Pengenalan
Calin Forte memainkan peranan yang sangat penting dalam badan. Ia diperlukan untuk fungsi normal saraf, sel, otot dan tulang. Pengambilannya diperlukan untuk membina dan menjaga tulang yang kuat.
Kegunaan Calin Forte
Calin Forte digunakan bertujuan untuk merawat masalah kekurangan vitamin D, osteoporosis, hipokalsemia, hipofosfatemia, kesihatan kardiovaskular, cirit-birit, penyakit Wilson, jerawat, kehilangan penglihatan berkaitan faktor usia, anemia dan keadaan lain. Malah, ia juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.
Seterusnya, ia berfungsi dengan menyembuhkan kelemahan tulang dan penyerapan yang lebih baik, mengatur pengangkutan cecair usus, integriti mukosa, imuniti, ekspresi gen dan tekanan oksidatif serta merangsang pengangkutan kalsium di bahagian usus.
Kesan sampingan Calin Forte
Berikut adalah senarai kesan sampingan yang mungkin berlaku disebabkan semua bahan aktif yang terkandung dalam Calin Forte. Tetapi, ini bukanlah senarai yang komprehensif. Kesan sampingan ini mungkin berlaku, tetapi tidak selalu berlaku.
Sebilangan kesan sampingan mungkin jarang berlaku tetapi serius. Rujuk doktor anda jika anda melihat kesan sampingan berikut, terutamanya jika ia tidak hilang.
- Batu karang
- Loya
- Sembelit
- Muntah yang serius
- Gangguan pada irama jantung
- Denyutan jantung perlahan
- Gas atau kembung
- Muntah
- Hilang selera makan
- Kejang perut
- Cirit-birit
- Sakit kepala
- Tahap kalsium tinggi dalam darah
- ‘Creatinine’ darah meningkat
- Sakit perut
- Muntah
- Jangkitan saluran kencing
- Selera makan berkurangan
- Ruam
- Kelemahan
- Mengantuk
- Mulut kering
- Sakit otot
- Sakit tulang
- Rasa logam
- Anoreksia
Selain itu, Calin Forte juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak disenaraikan di sini.
Interaksi Calin Forte
Sekiranya anda menggunakan ubatan lain pada masa yang sama, kesan Calin Forte mungkin akan berubah. Ini boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat kesan sampingan atau menyebabkan ubat anda tidak berfungsi dengan baik.
Beritahu doktor tentang semua ubat, vitamin dan suplemen herba yang anda gunakan, supaya doktor dapat membantu anda mencegah atau menguruskan interaksi ubat. Calin Forte boleh berinteraksi dengan ubat dan produk berikut:
- Acetaminophen
- Amlodipine
- Asid askorbik
- Aspirin
- Atorvastatin
- Carvedilol
- Clopidogrel
- Cyanocobalamin
- Docusate
- Duloxetine
Kontraindikasi Calin Forte
Calin Forte dikatakan mempunyai kontraindikasi bagi keadaan pemulihan jantung dengan adanya fibrilasi ventrikel atau pada pesakit dengan risiko adanya ketoksikan digitalis.
Beritahu doktor jika anda alah kepada sebarang ubat. Beberapa ubat seperti phenytoin, phenobarbital, prednisone dan beberapa laksatif boleh mempengaruhi keadaan sedia ada. Maklumkan kepada doktor jika anda mempunyai penyakit buah pinggang atau hati, hamil atau merancang untuk menjalani pembedahan termasuk prosedur pergigian.
Calin Forte dan kehamilan
Kajian pembiakan haiwan telah menunjukkan kesan buruk pada janin dan tiada kajian yang mencukupi dan terkawal pada manusia, tetapi manfaat Calin Forte yang berkemungkinan mungkin boleh digunakan pada wanita hamil walaupun terdapat risiko.
Dos Calin Forte
Ambil ubat ini secara oral dengan makanan. Sekiranya produk anda mengandungi kalsium sitrat, maka ia boleh diambil dengan atau tanpa makanan. Ikuti semua arahan pada bungkusan produk, atau ambil seperti yang diarahkan oleh doktor anda.
Bagi penyerapan terbaik, jika dos harian anda melebihi 600 miligram, maka bahagikan dos dan ambil mengikut tempoh sepanjang hari. Sekiranya anda tidak pasti mengenai apa-apa maklumat, berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.
Sekiranya anda menggunakan produk yang boleh dikunyah, kunyah sebelum menelannya. Jika anda menggunakan tablet yang boleh larut pula, biarkan tablet larut sepenuhnya dalam segelas air sebelum meminumnya. Jangan kunyah atau telan tablet secara keseluruhan.
Selanjutnya, jika anda menggunakan produk cecair atau serbuk, ukur ubat dengan sudu atau alat pengukur dos untuk memastikan anda mendapat dos yang betul. Jangan gunakan sudu isi rumah. Sekiranya produk cecair adalah jenis ‘suspension’, goncangkan botol dengan baik sebelum setiap dos.
Gunakan ubat ini secara berkala untuk mendapatkan manfaat yang maksimum. Bagi membantu anda mengingati jadual ubat, ambil pada masa yang sama setiap hari.
Sekiranya doktor mengesyorkan agar anda mengikuti diet khas, ianya adalah sangat penting untuk mengikuti diet agar mendapatkan manfaat yang maksimum dari ubat ini serta untuk mengelakkan kesan sampingan yang serius. Jangan ambil makanan tambahan / vitamin lain kecuali jika diperintahkan oleh doktor anda.
SUMBER
https://www.ndrugs.com/?s=calin%20forte
https://www.tabletwise.com/calin-forte-tablet
https://www.medplusmart.com/product/CALIN-FORTE-TAB/CALI0050