Ingin mencari kerja? tapi tidak tahu apa yang perlu dibuat sebelum memohon perkerjaan? Jika anda ataupun rakan anda masih tercari-cari sebarang jawatan kosong, anda digalakan untuk membuat permohonan pekerjaan yang ditawarkan di laman sesawang Jobstreet Malaysia.
Jika anda yang pertama kali memohon jawatan kosong di Jobstreet, berikut ada langkah-langkah memohon perkerjaan di JobStreet Malaysia.
Cara Memohon Kerja Di Jobstreet Malaysia
1. Login Jobstreet Malaysia
Untuk langkah pertama anda harus membuat pendaftaran di laman sesawang Jobstreet Malaysia.
Login atau daftar di https://www.jobstreet.com.my/.
Anda boleh pilih samaada mahu masuk melalui Facebook atau membuat satu akaun khas Jobstreet. Kami menyarankan lebih baik dan lebih bagus untuk anda ialah mendaftar satu akaun khas dengan Jobstreet untuk mendapatkan kerja. Selesaikan semua maklumat yang diperlukan klik pada pilihan butang daftar. Sila isi nama sebenarnya anda dan elakkan memberi nama gelaran yang tidak berkenaan.
2. Pengalaman Kerja
Anda perlu pilih “I have work experience” jika anda mempunyai pengalaman kerja atau pun “I am a student/fresh graduate” jika anda seorang pelajar dan graduan. Selepas itu isi semua maklumat yang diperlukan dan klik pada pilihan butang “Next”.
3. Latar Pendidikan
Kemudian masukkan semua maklumat mengenai latarbelakang Pendidikan anda di ruangan yang disediakan. Isi semua maklumat yang diminta hingga selesai dan seterusnya klik pada pilihan butang Next. Jika langkah ke-2 tadi anda telah memilih “I have work experience” kali ini anda perlu mengisi maklumat pengalaman kerja anda dengan lebih terperinci. Kemudian klik “Complete” jika anda telah selesai mengisi semua maklumat tersebut.
4. Verify akaun Jobstreet anda
Selepas itu, tunggu mesej daripada jobstreet Malaysia di dalam email yang anda daftar pada langkah pertama tadi dan semak. Buka mesej yang diberikan oleh jobstreet tersebut dan klik pada link yang telah diberikan.
5. Kemaskini akaun Jobstreet anda
Muat naik gambar passport anda yang paling clean dan paling terbaik kerana gambar anda akan di review oleh majikan serta maklumat yang lain mengenai diri anda. Perkara yang paling penting adalah resume anda perlu di Muat naik di laman sesawang rasmi jobstreet Malaysia.
6. Mencari Kerja Kosong di Jobstreet
Jika anda telah selesai memuat naik gambar profile anda, sila klik “Search job by Title”, “Skills or Keywords” dan taip jawatan kosong yang anda cari. Anda haruslah memastikan carian anda bersesuaian dengan pengalaman dan keinginan anda serta tetapkan lokasi anda.
Sila klik pada jawatan kosong berdasarkan senarai yang dipaparkan dan tap “APPLY NOW” selepas anda selesai membaca semua responsibilities dan requirements serta berpadanan dengan kelayakan anda. Anda disarankan untuk search dalam lingkungan tempat tinggal atau tempat semasa anda. Ini kerana majikan pastinya lebih cenderung untuk memilih individu(pekerja) yang tinggal berdekatan.
Oleh itu, tempat tinggal anda juga mempengaruhi peluang peratusan anda untuk mendapatkan kerja. Pada bahagian “Min Month Salary” biarkan ianya kosong kerana sesetengah majikan tidak meletakkan range salary dan ini juga penting bagi pencarian mencari kerja. Jika anda meletakkan min range salary contohnya 1500, maka, pilihan yang keluar pun hanya kerja yang menawarkan gaji 1500 dan keatas sahaja. Sedangkan ada syarikat yang menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi cuma mereka tidak meletakkan range salary mereka. Kebiasaannya syarikat seperti ini tiada butang “APPLY NOW” dan hanya meninggalkan email untuk anda apply kerja.
Seterusnya, Pitch. Ramai calon mengabaikan 300 characters pitch ini dan terus klik “submit application” sahaja. Ini sebenarnya bahagian yang wajib untuk para pemohon untuk isi.
Caranya tulis pitch berdasarkan “job description” dan “requirements” yang telah diberikan oleh syarikat tersebut. Kemudian klik pada “Submit Application” setelah selesai menulis pitch tersebut. Selepas itu akan keluar perkataan “Your application has been sent successfully” bermaksud proses permohonan kerja anda melalui jobstreet telah selesai.
Untuk meningkatkan lagi peluang anda supaya dipanggil untuk temuduga, anda perlulah menghantar juga permohonan kerja melalui email dan jika anda lebih rajin sila hantar resume ataupun pos sahaja kepada syarikat tersebut. Sentiasa ‘follow up’ dengan syarikat berkenaan. Supaya majikan nampak kesungguhan anda untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.
Semoga info kali ini memberi manfaat pada anda untuk memohon perkerjaan di Jobstreet
SUMBER:
http://www.mierahassan.com/2017/09/tips-memohon-kerja-di-jobstreet.html?m=1
https://www.kerjaon9.com/2020/01/cara-membuat-permohonan-kerja-di.html?m=1