Now Reading
Cara-Cara Login Assist PERKESO (SOCSO) Online

Cara-Cara Login Assist PERKESO (SOCSO) Online

PERKESO telah memperkenalkan portal atas talian mereka iaitu Assist PERKESO (SOCSO) sejak November 2017 bagi memudahkan majikan menguruskan maklumat syarikat, maklumat pekerja, dan sumbangan bulanan mengikut keselesaan mereka sendiri. Oleh itu, anda perlu tahu cara untuk login ke Assist PERKESO.

Utama

Majikan utama yang mengambil satu atau lebih pekerja bertanggungjawab untuk mendaftar dan menyumbang kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berdasarkan kadar yang ditentukan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, yang ditadbir oleh PERKESO.

Majikan utama juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua pekerja yang diambil oleh majikan terdekat berdaftar dengan PERKESO dan caruman dibayar dengan sewajarnya.

Dengan adanya portal Assist PERKESO (SOCSO) secara atas talian ini, ia dapat memudahkan semua kerja-kerja tersebut. Majikan juga boleh mendapat akses yang lebih mudah ke akaun PERKESO pekerja secara online dan tidak perlu mengakses maklumat secara manual lagi.

CARA-CARA UNTUK LOG MASUK KE PORTAL ASSIST PERKESO (SOCSO) ONLINE

Sebelum anda boleh log masuk ke akaun Assist PERKESO anda, anda mestilah membuat pendaftaran dengan mengisi borang terlebih dahulu.

Berikut adalah apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan nama pengguna dan kata laluan anda:

  1. Muat turun Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist.
  2. Lengkapkan borang dan bawa ke Pejabat PERKESO berhampiran anda. Anda juga boleh menghantar borang tersebut melalui e-mel ke idportal@PERKESO.gov.my
  3. Borang yang telah berjaya dihantar akan disemak terlebih dahulu oleh pegawai yang bertugas.
  4. Sekiranya tiada sebarang masalah, anda akan menerima e-mel yang mempunyai nama pengguna dan kata laluan sementara anda
  5. Anda perlu menukar kata laluan anda pada kali pertama anda log masuk ke portal atas talian PERKESO ini atas sebab-sebab sekuriti.

Sekarang anda sudah mempunyai kata laluan dan nama pengguna sendiri, anda boleh log masuk ke akaun Assist PERKESO anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Cara mendaftar dan gunakan Portal Assist Perkeso
  1. Layari laman web assist.perkeso.gov.my/employer/login
  2. Pilih bahasa pilihan anda sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.
  3. Masukkan e-mel yang sama dengan anda gunakan untuk mendaftar Assist Portal tadi.
  4.  Klik Forgot Password sekiranya anda terlupa kata laluan.
  5. Masukkan kata laluan anda dan klik Login.

CARA UNTUK MENDAFTAR PEKERJA BARU DALAM PORTAL ASSIST PERKESO

How to add a new employee in Assist Perkeso Portal?
  1. Klik pada Add New Employee.
  2. Isikan maklumat pekerja pada bahagian Employee Information dan Employee Application Status.
  3. Tekan Save & Continue untuk pergi ke paparan skrin seterusnya untuk isi maklumat pekerja yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen berkaitan pekerja yang diperlukan, dan kemudian, klik Add Document.
  5. Ulang langkah memuat naik dokumen sekiranya terdapat dokumen lain yang perlu anda masukkan.
  6. Tekan Remove jika ada dokumen yang anda ingin buang.
  7. Setelah selesai, tekan Save & Continue.
  8. Skrin akan paparkan maklumat yang telah anda isi dan dokumen yang telah anda muatnaik, pastikan anda semak semua maklumat dan dokumen. Kemudian, tekan Submit.
  9. Akan akan melihat skrin yang tertulis Proceed for Submission?. Klik Confirm untuk teruskan sekiranya anda berpuas hati dengan maklumat yang telah anda berikan.

Mudah-mudahan anda tahu cara untuk login ke akaun PERKESO online setelah membaca artikel ini.

Sumber:

https://www.perkeso.gov.my/en/frequently-asked-question.html#10-q-how-to-register-new-employer-via-online

https://www.perkeso.gov.my/en/our-services/employer-employee/employer-eligibility.html

https://blog.kakitangan.com/how-to-register-and-use-assist-perkeso-portal/

https://therohani.com/perkeso-assist-portal-online/

error: Content is protected !!