Pembersih harian kulit bayi daripada Buds ini sangat sesuai digunakan untuk bayi yang sedang membesar. Gabungan bahan berasaskan asid amino, gula, dan aloe vera dapat menenangkan menghidratkan kulit bayi agar sentiasa lembut dan lembab setiap masa. Selain melembabkan kulit bayi, ia juga dapat membersihkan serta merawat kulit bayi anda yang sedang mengalami tumbesaran. Produk ini sesuai digunakan oleh bayi yang berumur dalam lingkungan 0-6 bulan.
Ciri Produk:
- Produk organik yang diperakui oleh Ecocert
- Bebas dari bahan kimia berbahaya
- Selamat, Ringan dan Berkesan
Bahan dari Pertanian Organik:
- 99.6% dari keseluruhan ramuan berasal dari Natural Origin.
- 21.5% daripada keseluruhan ramuan adalah dari Pertanian Organik.
- 99.3% ramuan tanaman berasal dari Pertanian Organik.
Cara penggunaan:
Campurkan cecair pembersih bersama air mandian bayi yang suam supaya bayi kekal selesa ketika dibersihkan. Kemudian sediakan kain bersih untuk dijadikan kain pengelap badan bayi menggunakan air mandian yang telah dicampurkan cecair pembersih tersebut. Lapkan badan bayi bermula dari kepala bayi sehingga ke bahagian bawah badan bayi.
Mengapa cecair pembersih daripada Buds selamat digunakan untuk bayi?
Buds hanya menggunakan bahan organik dan asli, manakala penggunaan bahan kimia dan berbahaya adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam pengeluaran produk. Antara bahan-bahan kimia dan tidak dibenarkan tersebut adalah seperti:
- Natrium Lauril Sulfat (SLS)
- Natrium Laureth Sulphate (SLES)
- Steroid
- Parabens
- Minyak Mineral
- PEG Petrokimia
- Fenoksietanol
- Formaldehid
- Warna Buatan
- Wangian Buatan
- Bahan yang Diuji pada Haiwan
Jadi, produk cecair pembersih daripada Buds ini selamat digunakan pada bayi kerana tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya seperti di atas.
Kepentingan Penjagaan Kulit Bayi
Kulit bayi anda tidak hanya lembut, ia juga merupakan pelindung unik dan penting dari dunia luar. Kulit bayi anda memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan diri mereka dan sebagai ibu bapa kita wajib mempertahankannya daripada sebarang kerengsaan, kuman dan bakteria. Kulit juga bertindak untuk mengatur suhu dalaman bayi anda agar tidak mudah terkena penyakit. Kulit bayi jauh lebih sensitif dan jauh berbeza dengan kulit orang dewasa. Ia mungkin kelihatan sempurna, tetapi sangat halus sehingga memerlukan penjagaan khas tambahan sepanjang tahun-tahun pertama tumbesaran mereka.
Kesan jika kulit bayi tidak dijaga dengan baik:
Jerawat Bayi
Jerawat bayi berlaku pada kira-kira 20% daripada semua bayi dan kemungkinan muncul jerawat, whiteheads atau ruam kecil. Jerawat bayi secara amnya dapat sembuh pada saat bayi anda berumur enam bulan hingga satu tahun. Walau bagaimana pun, jika anda tidak peka terhdapat kesihatan kulit bayi anda, ia mungkin akan menjadi masalah kulit byai yang serius sehingga memerlukan rawatan daripada doktor kesihatan.
Kulit Mengelupas
Anda mungkin memperhatikan bahawa kulit bayi anda yang baru lahir sedikit mengelupas terutama pada bahagian telapak tangan, tapak kaki dan pergelangan kaki, namun selepas beberapa hari pengelupasan tersebut akan hilang. Anda boleh meminta nasihat daripada profesional kesihatan jika ingin menggunakan salap bayi atau pelembap kulit bayi.
Kulit berkerak
Sebilangan bayi mengalami kulit berkerak atau dermatitis seborrheic iaitu keadaan kulit yang kelihatan seperti tompok berkerak atau bersisik pada kulit kepala atau kening. Ia adalah keadaan yang sangat biasa yang mungkin bermula pada beberapa minggu pertama dan biasanya berlanjutan selama beberapa minggu atau bulan.
Mujur sekali ia akan sembuh sepenuhnya ketika bayi anda berusia antara lapan hingga dua belas bulan. Untuk membantu mengurangkan kulit berkerak anda boleh mengurutkan pelembab atau minyak secara lembut pada kulit bayi untuk melembutkan kerak. Tunggu beberapa minit, kemudian sisir dengan lembut untuk menghilangkan serpihan kerak.
Ruam Lampin
Sebilangan besar bayi kerap mengalami ruam lampin kerana kulit mereka yang sensitif. Untuk mengelakkan perkara ini, sebagai ibu bapa harus kerap menyapukan losyen bayi supaya tidak mengalami kekeringan atau kerengsaan. Sekiranya ibu bapa mempunyai kerisauan terhadap masalah ruam anak, disarankan agar segera berjumpa dengan doktor pakar kesihatan bayi.