Pengenalan
Campho Phenique adalah ubat tanpa preskripsi yang digunakan untuk merawat luka sejuk dan gigitan serangga. Beberapa produk yang mengandungi pramoxine juga digunakan untuk melegakan kegatalan dan ketidakselesaan secara sementara disebabkan buasir dan masalah lain di kawasan kemaluan/ dubur (seperti fisur dubur, gatal di sekitar faraj/ rektum).
Pramoxine tergolong dalam kelas ubat yang dikenali sebagai anestetik tempatan. Ia berfungsi dengan mengebaskan kulit untuk menyekat rasa sakit dan gatal.
Kegunaan Campho phenique
Campho phenique digunakan untuk melegakan kegatalan dan kesakitan secara sementara yang berlaku disebabkan kerengsaan kulit ringan seperti meleceur/ luka/ geseran ringan, selaran matahari (sunburn), ekzema, gigitan serangga, luka sejuk, atau ruam daripada racun ivy, racun oak atau racun sumac.
Produk ini juga boleh mengandungi bahan lain termasuk pelindung kulit (seperti calamine, zinc asetat, zinc oxide). Oleh itu, jika anda merawat diri sendiri dengan ubat ini, ianya adalah penting untuk membaca arahan pada pakej dengan teliti sebelum anda mula menggunakan produk ini bagi memastikan ianya sesuai untuk anda.
Kesan sampingan Campho phenique
Walaupun jarang berlaku, sebilangan individu mungkin mempunyai kesan sampingan yang sangat buruk dan kadangkala sangat berbahaya disebabkan pengambilan sestengah ubat. Maklumkan pada doktor atau dapatkan bantuan perubatan segera jika anda mempunyai tanda-tanda atau gejala berikut yang mungkin berkaitan dengan kesan sampingan yang sangat buruk.
Tanda-tanda reaksi alahan, seperti ruam, gatal-gatal, kulit merah, bengkak, lecetan, atau tanda mengelupas adalah antara kesan sampingan yang boleh berlaku jika anda alah terhadap ubat tersebut. Selain itu, anda juga mungkin mengalami rasa sesak di dada atau tekak, kesukaran bernafas, menelan, atau bercakap, suara serak yang luar biasa atau pembengkakan mulut, muka, bibir, lidah atau tekak jika ianya bertambah buruk.
Namun begitu, ketahui bahawa ini bukanlah senarai lengkap bagi kesan sampingan penggunaan Campho phenique yang boleh berlaku. Sekiranya anda melihat kesan lain yang tidak disenaraikan di atas, hubungi doktor atau ahli farmasi anda.
Interaksi Campho phenique
Ubat ini juga mungkin berinteraksi dengan ubatan atau masalah kesihatan lain. Oleh itu, maklumkan kepada doktor anda:
- Sekiranya anda mempunyai alergi terhadap kapur barus (champor), phenol, atau bahan lain daripada Campho phenique.
- Sekiranya anda alah kepada ubat, makanan, atau bahan tertentu yang lain. Beritahu doktor mengenai alahan dan tanda-tanda yang anda alami.
- Sekiranya kawasan yang perlu dirawat adalah besar.
Pastikan anda juga memberitahu doktor dan ahli farmasi anda mengenai semua ubat yang anda ambil (sama ada secara preskripsi atau tidak, produk semula jadi, vitamin) dan masalah kesihatan. Anda mesti pastikan bahawa ianya selamat untuk anda gunakan Campho phenique dengan semua ubatan lain dan masalah kesihatan anda. Jangan mulakan, berhenti, atau ubah dos ubat tanpa berjumpa dan mendapatkan kebenaran daripada doktor.
Kontraindikasi Campho phenique
Sebelum menggunakan produk ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah kepada pramoxine atau mana-mana bahan lain yang tertera di pakej produk. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain.
Selain itu, beritahu pada doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda, terutamanya mengenai luka dalaman/ terbuka / tusukan, kulit rosak / melepuh, gigitan haiwan, luka bakar serius.
Sekiranya anda menggunakan produk ini untuk masalah buasir dan pendarahan dari rektum, berhenti menggunakannya dan segera berjumpa doktor. Jangan gunakan pramoxine untuk melegakan masalah kerengsaan kulit pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun kecuali jika diarahkan oleh doktor.
Seperkara lagi, sebelum menjalani pembedahan, beritahu doktor tentang semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat bukan preskripsi dan produk herba).
Campho phenique dan kehamilan
Semasa kehamilan, ubat ini harus digunakan hanya jika diperlukan dengan jelas sahaja. Bincangkan tentang risiko dan faedahnya dengan doktor anda. Ianya tidak diketahui adakah ubat ini boleh meresap masuk ke dalam susu ibu. Jadi, rujuk pada doktor anda sebelum menyusukan bayi.
Dos Campho phenique
Gunakan Campho phenique seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Baca semua maklumat yang diberikan kepada anda dan ikuti semua arahan dengan teliti. Selain itu, pastikan anda tidak mengambil Campho phenique secara oral. Gunakannya pada kulit sahaja dan jauhkan dari mulut, hidung dan mata anda. Ia mungkin boleh menyebabkan kesan melecur.
Basuh tangan anda sebelum dan selepas menggunakannya. Bersihkan bahagian yang terjejas sebelum digunakan. Pastikan ia kering dengan baik sebelum meletakkan lapisan nipis pada bahagian kulit tersebut dan sapukan dengan lembut. Selain itu, jangan gunakan penutup (pembalut) kecuali jika diberitahu oleh doktor.
Apa yang perlu dilakukan jika anda terlepas dos?
Sekiranya anda menggunakan Campho phenique secara berkala, jika anda terlupa terlupa, gunakannya sebaik sahaja anda teringat. Sekiranya ia sudah hampir dengan waktu untuk penggunaan seterusnya, langkau sahaja penggunaan sebelumnya dan gunakan pada jadual seterusnya. Jangan gunakan 2 kali pada masa yang sama atau secara tambahan tanpa pengetahuan doktor anda.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku terlebih dos?
Sekiranya anda berasa seperti berlakunya penggunaan yang berlebihan, hubungi pusat kawalan racun atau dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Bersedia untuk memberitahu atau menunjukkan ubat tersebut, seberapa banyak yang diambil, dan bila ia berlaku.
SUMBER
https://medlineplus.gov/ency/article/002606.htm
https://www.webmd.com/drugs/2/drug-15907/campho-phenique-topical/details
https://www.drugs.com/cdi/campho-phenique.html
https://www.webmd.com/drugs/2/drug-15907/campho-phenique-topical/details