Now Reading
Cara Buat Semakan Penyata Akaun KWSP

Cara Buat Semakan Penyata Akaun KWSP

semakan penyata akaun kwsp

Bagi anda yang sudah bekerja, pasti tertanya-tanya baki simpanan KWSP anda, kan? Anda boleh buat semakan penyata akaun KWSP dengan mudah untuk melihat baki anda.

Semakan ini boleh dibuat dengan mudah secara atas talian sahaja, iaitu dengan menggunakan aplikasi i-Akaun KWSP ataupun dengan melayari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.

Sejak KWSP melancarkan operasinya secara atas talian beberapa tahun yang lalu, banyak orang kecewa dengan cara laman web ini dikendalikan dan dikemas kini.

Namun, seiring berjalannya waktu, KWSP berjaya menaik taraf laman webnya. Sekiranya anda dapat melihat perubahannya, cukup berani kami katakan bahawa laman web KWSP pada masa ini sangat bermaklumat, mudah dan tersusun.

Mari kita ketahui serba-sedikit dahulu mengenai i-Akaun ini. Sebenarnya, i-Akaun adalah akaun peribadi ahli atau majikan yang akan digunakan di Internet, khususnya di portal myEPF.

Dengan memiliki akaun ini, pengguna dapat mengakses perkhidmatan KWSP yang ditawarkan secara atas talian. Contohnya, anda boleh cetak dan semak penyata akaun KWSP untuk tahun semasa dan sebelumnya.

Berikut adalah beberapa servis atas talian yang boleh digunakan oleh ahli KWSP:

  • Lihat status dan sejarah pengeluaran.
  • Lihat aktiviti transaksi KWSP.
  • Kemas kini alamat surat-menyurat dan maklumat peribadi.
  • Lihat jumlah pengeluaran yang layak untuk pelbagai tujuan yang diluluskan.

CARA BUAT SEMAKAN PENYATA AKAUN KWSP

Cara Semak Baki Akaun 1 & Akaun 2 KWSP - Portal Malaysia

Sekarang, mari kita terus kepada tujuan artikel ini, iaitu cara untuk anda membuat semakan penyata akaun KWSP anda.

Mudah saja cara-caranya. Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Langkah 1 – Dapatkan ID dan kata laluan sementara

Anda perlu buat pendaftaran i-Akaun sebelum boleh menyemak penyata akaun anda secara atas talian.

Pertama sekali, dapatkan ID pegguna dan kata laluan sementara dengan menghubungi KWSP di talian 03-89226000. Sebagai alternatif, pendaftaran juga boleh dibuat di kiosk atau kaunter KWSP. Tetapi, kami menyarankan anda untuk memilih cara pertama kerana lebih mudah.

Langkah 2 – Aktifkan i-Akaun

Setelah verifikasi dibuat, KWSP akan hantar butiran kepada anda melalui SMS. Aktifkan i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima di laman web KWSP.

Untuk lebih mudah, baca langkah-langkah seperti di bawah:

1.

Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP – eSumber

2.

Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP – eSumber

3.

Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP – eSumber

4. Baca terma dan syarat sebelum teruskan. Tekan butang “Setuju” dan “Seterusnya”.

5. Ubah ID sementara anda kepada ID yang dikehendaki.

6. Isi kata laluan baru.

7. Pilih imej sekuriti. Imej ini digunakan untuk tujuan pengesahan sebagai langkah keselamatan.

8. Masukkan Frasa Rahsia. Sila tulis dan simpan dengan baik frasa ni. Tekan butang “Seterusnya”. 

9. Anda akan dibawa ke skrin yang mengatakan pengaktifan telah berjaya dibuat.

Langkah 3 – Dapatkan penyata akaun KWSP

Setelah selesai langkah 1 dan langkah 2, anda boleh teruskan untuk mendapatkan penyata akaun KWSP anda.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu log masuk ke i-Akaun anda menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang baru. Tekan “My Account” dan muat turun penyata akaun KWSP yang terkini.

Anda kini boleh menyemak penyata akaun dan melihat baki akaun anda menggunakan penyata yang telah anda muat turun.

Jadi, bagaimana menurut anda, mudah saja kan cara untuk buat semakan penyata akaun KWSP secara atas talian ini? Bolehlah anda membuat semakan terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang pengeluaran dari akaun KWSP anda. Semoga bermanfaat ya.

Sumber:

https://financemalaysia.blogspot.com/2010/05/epf-i-akaun-series-1.html

https://arifhussin.com/cara-semak-penyata-kwsp-secara-online/

error: Content is protected !!