Now Reading
Bubur Bayi 6 Bulan – Manfaat, Petua dan Resepi !

Bubur Bayi 6 Bulan – Manfaat, Petua dan Resepi !

Bubur bayi 6 bulan

Bayi berumur 6 bulan dan keatas perlu diberi makanan bagi penggantian penyusuan secara beransur-ansur bagi mendapatkan nutrien secukupnya yang diperlukan oleh bayi yang sedang membesar. Bubur adalah makanan pertama yang terbaik yang dapat memberikan khasiat yang tepat kepada bayi 6 bulan keatas

Bayi diberikan makanan pejal selain susu ibu atau susu formula dari usia 4 bulan. Walaubagaimanapun, doktor mengesyorkan usia yang tepat bagi menggantikan susu ibu kepada makanan pejal adalah pada usia 6 bulan mengikut standard World Health Organization (WHO).

Apakah yang dimaksudkan dengan bubur?

Bubur adalah hidangan yang terbuat daripada biji-bijian hancur yang direbus dengan air atau susu. Untuk menghasilkan rasa manis, gula atau madu ditambah ke dalam masakan. Dan untuk menjadikan hidangan lebih enak dan pelbagai, buur tersebut bolehlah ditambah sedikit rempah dan sayur-sayuran.

Kebaikan Bubur kepada Bayi 6 bulan

  1. Memenuhi semua keperluan nutrien bayi sehingga membantu untuk perkembangan secara keseluruhan.
  2. Memberikan bayi merasa lebih kenyang dalam jangka masa yang lebih lama serta membantu mengelakkan bayi dari perut berasa kosong.
  3. Membantu bayi dalam melakukan pergerakan usus yang normal.

Makanan Pertama yang lebih baik daripada bijirin beras untuk bayi

Apabila bayi mula mendapatkan pepejal, sangat penting bahawa makanan yang diberikan kaya dengan zat besi. Hal ini kerana bayi dilahirkan dengan simpanan zat besi yang mulai berkurang pada usia enam bulan jika mereka diberikan susu. Bayi memerlukan 11 miligram zat besi setiap hari untuk pertumbuhan dan perkembangan normal mereka. Zat besi amat penting untuk kesihatan otak dan pengeluaran sel darah merah.

Walaupun bijirin beras diperkaya dengan zat besi, namun zat tersebut tidak menyerap dengan baik. Besi heme yang terdapat dalam daging dan ikan mudah diserap, sementara besi heme yang terdapat dalam bijirin beras yang diperkaya seperti kacang, pasta dan sayuran hijau adalah lebih sukar untuk diserap.

Tambahan pula, beras mengandungi kadar arsenik, bahan kimia yag secara semula jadi menyerap dari tanah dan air tanah. Hal ini adalah baik untuk memberi bayi beberapa kali seminggu sajian dari bijirin beras. Namun pengambilan arsenik yang berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada system imun bayi.

Terdapat banyak lagi pilihan makanan yang kaya dengan zat besi yang b oleh diberikan kepada bayi kita. Bayi akan mendapat zat besi paling banyak dari daging walaupun daging mengandungi mineral yang sedikit. Oleh itu, adalah lebih baik memasukkan pelbagai makanan kaya dengan zat besi untuk memenuhi keperluan bayi untuk mendapatkan mineral dan nutrien yang cukup. Berikut merupakan beberapa pemilihan makanan yang hebat untuk bayi anda:

  • Daging Merah (0.5 hingga 0.8 mg zat besi per auns)

Bayi belum mempunyai gigi geraham, oleh itu daging yang diberikan perlulah lembut dan mudah untuk dikunyah. Daging yang disajikan perlulah dikisar halus bagi memudahkan pencernaan bayi.

  • Kuning Telur (1 mg zatt besi setiap kuning telur)

Sebilangan bayi tidak enyukai kuning telur rebus yang sangat kering, jadi cubalah ditambah dengan sedikit susu ibu, susu formula, yogurt atau sayuran lain. Selain dari itu, para ibu juga boleh memasak kuning telur hancur dan disajikan bersama makanan lain.

  • Kacang (1 hingga 2 mg zat besi per cawan

Buncis dan kacang kaya dengan zat besi bukan heme dan merupakan sumber protein yang baik. Sekiranya anda membeli kacang dalam tin, pilih varieti “tanpa garam”. Pure kacang yang dimasak dalam pengisar (baby hummus), Atau sajikan keseluruhannya jika bayi anda mempunyai kawalan jari yang baik dan boleh mengambilnya secara individu.

Sumber:

https://www.todaysparent.com/baby/baby-food/first-foods-to-give-your-baby-that-are-better-than-rice-cereal/

https://www.totsandmoms.com/porridges-for-babies-benefits-tips-and-recipes/

error: Content is protected !!