Now Reading
Bukit Gasing, Lokasi Mendaki Di Tengah Bandar

Bukit Gasing, Lokasi Mendaki Di Tengah Bandar

Bukit Gasing, Lokasi Hiking Di Tengah Bandar

Hutan Simpan Bukit Gasing adalah tanah seluas 100 hektar yang dipenuhi dengan kehijauan dan ia memisahkan bandar Petaling Jaya dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Suatu ketika dahulu, ia merupakan ladang getah tetapi dalam masa 60 tahun, kuasa pemulihan alam semulajadi yang menakjubkan telah mengubah landskapnya secara menyeluruh. Kini, taman tersebut adalah pangkalan bagi hutan sekunder termasuklah pokok-pokok besar yang cantik dan menghijau.

Dikelilingi kawasan yang didiami ramai, lokasi ini adalah tempat yang terkenal bagi penduduk berdekatan untuk bersenam dan beriadah.

Apa yang menariknya, terdapat beberapa laluan Hiking di sekelilingnya yang disesuaikan dengan semua tahap tenaga dan kecergasan.

Di salah satu laluan Hiking yang pertama di Bukit Gasing, terdapat kuil Hindu dan bangunan komunikasi yang sangat besar di atas bukit bersebelahannya. Selain itu, ada juga jambatan gantung bagi memudahkan perjalanan pengunjung. Namun, laluan Hiking di Bukit Gasing ini agak mencabar kerana terdapat banyak cabang. Jadi, adalah penting untuk melihat peta yang disediakan di laluan masuk Bukit Gasing terlebih dahulu.

Puncak yang paling tinggi di taman ini adalah setinggi 160 meter. Ini menjadikannya sebagai bukit ‘bayi’ jika dibandingkan dengan bukit-bukit lain di serata Malaysia. Walau bagaimanapun, beberapa kawasan di taman ini mempunyai lereng yang agak curam seperti Abu Baker Slope. Namun begitu, ia merupakan lokasi yang sesuai bagi melakukan latihan yang lebih mencabar. Secara purata, masa yang diambil untuk Hiking di Bukit Gasing bagi seseorang individu adalah selama 1 jam 45 minit. Bangku-bangku kosong disediakan di sepanjang laluan jika anda perlu berehat.

Apa yang perlu dibawa?

Anda digalakkan untuk membawa air sendiri. Selain itu, taman ini terdapat banyak nyamuk bersaiz besar sehingga anda boleh merasakan kehadirannya jika ia berada di atas kulit anda. Pastikan anda menggunakan produk penghalau serangga yang kuat. Pakai pakaian berlengan panjang bersama seluar panjang bagi mengelakkan serangan nyamuk.

Tips Mendaki Bukit Gasing

Taman ini agak sibuk di waktu petang dan hujung minggu. Pilihlah waktu yang sesuai buat anda.

Pakai kasut hiking yang sesuai kerana beberapa kawasan agak mencabar oleh kerana lumpur dan lereng-lereng yang agak curam dan licin.

Terdapat jambatan gantung di salah satu laluan Hiking dan anda dinasihatkan untuk datang dengan pundi kencing yang kosong dan air minuman sendiri kerana tiada sebarang kemudahan di tempat tersebut.

  • Jarak laluan Hiking: 4 meter
  • Tempoh masa: 1 hingga 2 jam bergantung kepada laluannya
  • Bayaran masuk: Percuma

Bagaimana untuk pergi ke Bukit Gasing?

Untuk sampai ke laluan permulaan Bukit Gasing, anda boleh mencari alamat ini dalam Waze atau Google Map:

Jalan Tanjong 5/4. Seksyen 5, Bukit Gasing, Petaling Jaya

SUMBER

https://www.alltrails.com/trail/malaysia/selangor/bukit-gasing

error: Content is protected !!