Now Reading
Cameron Highland: 10 Aktiviti yang Wajib Dibuat

Cameron Highland: 10 Aktiviti yang Wajib Dibuat

cameron highland

Cameron Highland adalah sebuah kawasan cantik terletak di negeri Pahang dan bertapak sejak abad ke-19. Namanya diambil dari Sir William Cameron.

Beliau ialah seorang penjajah British yang membina dan memodelkan tempat ini selepas sebuah kampung Inggeris dikonvesionalkan. Ianya ditubuhkan untuk memberi penangguhan kepada penduduk yang berada di dataran rendah sepanjan musim panas.

Tempat ini bagi orang rasa seronok dengan suasana nyaman dan pengaruh Inggeris yang boleh dilihat sekitar kawasan. Seluas 70,000 ekar, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini.

Kalau anda seorang pencinta alam yang ingin meredah hutan atau mendaki bukit, Bukit Brinchang merupakan tempat mendaki terkenal di sini. Jom tengok apa yang kita boleh buat di Cameron Highland.

1. MENDAKI BUKIT BRINCHANG

Cara biasa untuk sampai ke puncak adalah memandu di mana keterujaan dan rasa takut akan muncul sepanjang perjalanan ke atas. Bila dah sampai puncak nanti, anda akan jumpa observation tower untuk sajikan mata anda dengan keindahan kawasan sekitar ditemani udara segar.

Lembah cantik yang ditutup dengan lading teh, juga hutan-hutan yang dipenuhi dengan bunga liar jadi berjag-jagalah sepanjang perjalanan ya. Kalau anda sukakan cabaran, boleh lah cuba mendaki meredahi hutan.

2. PASAR MALAM CAMERON HIGHLAND

Selain dari pasar pagi, Cameron Highland ada pasar malam juga tau yang dibuka dari matahari terbenam. Kalau anda nak pergi sini, ianya terletak di Brinchang dan menjual pelbagai jenis barang macam cenderahti, pakaian dan produk dan kraf hasil tangan warga setempat.

Anda juga akan jumpa dengan pelbagai jenis makanan jalanan macam daging barbeku, kalau nak rasa makanan orang sini dengan harga yang murah atau nak beli cenderahati sebagai kenangan, pasar malam lah tempat paling best.

3. JUNGLE TREKKING CAMERON HIGHLAND

Sesiapa yang terpesona dengan kehidupan liar dan flora di Cameron Highland patut keluar dan lihat sendiri, dan cara terbaik adalah dengan meredah masuk kawasan hutan menghijau di sini.

Terdapat banyak jejak di sekitar hutaan yang akan pandu anda ke hutan yang lebat dan lembah yang luas, juga peluang anda untuk tengok bukit berkabus dan air terjun yang cantik.

4. MEMETIK BUAH STRAWBERI

Raau Hill Strawberry Farm di Cameron Highland terkenal kerana mempunyai strawberi paling berjus. Salah satu sebabnya adalah ladang tersebut dibina di kawasan strategik di lembah berkabus, apa pun sebabnya, inilah antara tempat terbaik di bandar untuk memetik buah strawberi.

Sebuah aktiviti menarik buat sesiapa saja yang datang melancong bersama anak-anak, boleh bawa setengah kilo stroberi untuk di makan di rumah. Jangan lupa singgah di kafe berhampiran untuk cuba teh English cream bersama jem stroberi dan juga jus stroberi mereka.

5. BERKUNJUNG KE LADANG TEH BOH

cameron highland

Diasaskan pada tahun 1929, ini merupakan antara jenama teh terkenal di Malaysia. Anda dapat nikmati teres menghijau dan belajar cara teh ditua dan dibesarkan di Ladang Teh Boh ini. Tempat ini adalah puncak percutian di Cameron Highland.

Terdapat sebuah gerai teh terletak berhampiran di mana anda boleh rasa keunikan teh dan beli beberaapa peket sebagai cenderahati melawat. Kat sini tempat yang cantik untuk tangkap gambar pemandangan.

6. BERGAMBAR DI TIME TUNNEL MUSEUM

Ada lebih 10,00 artifak, gambar dan memorabilia, Time Tunnel Museum bagi penghormatan kepada budaya tempatan dan era zaman lampau. Anda boleh dapat dua benda dekat sini, pendidikan dan interaktif.

Posing lah dengan prop di sini sambil minum-minum di kedai kopitiam lama, usahakan dapur nenek takpun bawa basikal vintaj.

7. BELI-BELAH DI CAMERON SQUARE

Anda takkan sangka ada pusat beli-belah di sini, tapi Cameron Square adalah satu-satunya pusat beli-belah yang bertapak di kawasan sejuk ini.

Ia tidaklah sesibuk pusat membeli-belah kat tempat lain, tapi masih banyak benda tempat boleh singgah macam kedai-kedai, restoran dan kafe.

8. TEROKAI MOSSY FOREST YANG MISTERI

cameron highland

Hutan simpan ini sangat unik sampai kena ada seksyennya tersendiri! Hanya beberapa bilangan orang je yang tahu tentang permata zamrud ini, rumah kepada pelbagai spesis eksotik seperti tanaman kendi, pakis dan ramuan perubatan.

Anda akan rasa macam berada di Bumi Tengah Malaysia, berlantaikan lumut. Sebuah filem Malaysia, Puteri Gunung Ledang pernah menggunakan tempat ini sebagai lokasi penggambaran mereka.

9. NIKMATI AISKRIM TAMAN LAVENDER CAMERON HIGHLAND

cameron highland

Lavender berkembang dan mempunyai warna yang pelbagai, jarang ditemui di Malaysia, pemilik tempat ini membuka peluang untuk orang lain saksikan keindahan bunga tersebut.

Kalau bunga lavender di negara lain lebih besar berbanding yang ada di sini. Ada juga kafe yang sediakan aiskrim stroberi atau lavender, kopi, teh dan makanan kudap-kudap. Yuran masuk untuk orang dewasa RM10 je.

10. BEREHAT DI AIR TERJUN LATA ISKANDAR

cameron highland

Air Terjun Lata Iskandar boleh dilihat di jalan utama, terletak di taman terkenal yang menuju ke Cameron Highland daripada Tapah.

Pengunjung selalunya datang ini untuk berendam di dalam kolam, yang dikellilingi dengan air sejuk dari air terjun atas sana. Berhampiran dengan kawasan tersebut juga ada banyak gerai makanan dan kraf tangan.

Senang cakap Cameron Highland ni macam pusat untuk pelbagai jenis aktiviti buat keluarga atau rakan-rakan. Nak pergi air terjun boeh, nak makan sedap-sedap boleh. Petik buah saja dah ada berapa ladang. Seronok kan? Ada banyak lagi tempat menarik yang anda boleh pergi, tapi kita bagi yang ini jelah dulu ya.

Sumber:

https://www.thecrazytourist.com/25-things-to-do-in-the-cameron-highlands-malaysia/

https://www.lokalocal.com/blog/outdoors/cameron-highlands-20-must-do-things-for-first-timers/

error: Content is protected !!