Ubat Gigi Organik Bersertifikat Buds yang khas untuk kanak-kanak ini diperbuat daripada bahan-bahan yang bebas pengawet, formulasi daripada bahan semula jadi dan bahan aktif tumbuhan untuk membersihkan dan melindungi gigi anak anda dengan berkesan.
Ubat gigi yang bersifat ultra ringan ini diformulasikan menggunakan kombinasi pembersih yang dihasilkan secara semula jadi iaitu jel daun Aloe Vera dan Silica untuk membersihkan gigi dengan sangat lembut. Jel daun Aloe Vera juga dapat bertindak untuk menenangkan gusi dan berfungsi secara aktif dengan biji Asid Phytic dan Xylitol yang berasal dari tumbuhan untuk memberikan pertahanan yang kuat terhadap rongga gigi.
Selain itu, ubat gigi ini selamat digunakan kanak-kanak kerana tidak mengandungi bahan Fluorida, jadi ia selamat jika tertelan oleh anak-anak ketika memberus gigi. Anak-anak juga pasti akan senang hati untuk memberus gigi kerana ubat gigi ini mengandungi rasa yang berasal dari sumber semula jadi dan minyak pati. Ubat gigi ini sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 1-3 tahun.
Perisa yang ditawarkan:
- Perisa Strawberi
2. Perisa Beri Hitam
3. Perisa Pappermint
4. Perisa Epal Hijau
Ciri-ciri produk:
- Sifat organik yang diperakui oleh Ecocert
- Bebas bahan pengawet
- Bebas fluorida
- Perisa dari ekstrak buah semula jadi
- Selamat sekiranya tertelan secara tidak sengaja
Bahan dari Pertanian Organik:
- 100.0% daripada keseluruhan ramuan berasal dari Natural Origin
- 30.0% daripada keseluruhan ramuan berasal dari Pertanian Organik
- 99.3% ramuan tanaman berasal dari Pertanian Organik
Cara Penggunaan Produk:
Gosok gigi dan gusi selama dua hingga tiga minit dengan pergerakan bulat. Untuk mengelakkan anak-anak menelan ubat gigi terlalu banyak, disarankan agar menggunakan kuantiti ubat gigi berukuran kacang sahaja dan awasi berus gigi anak-anak agar tidak terjatuh. Setelah selesai memberus gigi, bilas mulut sehingga bersih. Untuk meminimumkan menelan, gunakan jumlah berukuran kacang dan awasi menyikat. Bilas mulut sehingga bersih.