Dapat makan ais krim terutama ketika musim panas pastinya satu adalah satu nikmat. Dengan pelbagai perisa, jenama dan hiasan atas yang boleh didapati di kedai, ais krim menjadi antara makanan kegemaran semua orang yang gemarkan makanan sejuk. Kanak-kanak, remaja mahupun dewasa semuanya menyukainya kecuali mereka yang mempunyai masalah gigi yang sensitif terhadap makanan sejuk.
Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau sejenisnya), digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar. Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Garam membuat air dapat berada di bawah titik beku air tulen.
Walaupun istilah aiskrim sering digunakan untuk menunjuk kepada pencuci mulut beku dan makanan ringan, tapi sebenarnya khas digunakan untuk menunjuk kepeda pencuci mulut beku dan makanan ringan yang terdiri dari lemak susu. Banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, mengehadkan penggunaan istilah tersebut berdasarkan kuantiti kandungan asas makanan tersebut.
Jom lihat beberapa cara buat ais krim versi sihat.
1. Gantikan hiasan atas yang tidak sihat dengan pilihan lain seperti buah-buahan, kacang dan madu.
2. Gunakan susu atau santan rendah lemak yang boleh dijumpai di kedai runcit bagi mengurangkan kadar kalori dalam keseluruhan resipi ais krim anda.
3. Kurangkan bahan-bahan dengan kandungan gula atau garam yang tinggi sekiranya boleh seperti penggunaan susu pekat, susu, gula, keju dan sebagainya.
4. “Bereksperimen” dengan bahan-bahan lebih menyihatkan yang boleh menggantikan bahan dalam resipi asal. Contohnya, serbuk koko bagi menggantikan coklat, stevia atau lakanto sebagai pengganti gula putih, pisang menggantikan krim dan lain-lain lagi.
Baiklah, mari kita cuba beberapa resipi ais krim versi sihat seperti di bawah.
1. Ais krim bersama kismis
Kismis sememangnya adalah makanan berkhasiat yang baik untuk minda serta banyak manfaat kesihatan yang lain. Jadi, tambahkan kismis ke dalam ais krim anda untuk mendapatkan ais krim versi sihat.
Bahan-bahan:
- 1 cawan susu segar (rendah lemak)
- 1 cawan susu cair
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar ovalette
- 1 biji telur
- Segenggam badam
- Segenggam kismis (pilihan)
- Sedikit susu pekat (kurangkan atau tambahkan ikut cita rasa anda)
- Coklat atau perisa lain (pilihan)
Cara penyediaan:
- Jika anda menggunakan kismis, rendamkannya dulu selama sejam sehingga ia sedikit lembut.
- Kemudian, sangai badam sehingga ia agak masak dan keperangan sebelum anda mengisarnya hingga halus.
- Satukan semua bahan tadi dan kisar semua bahan sekejap.
- Apabila kismis sudah hancur, ambil bancuhan dan letakkan ke dalam pemutar kek atau ‘mixer’.
- Putarkan semuanya sehingga gebu dalam tempoh 15 hingga 20 minit.
- Pukul sebiji telur bersama ovalette hingga gebu.
- Masukkan susu dan bahan-bahan lain.
- Setelah semuanya digaul dengan baik, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan di bahagian beku di peti ais.
- Biarkan ia mengeras buat beberapa jam dan sedia untuk dihidangkan.
2. Ais krim coklat bersama mentega kacang
Walaupun anda tidak menggunakan coklat betul dalam resipi ini, namun penggunaan serbuk koko bersama mentega kacang adalah gabungan yang menakjubkan. Jom cuba resipi ais krim ini terutama jika anda adalah penggemar coklat dan mentega kacang!
Bahan-bahan:
- 4 biji pisang yang sudah mazak dan dibekukan
- 1/2 cawan mentega kacang
- 1/3 serbuk koko
- 1/2 sudu ekstrak vanila
- Sedikit garam
Cara penyediaan:
- Potong pisang dan bekukan mereka dalam peti ais.
- Kemudian, satukan semua bahan-bahan dalam pengisar atau pemproses makanan.
- Kisar hingga ia betul-betul halus.
- Bekukan seketika selama sejam sebelum mencedoknya dalam bentuk ais krim untuk dimakan.
- Anda boleh bekukan lebihannya sehingga beberapa minggu untuk hidangan seterusnya.
3. Ais krim kelapa
Ini adalah resipi ais krim yang bebas produk tenusu dan semestinya sangat sedap untuk dicuba.
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan santan
- 1/2 pemanis (gunakan stevia, lakanto atau bahan pengganti gula yang lain)
- 1 1/2 sudu ekstrak vanila
- Sedikit garam
- Bahan tambahan mengikut perasa yang diingini (serbuk koko, strawberi dan sebagainya)
Cara penyediaan:
- Kacau semua bahan dalam satu mangkuk besar.
- Sekiranya anda mempunyai pembuat ais krim, anda hanya perlu memindahkan campuran tersebut dan tetapkan mesin tersebut mengikut tetapan spesifik yang ada.
- Jika tidak mempunyai pembuat ais krim, anda boleh bekukan campuran dalam dulang ais kiub.
- Kisar ais kiub beku itu menggunakan pengisar dengan tetapan laju.
- Ia sudah boleh dimakan terus selepas dikeluarkan daripada pengisar atau anda juga boleh sejukkannya lagi selama beberapa jam.
- Lebihan adunan juga boleh dibekukan dan tahan selama beberapa minggu selepas hari anda membuatnya.
Resipi-resipi di atas adalah antara resipi ais krim sihat yang ada di Internet. Jadi, sekiranya anda ingin menukar bahan-bahannya bersama bahan lain, lakukannya mengikut cita rasa anda.
Selamat mencuba!
Ice Cream Maker Machine
RM829.90
Dengan Pembuat Ais Krim ICM-700A, anda boleh membuat sendiri dengan rasanya yang enak dalam masa kurang dari 60 minit – pembekuan tidak diperkukan
Ia sangat bagus untuk pembuat ais krim yang ingin bereksperimen dengan pelbagai rasa yang berlainan.
Mesin ini boleh menampung sebanyak 1.5 liter dan secara automatik merasakan ais krim semakan kerasm. Campuran boleh dipilih berdasarkan 12 pilihan, seperti sorbet, yogurt beku, gelato, dan ais krim. Selain itu, ciri campurannya berbunyi ‘bip’ untuk mengingatkan anda apabila menambah bahan lain kegemaran anda seperti kacang.
Kenwood Blender
RM149.00
Motor 400W sesuai untuk kegunaan harian dengan fungsi 2 kelajuan dan pulse bagi mengikut kesesuaian. Pengisar Kenwood juga sesuai untuk mengisar kacang dan rempah. Mempunyai unit pisau keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan pembersihan dan hasil yang baik.
Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil yang baik namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.
SUMBER
https://www.countryliving.com/uk/create/food-and-drink/how-to/a775/how-to-make-ice-cream-healthy/
https://chocolatecoveredkatie.com/healthy-ice-cream-recipes/
https://dailymakan.com/resipi-aiskrim-homemade-yang-mudah-sihat-dan-sedap/7745/