuang toksin.
– Gunakan ubat dengan berhati-hati
Mengambil ubat-ubatan tanpa preskripsi secara teratur, seperti ubat anti-radang bukan steroid boleh menyebabkan kerosakan organ ini dari masa ke masa. Bekerjasama dengan doktor untuk mencari alternatif lain jika anda mempunyai keadaan yang memerlukan pengurusan kesakitan, seperti artritis.
SUMBER
https://www.kidney.org/atoz/content/howkidneyswork