SPLKPM suatu sistem yang lebih sistematik dan efisyen yang baru didedahkankepada para guru, dulunya pihak kementerian menggunakan PLG KPM / SPLGKPM. Di kala Negara dikejutkan dengan berita Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan oleh peningkatan kes COVID-19 secara mendadak, sistem pendidikan adalah antara sektor yang paling terkesan.
Bermula dari pelajar sehinggalah para pendidik, masing-masing menjadi buntu dan terpaksa mengadaptasi dengan perubahan pola dan teknik pengajaran ketika itu.
Bukan itu sahaja, para guru turut terkejar-kejar, menghadiri pelbagai kursus yang disertai secara atas talian bagi mencukupkan jumlah jam kredit.
Namun begitu, masih terdapat ramai tenaga pengajar di luar sana yang masih tertanya-tanya tengan cara penggunaan terutama cara login ke laman sesawang SPLKPM ini. Terdapat 2 modul dalam manual pengguna splkpm yang anda boleh jadikan sebagai panduan iaitu modul individu dan juga modul SULDP. Anda boleh rujuk https://splkpm.moe.gov.my/mn_manual_pengguna/index.cfm untuk rujukan lebih lanjut.
Teruskan membaca artikel di bawah berkenaan dengan cara-cara untuk login ke SPLKPM.
SPLKPM Login (Bagi Modul Individu)
Modul ini dibangunkan bagi kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana dibwah Kementerian Pendidikan untuk merekod aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.
LDP/ PPB yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.
Perlu diingatkan bahawa anda hanya perlu login SPLKPM setelah mengambil kursus online. Fungsi Log masuk adalah hanya untuk mereka yang baru pertama kali daftar atau untuk proses kemaskini.
- Sila layari laman sesawang rasmi SPLKPM di pautan berikut : https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
- Peringatan untuk tidak melakukan kesilapan teknikal dengan tersilap taip. Pastikan taip penuh SPLKPM.
- Setelah berjaya ke pautan laman utama, anda dapat melihat paparan Log Masuk Modul Individu.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan tepat tanpa (-)
- Masukkan Kata Laluan yang telah anda tetapkan ketika daftar masuk awal-awal dulu.
- Jika anda terlupa, Kata Laluan asal ialah 4 digit yang di belakang Nombor Kad Pengenalan anda.
- Seterusnya, klik Hantar.
- Paparan mesej berikut akan terpapar :
“Selamat Datang. No Kad Pengenalan dan Kata laluan diberi kebenaran untuk Akses Sistem+ Sila Tukar Kata Laluan sekiranya masih belum berbuat demikian bagi mengelakkan data dan maklumat diceroboh oleh pihak yang tidak berkepentingan”Klik Close
9. Anda kini berada di dalam sistem SPLKPM Modul Individu
10. Klik Pembelajaran Kendiri
11. Lihat senarai Pembelajaran Kendiri
12. Lihat e-Pembelajaran
13. Klik Tambah Aktiviti
14. Masukkan maklumat yang berkenaan
Akhir sekali, hubungi admin SPLKPM sekolah anda untuk membuat sokongan dan pengesahan berdasarkan sijil yang diberikan.
Panduan Semak Senarai Kursus LDP Terkini
Jika anda ingin menyemak Senarai Kursus LDP Terkini, berikut ialah langkah dan cara semakan tersebut :
1. Sila masuk ke portal rasmi splkpm di https://splkpm.moe.gov.my/
2. Klik “Senarai Kursus“ yang berada dibahagian atas site.
3. Kemudian, anda dapat melihat senarai kursus LDP terkini yang ditawarkan secara online.
Mengenai Modul Penyelaras
Modul ini dibangunkan bagi menyelaraskan pelaksanaan latihan staf di organisasi, ia membolehkan penganjur LDP/PPB melaksanakan perekodan.
Untuk membolehkan anda mengakses ke aplikasi SPLKPM dan eProfil, maklumat asas Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu dikemaskini oleh SULDP/ Penyelaras latihan.
Di aplikasi ini, ia membolehkan SULDP/Penyelaras melihat analisis LDP. Bukan itu sahaja, aplikasi ini boleh menjana sijil online, matrik kompitensi &TNA, tawaran kursus serta modul kewangan.
Mudah bukan? Dibawah kami sediakan No.telefon Penyelaras SPLKPM mengikut negeri untuk sebarang pertanyaan. Jika anda dapati artikel ini berguna untuk memudahkan urusan anda, kongsilah bersama rakan-rakan sekerja anda yang lain.
ADMIN JPN JOHOR | 07-2311402 |
ADMIN JPN KEDAH | 04-7404209 |
ADMIN JPN KELANTAN | 09-7418377 |
ADMIN JPN MELAKA | 06-2327179 |
ADMIN JPNNEGERI SEMBILAN | 06-7653201 |
ADMIN JPN PAHANG | 09-5715700 |
ADMIN JPN PERAK | 05-5015026 |
ADMIN JPN PERLIS | 04-9737663 |
ADMIN JPN PULAU PINANG | 04-5757640 |
ADMIN JPN SABAH | 08-8537010 |
ADMIN JPN SARAWAK | 08-2473410 |
ADMIN JPN SELANGOR | 03-55121958 |
ADMIN JPN TERENGGANU | 09-6213329 |
ADMIN JPN WP KUALA LUMPUR | 03-62036287 |
ADMIN JPN WP LABUAN | 087-583351 |
ADMIN JPN WP PUTRAJAYA | 03-88903070 |
SUMBER:
https://therohani.com/login-splkpm/