Di sini akan kami kongsikan cara-cara buat Google Form. Tetapi sebelum itu, mari ketahui apakah itu Google Form sebenarnya.
Google Form memberi pengguna cara mudah untuk membuat tinjauan yang berisi sebanyak mungkin pertanyaan yang perlu mereka ajukan, dalam berbagai gaya. Dari merancang acara hingga mendapat jawapan tanpa nama untuk soalan sukar, semua itu boleh anda lakukan dengan Google Form.
Google Forms boleh digunakan dengan secara percuma dalam akaun Google anda.
Sekarang, mari kita lihat cara-cara untuk buat Google Form.
CARA-CARA BUAT GOOGLE FORM
1. Perlu mempunyai akaun Google
- Sekiranya anda sudah mempunyai akaun Google, anda boleh terus taip Google Form di browser anda dan pilih pilihan yang teratas.
2. Pilih Google Form personal atau business
- Pada laman seterusnya, anda akan dapat melihat pelbagai templat untuk Google Form anda. Templat yang paling popular dan kerap digunakan adalah templat Google Form untuk pendaftaran.
- Templat ini telah disediakan kategori seperti nama, e-mel, dan alamat responden serta soalan-soalan untuk responden isikan nanti.
- Templat ini juga memiliki warna latar belakang yang berlainan mengikut kategori.
3. Sunting templat borang
- Dalam templat telah disediakan contoh-contoh soalan dan pernyataan yang boleh anda gunakan untuk form anda.
- Anda boleh memilih untuk menggunakan soalan-soalan yang disediakan, ataupun anda boleh mengubah soalan ini mengikut keperluan anda.
4. Pilih soalan untuk dijawab oleh respondan
Terdapat 11 jenis soalan yang boleh anda pilih untuk responden anda jawab. Anda boleh melihat penerangan di bawah:
- Short answer and paragraph – garisan akan tertera untuk responden menulis jawapan apabila anda memilih opsyen ini.
- Multiple choice – anda boleh letak seberapa banyak pun pilihan jawapan untuk responden anda.
- Checkbox – ia sama dengan soalan multiple choice, tetapi kotak akan disediakan untuk responden menanda jawapan.
- Drop-down – sama sahaja seperti fungsi drop down biasa.
- File upload – respondaen perlu log masuk ke akaun Google mereka untuk memuatnaik dokumen atau fail bagi soalan jenis ini, dan anda boleh tentukan saiz fail dan jumlah fail yang boleh dimuatnaik.
- Linear scale – digunakan untuk menentukan rating sesuatu pernyataan atau pertanyaan.
- Multiple choice and tick box grid – sama seperti fungsi biasa, bezanya hanyalah susunan jawapan berbentuk grid.
- Date – responden perlu memilih tarikh pada kalendar yang tersedia dalam Google Form.
5. Muatnaik gambar ke dalam Google Form
Untuk memuatnaik gambar ke dalam Google Form anda:
- Terdapat mini-menu di bahagian kanan form. Cari ikon Add Image.
- Anda boleh muatnaik gambar dengan pelbagai cara seperti muatnaik gambar dari komputer atau telefon pintar anda, mengambil gambar menggunakan webcam atau kamera telefon anda, meletakkan URL untuk gambar tersebut, gambar daripada Google Drive anda sendiri ataupun cari sendiri menggunakan enjin carian.
- Fungsi dan caranya adalah sama jika anda ingin muatnaik video.
6. Dapatkan link URL Google Form anda
Setelah siap memasukkan maklumat dan data ke dalam Google Form anda, anda boleh hantar Google Form anda untuk mendapatkan respons melalui tiga cara iaitu:
- E-mel satu-satu kepada setiap responden
- Dapatkan link URL Google Form anda dan hantar dengan mudah ke mana-mana platform atas talian
- Menggunakan Embed HTML
Diharapkan anda berjaya mencipta Google Form nada sendiri setelah membaca cara-cara yang kami kongsikan ini. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk anda.
Sumber:
https://zapier.com/learn/google-sheets/how-to-use-google-forms