Bagi pelajar yang berada atau ingin memasuki Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, pasti anda ingin membuat semakan tawaran SBP, betul tak?
Jangan risau, kerana pada perkongsian artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda cara-cara untuk buat semakan SBP iaitu mengenai tawaran yang anda tunggu-tunggu.
Adakah anda tahu apa itu SBP? SBP adalah singkatan bagi Sekolah Berasrama Penuh. Ia merupakan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3 yang menggantikan PMR mulai tahun 2014.
Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris atau ala Inggeris, seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar yang terbatas kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja.
Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP. Secara kasarnya 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.
Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa.
Pada setiap tahun, sudah menjadi tradisi setiap sekolah berasrama penuh untuk bertanding di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh bagi merebut Piala Perdana Menteri.
KEMASUKAN PELAJAR KE SBP
Mulai 2016, semua SBP kecuali KISAS mengambil pelajar Tingkatan 1 dan kesemua SBP tersebut mempunyai pelajar Tingkatan 1-5. SMAP Labu mengambil pelajar Tingkatan 6 dan mempunyai pelajar Tingkatan 1-6. KISAS hanya mengambil pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 dan KISAS hanya mempunyai pelajar Tingkatan 4 sehingga tingkatan 6. Terdapat dua SBP yang mengambil pelajar IB Diploma. 2 SBP tersebut adalah MCKK dan TKC.
- Pelajar yang memohon ke Tingkatan 1 boleh memilih mana-mana 68 SBP kecuali KISAS.
- Pelajar yang memohon ke Tingkatan 4 boleh memilih kesemua 69 SBP.
SYARAT KEMASUKAN KE SBP
Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke SBP bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Kemasukan Tingkatan 1
- Murid mestilah warganegara Malaysia
- Murid Sekolah Kebangsaan
- Murid berjaya mencapai 3A 3B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kriteria berikut boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu:
- murid mencapai sekurang-kurangnya 3A 3B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
- murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya 3A 3B dalam UPSR dan
- Aktif dalam kokurikulum.
- Sekiranya murid dari golongan B40, perlu mendapat sekurang-sekurangnya 5C di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) mengikut kuota yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2019.
Kemasukan Tingkatan 4
- Murid mestilah warganegara Malaysia
- Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
- Kelayakan akademik keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) seperti berikut :-
- Memperoleh Gred A bagi sekurang-kurangnya Enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga
- Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
- Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran lain
- Permohonan ke Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon perlu memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab
- Aktif dalam kokurikulum.
SEMAKAN SBP TAWARAN TINGKATAN 1
Bagi calon Tingkatan 1, menerusi maklumat yang diberikan di bawah, calon bolehlah buat semakan kemasukan tawaran SBP sekarang.
- Tarikh buka : Disember
- Tarikh tutup : Januari
- Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2021 kpm : https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm
- Pemohonan Yang Lulus dan Berjaya : Bagi pemohonan tingkatan 1 yang telah bersetuju dengan tawaran kemasukan Sekolah Berasrama Penuh; lampiran dokumen tawaran hendaklah dicetak dan dibawa ketika hari pendaftaran sekolah di Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan
- Permohonan Tidak Berjaya : Bagi permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 yang tidak berjaya; anda boleh membuat permohonan rayuan Sekolah Berasrama Penuh melalui sistem online E-Rayuan KPM
SEMAKAN SBP TAWARAN TINGKATAN 4
Bagi calon Tingkatan 4, menerusi maklumat yang diberikan di bawah, calon bolehlah melakukan semakan tawaran ke SBP Tingkatan 4 sekarang.
- Tarikh buka semakan kemasukan ke SBP : Minggu keempat Januari 2021
- Tarikh tutup : Akan dikemaskini
- Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/index.cfm (akan diaktifkan)
- Pemohonan Yang Lulus dan Berjaya : Bagi pemohon Tingkatan 4 yang telah bersetuju dengan tawaran kemasukan Sekolah Berasrama Penuh; lampiran dokumen tawaran hendaklah dicetak dan dibawa ketika hari pendaftaran sekolah di Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan
- Permohonan Tidak Berjaya : Bagi permohonan kemasukan ke Sekolah Asrama Penuh Tingkatan 4 yang tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan Sekolah Berasrama Penuh melalui sistem online E-Rayuan KPM
CARA BUAT SEMAKAN SBP TAWARAN TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4
Berikut adalah langkah mudah untuk anda semak tawaran SBP anda. Lihat cara-caranya seperti di bawah.
Langkah 1
Bagi pelajar Tingkatan 4, anda hanya perlu melayari laman web https//:spskt1.moe.gov.my. Manakala, bagi Tingkatan 1, layari pautan https//:spskt4.moe.gov.my.
Langkah 2
Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik Semakan.
Langkah 3
Keputusan anda akan dipaparkan, sama ada berjaya atau gagal / tidak berjaya.
Bagi anda yang telah membuat permohonan, semoga artikel ini dapat membantu anda membuat semakan. Akhir kata, kami doakan semoga permohonan anda semua berjaya! Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat anda semua yang membacanya.
Sumber:
https://portalsemakan.com/semakan-sbp-tawaran/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Berasrama_Penuh#Kemasukan_pelajar_ke_SBP
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Berasrama_Penuh
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Berasrama_Penuh#Senarai_SBP