apdm.moe.gov.my login merupakan sistem aplikasi atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berfungsi untuk mengisi dan menyimpan maklumat penting berkenaan murid-murid. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) digunakan untuk membantu para guru dalam menguruskan pelajar dan hal kelas, kerana setiap maklumat yang berkaitan dengan pelajar di simpan dalam sistem ini.
Sistem ini sangat effisyen dalam menguruskan data murid di peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah PPD mahupun Jabatan Pendidikan Negeri JPN. Anda boleh melayari ke apdm.moe.gov.my untuk login. (Klik disini)
Siapakah Yang Menggunakan APDM Online?
Pegawai pentadbir APDM di PPD dan JPN merupakan individu utama yang bertanggungjawab untuk mengakses dan mengendalikan maklumat murid di APDM online. Selain itu, guru kelas dan seorang pegawai yang ditugaskan di sekolah juga boleh mengakses dan mengendalikan APDM online. Antara maklumat yang dikemaskini di sini adalah biodata peribadi dan kehadiran murid.
APDM bertindak merekod kehadiran murid sistem SAPS Ibu Bapa pula untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.
Cara-cara Login APDM
Ikuti langkah-langkah dibawah untuk login ke sistem APDM melalui laman web rasmi KPM;
- Layari laman web rasmi KPM; https://apdm.moe.gov.my
- Terdapat bahagian Log Masuk Pengguna di bahagian sebelah kiri
- Masukkan username yang diberikan di bahagian ID Pengguna (username untuk guru kelas ialah Nombor Kad Pengenalan 12 digit guru, tanpa simbol sempang (-), dan username untuk admin pula ialah kod sekolah.
- Kemudian masukkan kata laluan di ruangan Kata Laluan dan klik Hantar
- Jika terlupa kata laluan, and boleh klik pada butang Lupa Kata Laluan
Cara untuk Mengisi Kehadiran Murid:
- Login ke website APDM
- Terdapat pelbagai pilihan Modul di bahagian kiri
- Klik Kehadiran
- Semak nama sekolah dan nama darjah atau tingkatan betul
- Kemudian rekod kehadiran pelajar pada tarikh yang dipilih
Cara-cara Kemaskini Maklumat Murid Bukan Warganegara Malaysia
Di bawah adalah cara untuk mengemaskini maklumat murid yang tidak memegang status warganegara Malaysia. Sebelum memulakan proses ini, pastikan anda telah login ke sistem APDM seperti yang telah diajar di atas. Terdapat dua situasi yang dapat digambarkan dalam melakukan proses ini.
Situasi 1:
Di mana guru kelas tersilap memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan sekaligus status warganegara murid tersebut bertukar.
- Login ke sistem APDM dengan ID guru kelas
- Kesan nama murid yang wujud pada bahagian Maklumat Murid Bukan Warga
- Kemudian semak sama ada kesilapan yang berlaku adalah disebabkan oleh kesalah memasukkan Nombor Kad Pengenalan pelajar
- Klik pada butang Kemaskini No KP bagi mengemaskini kesalahan Nombor Kad Pengenalan yang dimasukkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan yang betul pada ruangan No MyKad Baru bagi mengemaskini kesalahan yang berlaku.
- Kemudian tekan butang Semak MyKad
- Data murid kini sudah siap dikemaskini
Namun jika anda melakukan Pendaftaran Baharu, akan terdapat duplikasi antara Nombor Kad Pengenalan yang salah dan Nombor Kad Pengenalan yang betul, anda dikehendaki untuk memadam maklumat yang salah.
Sistem akan meminta alasan untuk memadam Nombor Kad Pengenalan tersebut, jadi klik pada sebab “Data Duplicate” kerana dalam sistem APDM, data murid dikesan dengan nombor ID bukan Nombor Kad Pengenalan.
Situasi 2:
Situasi kedua yang boleh berlaku apabila guru membuat Pendaftaran Baharu tanpa dokumen. Perkara ini akan menjadikan data murid tiada dalam senarai nama kelas apabila semakan dibuat. Namun, urusan memadam data hanya boleh dilakukan oleh admin.
- Pastikan guru telah login ke sistem APDM menggunakan ID guru
- Dapat dilihat bahawa ID pelajar tersebut akan berada di kategori Murid Bukan Warganegara
- Daftar semula data murid tersebut
- Admin akan membuat semakan dan mendapati nama murid yang sama namun dengan ID yang berlainan
- Admin kemudian akan memadam data murid yang mempunyai ID murid yang terkini
- Admin perlu mengemaskini Nombor Kad Pengenalan murid, jika ID murid pada kategori Murid Bukan Warganegara adalah ID yang lama
Akhir sekali, admin perlu memadam dengan klik butang Padan dan pilih sebab sebagai “Data Duplicate”
Kemaskini Maklumat Bantuan Murid
- Log masuk ke dalam sistem sebagai guru kelas dan klik Bantuan Murid
- Tandakan jenis bantuan yang diterima oleh murid tersebut
- Kotak bantuan yang bewarna kelabu adalah kenis bantuan yang dipohon melalui Aplikasi Pengurusan Bantuan
Cara Untuk Memadam Murid
Guru kelas tidak boleh memadam murid, ianya haruslah dilakukan oleh admin sahaja.
- Log masuk ke sistem menggunakan id admin
- Di bahagian modul klik Data Murid
- Lalukan mouse ke bahagian Kelas
- Pilih kelas yang terlibat
- Senarai nama murid akan dipaparkan, pilih nama murid yang ingin dipadam, dan klik padam
- Seterusnya, berikan sebab untuk memadam murid tersebut
- Klik Padam Murid
Cara Mengemaskini Maklumat Adik-Beradik dalam APDM
Ikuti langkah-langkah dibawah untuk mengemaskini maklumat murid yang berstatus adik beradik. Pastikan anda telah tahu cara untuk login ke sistem APDM
- Gunakan ID guru kelas untuk login ke sistem APDM
- Guru dikehendaki untuk mengemaskini maklumat adik beradik dalam profil murid di bahagian AMPM
Bahagian yang perlu dikemaskini ialah:
- Bahasa pertuturan di rumah;
- Anak ke berapa
- Bilangan adik beradik juga perlu dikemaskini
- Kemudian sistem akan menunjukkan Jadual Tahun Dilahirkan
- Maklumat murid berkaitan persoalan anak ke berapa akan disertakan dalam jadual tersebut
- Guru perlu mengisi Tahun Lahir mengikut bilangan sekiranya murid merupakan anak kelima
- Sebagai contoh, murid mempunyai bilangan adik-beradik seramai 6 orang
Guru perlu memastikan bahagian bawah dikemaskini dengan tepat
- Jumlah adik beradik yang masih hidup pada tahun tersebut
- Status penjagaan murid
- Semenjak dari tahu berapa
Akhir sekali klik butang Kemaskini dan semak semula.
Hubungi APDM
Anda boleh terus menghubungi APDM dengan menghantar email ke alamat apdm.team@moe.gov.my sekiranya guru atau admin sekolah tidak tahu dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
SUMBER:
https://www.permohonan.my/login-apdm-aplikasi-pangkalan-data-murid/